Kena ‘Friendzone’ Dengan Fattah ? Ini Respon WIN dari Fazura Buat Netizen Terkedu..

MELIHAT tangga populariti yang didaki aktres popular ini, pastinya laluan yang dilalui bukan mudah. Pelbagai cabaran dan ujian yang ditempuhi, dia masih teguh berdiri.

Berbicara dengan pelakon cantik, Fazura pastinya setiap mata yang memandang tidak mengerlip kerana terpegun dengan sikap peramahnya. Jauh tersasar daripada dakwaan yang mengatakan pelakon ini seorang yang sombong.

Tatkala soalan cepumas ditanya, dia tenang menjawab. Tiada langsung nada jelik atau jelingan daripada pelakon drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella ini. Pengalaman lebih sedekad merenangi lautan seni nyata banyak mengajarnya.

Diaju pertanyaan soal status hubungannya dengan pelakon tampan, Fattah Amin, aktres itu hanya tersenyum manja. Maaf, dia tidak mahu memberi sebarang komen soal peribadi.

Kala kerjayanya semakin berkembang, dia tidak mahu berbicara soal peribadi. Dia mahu memberi fokus kepada perjalanan seni yang semakin hari dilimpahi dengan pelbagai kejayaan.

“Maaf, saya tidak mempunyai sebarang komen kalau soal peribadi. Kalau boleh, saya hanya mahu berbicara soal kerjaya. Tidak ada soalan peribadi ya,” katanya.

Ya, sukar untuk kita mendapatkan kenyataan daripada pelakon ini. Dakwaan demi dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Fattah semakin serius hanya tinggal spekulasi yang tidak berjawab.

Biarpun Fattah mudah untuk melunturkan kata berbicara soal hubungannya dengan Fazura, namun wanita cantik ini memilih untuk berdiam. Dia tahu menjaga nilai diri dan maruahnya sebagai seorang wanita.

Memutar perbualan ke arah kerjaya, dia sempat berkongsi keterujaannya bertemu penyanyi tersohor dunia, Selena Gomez semasa menghadiri Minggu Fesyen New York di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih mengharumkan, Fazura merupakan wakil dari Malaysia yang diundang khas oleh jenama fesyen terkemuka, Coach untuk menghadiri minggu fesyen di negara Uncle Sam itu.

“Satu pertemuan yang singkat tetapi memberi makna yang besar. Kami tidak sempat berbual panjang kerana Selena ada sesi fotografi selepas itu. Tetapi dia sempat memuji pakaian saya.

“Saya juga sempat menjalani sesi penggambaran muzik video baharu di sana. Alhamdulillah, satu demi satu rezeki dilimpahi Tuhan. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya,” katanya yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu.

Tidak hanya mengunci bicara soal hubungannya dengan Fattah, Fazura juga memilih untuk kekal berahsia siapakah penyanyi antarabangsa yang bakal berduet dengannya dalam single terkininya kelak.

“Nanti bila tiba masanya, saya dan pihak Universal akan umumkan siapakah penyanyi tersebut. Tak boleh beritahu sekarang, nanti bukan lagi satu kejutan,” katanya yang kini sedang giat mempromosi filem Rafathar.

Kembang kerjaya di Indonesia

Hari demi hari, anak kelahiran Pahang ini membuktikan kewibawaannya sebagai pelakon yang cukup berbakat. Tidak hairan jika sayap seninya kini terbang merentasi langit negara seberang, Indonesia.

Satu demi satu naskhah hebat menampilkan Fazura sebagai pelakon. Terkini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Ayat-ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan tahun depan.

“Saya sendiri tidak menyangka ada tempat di negara seberang. Kita semua sedia maklum sukar untuk anak seni tempatan menembusi pasaran sana tetapi alhamdulillah langkah saya dipermudah.

“Saya kerja keras ini untuk membuktikan kemampuan dan minat saya terhadap dunia seni yang tiada berbelah bahagi. Saya percaya jika kita terus berusaha, kita akan mampu menggapai impian.

