SUSULAN KONTROVERSI YANG MELANDA DIRINYA, AKHIRNYA SHAHIR TARIK DIRI AF MEGASTAR!

TERTEKAN dengan tekanan dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pramugari, finalis  AF Megastar, Shahir Zawawi memberi gambaran menarik diri daripada pertandingan itu yang akan berlangsung Ahad ini.

Shahir menerusi Instagramnya memberitahu dia mengambil keputusan itu demi merealisasikan impian pihak yang cuba mensabotaj karier seni dia dengan bertujuan menutup periuk nasinya.

“Tak senang hati nampaknya melihat Allah bagi rezeki pada saya… Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah… Demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan karier saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

“Jangan Jadi ‘Fake’ La Shahir” – Mona Syamimi Turut Terima Mesej Romantik

Mona Syamimi mendakwa menerima mesej romantik daripada Shahir

Keputusannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi melandanya apabila foto mesranya bersama seorang pramugari dikenali sebagai Mona Syamimi tersebar di Internet sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun Shahir menerusi satu kenyataan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Mona sebaliknya memberitahu wanita itu adalah peminatnya.

Shahir juga memberi kenyataan akan meminang primadona Erra Fazira yang dikaitkan dengannya pada awal tahun hadapan.

Dalam kenyataan balasnya, Mona memberitahu penyanyi tersebut ada menghantar mesej romantik dan seakan-akan memberi harapan kepadanya selain mereka sering menghabiskan masa bersama.

Sementara itu, rata-rata peminat melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Shahir itu dan memintanya terus bertanding.

“Shahir janganlah… Tolonglah… Kalau awak tarik diri sukalah mereka sebab awak cepat sangat mengalah.

“Kasihan la pada peminat yang mengundi. Jangan pentingkan diri sebab ini tidak adil buat peminat,” antara komen peminat di Instagramnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung keputusannya itu bagaimanapun tidak berjaya kerana Shahir tidak menjawab panggilan dibuat kepadanya.

Pihak Astro juga terkejut dengan keputusan itu dan tidak dapat memberi ulasan lanjut buat masa ini.

Sumber rakanmedia

15 Artis Wanita Malaysia Yang Berdarah Kacukan.. Patutlah Cantik Dan Menawan! No 3 Tu Memang Tengah Viral Sekarang…

 

1) Emma Maembong

Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, merupakan gadis berdarah kacukan Melayu dan Scotland. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya merupakan warganegara Scotland. Emma juga tersenarai di kedudukan ke 71 dinatara 100 Wajah Tercantik TC Candler. Jadi tidak hairanlah, mengapa wajah Emma sering menjadi perhatian untuk drama dan juga iklan komersial. Emma yang popular menerusi drama “Projek Memikat Suami” ini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak. Walaupun baru-baru ini hubungan mereka retak, namun kini terjalin semula.

2) Neelofa

Siapa yang tidak mengenali wanita jelita Noor Neelofa Mohd Noor ini. Neelofa merupakan gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan. Ayahnya berketurunan Melayu, manakala ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Neelofa juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun 2010 . Gadis cantik ini sering di kaitkan dengan kerabat diraja. Siapa yang tidak akan terpaut dengan kejelitaan dan kelembutan pengacara program “Meletop” ini. Neelofa juga sebelum ini pernah kecundang dalam kisah cintanya bersama pelakon Hans Isaac.

3) Fathia Latif

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri “Ariana Rose” ini berdarah kacukan Melayu dan Arab. Nur Fathia Abdul Latif merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Penang. Fathia memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2009 menerusi drama popular “Nur Kasih” bersama Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Fathia sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan seorang kerabat. Tetapi dia lebih selesa untuk memilih orang biasa sahaja. Kini Fathia sedang hangat bercinta dengan pelakon Aiman Hakim yang pernah berganding dengannya menerusi drama siri popular “Diandra”.

4) Izara Aishah

Izara Aishah Hashim merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu dan Pakistan. Ayahnya beketurunan Melayu, manakala ibunya pulah berdarah Pakistan. Izara merupakan finalis Dewi Remaja bersama-sama Neelofa dan meraih tempat kedua. Izara pernah muncul untuk produk kecantikan Fair & Lovely dan jenama Brands, Innershine. Selain itu, kehidupan peribadi Izara juga sering di korek untuk mengetahui siapa jejaka yang berjaya menawan hatinya. Kini Izara dilaporkan sedang hangat bercinta dengan anak tiri penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid.

5)Nelydia Senrose

Nama sebenar Nelydia ialah Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen. Nelydia merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan. Ramai yang tidak tahu bahawa Nelydia merupakan gadis kacukan Melayu dan Siam. Nelydia juga memulakan kerjayanya sebagai pelakon ketika berusia 13 tahun menerusi drama “Spa Q” dan namanya mula menjadi sebutan ramai menerusi drama “Setia Hujung Nyawa”. Kembarnya yang merupakan kakaknya, Uqasha Senrose juga merupakan seorang pelakon.

