Bestnya lagu ni!!!!Baru Dilancarkan 2 Hari, Lagu Baru Fattah Terima 125 Ribu Tontonan!

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Baru sahaja dimuat naik di laman Youtube dua hari lalu, muzik video lagu terbaru Fattah Amin bertajuk 1234U menerima jumlah tontonan lebih 125 ribu kali!

Pertaruhan kedua Fattah selepas single Wanita Terakhir itu masih mengekalkan sentuhan komposer dan penulis lirik yang sama iaitu Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Lagu berentak rancak ini bakal dimuatkan dalam soundtrack telefilem terbaharu berjudul Wanita Terindah, lakonan bersama aktres Fazura.

Muzik video 1234U antara lain turut menampilkan penampilan istimewa Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika, berserta sedutan-sedutan menarik daripada telefilem berkenaan.

Sebelum tayangan perdana di laman Youtube, Fattah terlebih awal memuat naik petikan pendek muzik video tersebut di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memberitahu mereka tidak sabar menantikan versi penuh video berkenaan.

Sedutan pendek itu sahaja sehingga kini telah meraih lebih 119 ribu tontonan.

Majoriti peminat memberikan reaksi positif di laman Youtube dan beranggapan ia bukan sahaja sebuah lagu rancak yang baik, malah ‘comel’!

“Lagu-lagu sebelum ini semua sedih… Tapi lagu 1234U ini dapat rasa hati gembira Fattah,” tulis Nurjessica Afiqah di laman Youtube.

“Merecik betul muzik video. Lagu sedap semua ‘handsome’ dan comel, dengar lagu ini badan pun automatik bergoyang. Rasa di awangan,” komen Esya Reesa pula.

“Lagu ini comel sangat. Kalau boleh perform di majlis anugerah. Boleh bayang ada step menarik sedikit,” kata Blossom April.

sumber:iluminasi.com

Kamal, Emma tiada rezeki ‘bersatu’….

Hasrat pelakon Kamal Adli bergandingan buat kali ketiga dengan Emma Maembong tidak kesampaian apabila tempatnya digantikan oleh Keith Foo dalam drama Jangan Padam Rindu.

Awalnya, watak utama lelaki bagi drama terbitan Suhan Movies itu dihulurkan kepada pelakon berkenaan, namun berikutan salah faham yang timbul, ia menjadi milik aktor lain.

Mengaku cukup kecewa dengan situasi terbabit, Kamal akur tidak dapat berlakon di sisi teman karibnya dalam naskhah yang diangkat daripada sebuah novel itu.

“Ia bermula dengan masalah susunan jadual hingga berlaku salah faham dengan pihak produksi Suhan. Ketika mendapat tawaran terbabit, pada masa sama saya juga menerima undangan berlakon filem aksi.

“Saya ada memohon budi bicara produksi Suhan supaya menyusun semula jadual penggambaran kerana filem berkenaan awalnya dijangka dimulakan rakamannya pada pertengahan bulan ini.

“Begitupun, tidak mengapa jika permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana memang keutamaan saya adalah lebih kepada drama terbabit. Bagaimanapun, permintaan saya tidak dipenuhi dan akhirnya nama saya digugurkan,” katanya.

Dalam keadaan berkenaan, Kamal dilihat kelihatan seperti bersikap tamak, sedangkan hakikat adalah sebaliknya.

“Nak dijadikan cerita, penggambaran filem pula dianjak ke hujung Oktober.

“Apa yang berlaku itu hanyalah salah faham. Apabila sudah jadi begini, saya anggap ia bukan rezeki,” katanya yang kini giat berlatih sebelum turun ke lokasi penggambaran filem terbabit, yang menggunakan judul Escape buat waktu ini.

Kamal juga sedar, peminat teruja menantikan gandingan terkininya bersama Emma. Namun, nampaknya mereka perlu menunggu lebih lama sebelum kedua-duanya dapat ‘bersatu’ lagi di kaca TV.

Sebelum ini, Kamal dan pelakon yang kencang digosip bercinta dengannya itu pernah membintangi drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu.

“Saya memang tertunggu-tunggu untuk berlakon dengan Emma. Tapi apakan daya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal juga akan terbabit dengan program Superspontan, projek Karya 12 berjudul Jongkong arahan Feroz Kadir dan penggambaran travelog, Curi Curi Cuti, yang masih berbaki.

Sumber: bharian.com.my