“Jalan yang ditempuh saya bukan mudah, itu sesuatu yang pasti. Cuma perlahan-lahan kita mengorak langkah dan percayalah, semua usaha, keringat dan semangat kita berbaloi,” kata wanita berusia 34 tahun ini.

Ditanya soal harapannya terhadap naskhah baharu, Rafathar lakonannya, Fazura teruja dan mengharapkan agar peminat menyokong filem terbitan Indonesia itu.

Naskhah tersebut menggandingkan dia dengan pasangan sensasi negara seberang, Raffi Ahmad dan Nagita Salvina.

Memegang watak sebagai Mila, ibu angkat kepada bayi adiwira, Rafathar, Fazura yakin filem ini mampu mencuit hati penonton dengan keletah dan lawak jenaka yang ditampilkan.

“Ini filem Indonesia keempat saya. Alhamdulillah, rezeki saya dipermudah dan diharapkan agar peminat terus menyokong kerjaya saya. Filem ini sangat istimewa khususnya jalan cerita.

“Mula-mula saya risau juga takut orang kita tak faham lawak yang disampaikan dalam bahasa Melayu Indonesia. Tetapi sari kata dalam bahasa Melayu kita disediakan, jadi mudah untuk penonton faham,” katanya.

Sumber:www.utusan.com.my

INI DIA 6 NENEK PALING CANTIK DAN TERSEKSI DI DUNIA, KALAH ANAK DARA DAN JANDA..LIHAT NENEK KEENAM

Jika mendengar panggilan ‘nenek, sudah tentu terbyg dlm fikiran kita perempuan tua yg berkedut, malah mungkin sudah membongkok…namun, bagi 6 perempuan ini, panggilan nenek mungkin blh digunakan 20-30 tahun lagi memandangkan wajah dan tubuh badan mereka berenam tak ubah seperti anak dara mahupun janda muda…umur mereka bukan 20, 30 atau 40 tapi 50 tahun dan ke ATAS !

Jika mendengar kata “nenek”, tentu yang tergambar di pikiran kita adalah seorang perempuan tua yang kulitnya sudah keriput, tubuh yang lemah atau bahkan membungkuk.

Hal ini memang benar. Namun tampaknya tak semua nenek identik dengan hal seperti itu. Buktinya nenek-nenek di bawah ini. Satu pun hal yang disebutkan di atas tak melekat pada jati diri mereka.

Meski sudah menyandang status sebagai “nenek”, tetapi fizikal dan penampilan mereka seperti wanita usia 30-an, bahkan ada yang terlihat seperti ABG. tak percaya? Jom lihat foto-foto mereka yang dikongsi dari TribunLampung.com.

1.Masako Mizutani

Jika melihat fotonya di atas, tentu banyak yang mengira bahwa usia Masako Mizutani adalah 30 tahun. Namun itu salah besar. Wanita asal Jepang ini hampir menginjak 50 tahun.
Masako mengungkapkan, rahasia kecantikannya terletak di pola hidupnya. Selain itu juga perawatan yang selalu ia lakukan selama lima dalam sehari.

2.Elle Marcpherson

Di usianya yang menginjak 51 tahun, kulit Elle masih terlihat kencang dan tubuhnya juga bugar. Hal ini jelas mengundang rasa penasaran banyak orang akan rahasia kecantikannya.
Elle mengaku bahwa rahasia kecantikannya adalah perasaan senang dan dering tertawa.
Di sisi lain, ia juga menerapkan pola hidup sehat, serta menggunakan pelembap untuk kulitnya.

3.Michelle Yim

Michelle Yim merupakan nenek paling cantik didunia berikutnya.
Penerapan pola hidup sehat yang dilakukannya sejak muda berhasil membuktikan keawetan kecantikannya.
Micehelle Yim saat ini menginjak usia 58 tahun.

4.Apasra Hongsakula

Wajah yang begitu cantik serta kulit yang masih kencang memang membuat Apasra tidak terlihat seperti seorang nenek.
Namun, wanita asal Thailand ini sebenarnya sudah memasuki usia 68 tahun.