6) Juliana Evans

Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam. Biarpun begitu, kerjaya seninya tidak diketepikan begitu saja terutama sekali apabila mengendalikan program Era TV setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.

Antara drama yang dijayakannya adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar. Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.

7) Diana Danielle

Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejakusianya kanak-kanak lagi. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan Dan Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ….Dalam Botol serta Hanyut.

8) Maya Karin

Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India sdi sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Buat ketika ini, Maya sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia bagi membolehkan proses cerainya dengan suaminya Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Maya berkahwin dengan Steven yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.

Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari. Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

9) Yasmin Hani

Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mual dikenali menerusi ancangan Muzik @Ria di Astro Ria suatu ketika dulu. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suati ketika dulu. Namun berbanding kakaknya, kerjaya seni Yasmin Hani lebih menyinar lagi.

Antara drama yang dibintangi adalah Ampang Medikal, Cinta Tak Bertepi, Neon, Campus Rock, 3 + 1, Skuad Elit, Chili Jus Pedas, Astana Idaman dan Dilema, manakala antara filem yang dijayakannya pula adalah Ratu, Gentayangan, 2 Hati 1 Jiwa, Duyung, Cicakman dan Bilut.

 

10) Faradhiya

Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, AMin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya. Apapun, kehebatan Faradhiya sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan. Menerusi label NAR Records,d ia pernah muncul dengan album iaitu Bertakhta Di Hati dan Yang Ku Puja. Sebagai pelakon, dia cukup menyinar Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Spa Q dan Spa Qistina.

11) Julia Ziegler

Julia bt Bob Fauzi Ziegler, wanita berdarah campuran Melayu Amerika. Dilahirkan pada 21 May 1984. Berasal dari Ampang, Selangor. Seorang model dan pelakon. Antara filem yang dibintangi beliau adalah Cicakman dan Jangan Tegur.

12) Zahirah MacWilson

Nur Zahirah Macwilson binti Zanol (lahir 1 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Zahirah Macwilson adalah pelakon wanita dan model dari Malaysia.

Beliau baru mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa buah drama dan telemovie. Beliau berketurunan British dan Melayu. Zahirah menjadi model waktu berusia 12 tahun, beliau merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Bapanya, Zainol Macwilson merupakan bekas penyampai berita TV3.

13) Nora Danish

Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) berketurunan melayu dan myamar atau lebih dikenali sebagai Nora Danish ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang terkenal kerana memegang watak utama Puteri dalam siri komedi tempatan Puteri. Pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006 tetapi telah berpisah pada Julai 2008. Ketika itu, Nora sedang hamil dua bulan. Pelakon ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram pada 7 Januari 2009. Cuti Cuti Cinta ialah filem romantik arahan Ahmad Idham menampilkan Nora bersama Farid Kamil. Filem terbaru lakonan beliau adalah Polis Evo yang ditayangkan pada September 2015.

14) Raja Ilya

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas. Raja Ilya mempunyai Sarah campuran Melayu Dan Malayam.

15) Uqasha Senrose

Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Mempunyai darah campuran siam dan melayu. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu. Kini beliau muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin.

Sajat berasa begitu teruja untuk berjumpa dengan ibu teman lelaki nya….

Lagi cerita mengenai Nur Sajat Kamaruzaman. Jika sebelum ini kami di Hangat.com telah berkongsi cerita mengenai spekulasi netizen mengenai watak maknyah yang dipegang oleh Sajatsuatu ketika dahulu di dalam filem Ophilia,kini terbaru menerusi Instagram beliau, Sajat telah umumkan sesuatu mengenai hubungan beliau dan Coach Yin yang kini hangat bercinta.

Tak Sabar Jumpa Ibu Mertua

Menurut Sajat di Instagram nya, beliau kini dalam perjalanan untuk ke Kelantan bagi berjumpa dengan ibu Coach Yin. Tambah Sajat beliau berasa begitu teruja untuk berjumpa dengan ibu teman lelaki nya itu. Sajat juga sempat bergurau dengan Coach Yin, bahawa beliau tidak sabar untuk salam dan cium ibu mertuanya itu.

Mak Mertua Kita Sporting

Ujar Sajat. Menurutnya, ibu kepada Coach Yin itu dilihatnya sebagai seorang yang mesra dan turut diakui sendiri oleh Coach Yin. Sebelum ini, mereka berdua pernah bergurau dengan menyatakan sedang menuju ke sebuah destinasi bagi membeli cincin. Malah Sajat melalui sumber dari beberapa portal hiburan turut mengakui bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

 

Adakah benar tujuan mereka berjumpa dengan ibu Coach Yin bagi membincangkan mengenai perkahwinan mereka? Sama – sama kita nantikan!

Sumber; Hangat.com