Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang Kerja Kerana..

  1. Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang Kerja. Biasanya orang dipecat atau dibuang kerja disebabkan pretasi kerja tidak memuaskan ataupun kewangan syarikat atau company yang tidak bagus. Namun ada juga alasan yang kedengaran tidak masuk akal seperti yang berlaku pada wanita ini:
    Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang KerjaSeorang wanita Britain mendakwa dia kehilangan kerja di sebuah syarikat perfileman di sini gara-gara terlalu cantik.

Wanita itu, Emma Hulse berkata kepada portal Mirror, dia diambil bekerja sebagai penghantar barangan di syarikat UNIT TV di Soho tetapi diberhentikan serta-merta selepas hanya beberapa bulan bertugas tugas.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, pengurusnya mempersoalkan kenapa dia tidak menjadi seorang model atau penyambut tetamu.

“Saya amat kecewa kerana diberhentikan kerja. Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Akibat Terlalu Cantik, Gadis Ini Telah Dibuang Kerja

“Mungkin syarikat itu hanya mahu mengambil pekerja yang bermuka biasa berbanding saya yang terlalu menarik perhatian,” katanya.

Ujar Emma lagi, dia berpakaian sopan ketika datang bekerja dan tidak timbul isu dia terlalu seksi.

Malah dakwanya, pengurusnya itu turut meminta nombor telefonnya dan cuba mengajaknya keluar.

Sementara itu, pemilik syarikat berkenaan, Adam Luckwell berkata, kes yang berlaku ke atas Emma merupakan satu diskriminasi dan dipandang serius.

“Individu terbabit yang mendakwa dipecat beberapa minggu lalu selepas tempoh pemantauan, telah berkhidmat bersama syarikat ini kurang daripada tempoh tiga bulan.

“Saya tidak dimaklumkan dengan jelas situasi yang berlaku ke atas Emma Hulse dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.

“Saya memohon maaf kepadanya jika dia berasa kurang senang dengan sikap staff syarikat ini,” katanya.

P/s: Memiliki rupa paras yang cantik juga tidak menjamin kerjaya seseorang 😊

Terbongkar Kekayaan Melampau Pelakon Popular Dato Dr Boy Iman Cuba tengok aset dan harta luar Jangka Boy Iman Diluar Negara Ini Selepas yusof Azmi Bongkar Penipuan DBI…Kalah Datuk Vida Beb..

Terbongkar Kekayaan Melampau Pelakon Popular Dato Dr Boy Iman Cuba tengok aset dan harta luar Jangka Boy Iman Diluar Negara Ini Selepas yusof Azmi Bongkar Penipuan DBI…Kalah Datuk Vida Beb…

Siapakah Boy Iman?Jom Kenali Beliau

Sekitar dua tahun lalu nama pelakon Boy Iman hangat dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan kakak kepada pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Effa.Selepas kontroversi itu senyap timbul pula kontroversi dikatakan Boy Iman atau nama penuhnya Norul Iman Abd Rahman membeli gelaran Datuk daripada kerabat Naning. Satu demi satu kontroversi yang melanda atas diri pelakon itu, terbaru pula status Doktor.

Bagaimanapun, Boy Iman mengakui adakala tindakannya itu tidak disukai orang. “Sebenarnya saya pun seorang manusia biasa saja. Kadang tanpa saya sendiri sedar benda yang saya lalukan rupanya salah, perkara itu orang tidak suka. Tapi saya tak boleh nak puaskan semua hati orang. “Kadang-kadang banyak juga kontroversi yang berlaku pada diri saya. Antaranya gelaran Datuk saya ambil dari Naning dan pernah juga dikaitkan dengan kakak kepada Emma Maembong, Effa. Ketika itu pula saya ada masalah rumah tangga,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran DBI
Homes Hari Bertemu Pelanggan di Hampshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Ditanya adakah status yang diberikan sebagai seorang Datuk dan juga doktor sah atau tidak ini jawap Boy Iman. “Datuk saya sah dan saya dapat dari Pahang. Manakala status Doktor saya pula sudah dimasukkan ke dalam kad pengenalan saya. “Kad pengenalan berstatus Doktor ini pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bukan suka-suka boleh letak macam itu,” tegasnya.