5.Liu Xiaoqing

Liu Xiaoqing adalah aktris kenamaan Tiongkok. Namanya sering menghiasi beberapa media di negaranya. Ini karena wajahnya yang begitu cantik.
Bukan hanya itu saja, tetapi juga penampilannya yang sangat awet muda.
Seperti yang diketahui, usia Liu Xiaoqing saat ini sudah menginjak 60 tahun.

6.Candi Law

Candi Law berusia 50 tahun.
Ia adalah seorang model asal Hong Kong.
Kecantikan Candi Law memang tak dapat diragukan.
Meski usianya kini sudah menginjak kepala lima, namun ia tetap seperti berusia 26 tahun.

Sumber; koleksigambarpelik.com

Credit to :BERITA STEADY

9 Selebriti Terkenal Malaysia Yang Mempunyai Anak Kembar!! No.6 Hampir kehilangan Nyawa Ketika Kelahirannya.

Selain kerjaya selebriti, perkhabaran mereka menerima cahaya mata juga turut mencuri tumpuan.

Buat selebriti yang menyambut cahaya mata sulung,tahniah diucapkan dan tidak dilupakan buat mereka yang menambah bilangan zuriat pada tahun ini.
Fad Bocey

Kehadiran dua anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan cukup membahagiakan buat pelakon dan pelawak Fad Bocey bersama isteri, Nur Syahirah A. Rahman. Bagi mereka, kelahiran kembar ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Khabarnya pada penghujung tahun ini, Fad Bocey sekali lagi bakal menimang cahaya mata. Adakah kelahiran kali ini juga kembar? Sama – sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.
2. Zarina Zainuddin

Pujian harus diberi kepada dramatis terkenal, Zarina Zainuddin. Ini kerana anak – anak kembarnya Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai telah disahkan sebagai anak – anak istimewa yang menghidapi autism. Membesarkan anak – anak autism bukanlah satu perkara yang mudah, namun bagi beliau, kehadiran kembar ini memberi 1001 makna kepada dirinya.
3. Datin Paduka Iena Azman

Terpalit dengan kontroversi dengan pelakon lelaki tidak lama dahulu, Datin Paduka Iena Azman sekali lagi mencuri perhatian dengan kelahiran bayi kembar – lelaki dan perempuan beliau, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Bayi kembar mereka turut tersenarai sebagai bayi yang popular yang kini mempunyai 398 ribu pengikut di Instagram.
4. Sharifah Aleya

Aza Ameena dan Asha Ameena, namanya seindah ibu mereka, Sharifah Aleya. Terkini, selepas bersara dari Hot.fm , Sharifah Aleya memfokuskan dunia pengacaraan sebagai kerjaya terbaru beliau.
5. Sazzy Falak & Nazril Idrus

Mendirikan rumah tangga pada 2006, kehadiran anak kembar mereka bagaikan satu rahmat dan lonjakan buat pasangan selebriti terkenal ini. Bukan sahaja makin dikenali malah pasangan ini turut menceburkan bidang dalam dunia perniagaan dengan memperkenalkan pakaian yang berjenama mereka sendiri
6. Ziana Zain

Siapa sangka kelahiran anak kembar Ziana Zain ketika itu hampir meragut nyawanya. Kini penyanyi terkenal yang mendirikan rumah tangga bersama Armin Zahrin ini mempunyai 4 cahaya mata.

7. Nurul Syuhada Nurul Ain

Pengacara terkena, Nurul Syuhada Nurul Ain kini kembali dalam dunia pengacaraan selepas berehat seketika dalam memberi tumpuan membesarkan sepasang kembarnya yang comel, Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan.
8. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Perkhabaran gembira ini telah dikongsi oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memperoleh cahaya mata kembar lelaki yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan beliau pada 27 Julai yang lalu.
9. Datin Zizie Ezette

Menerusi laman Instagram nya, Datin Zizie Ezette mengumumkan yang beliau dan suami, Datuk Bung Mokhtar Radin bakal memenimang cahaya mata sulung yang juga kembar,dijangka lahir pada bulan Disember atau Januari tahun depan. Tahniah diucapkan!

Sumber: RilekDulu