10 Rekaan Rumah Yang Sengaja ‘Disembunyikan’ Daripada Pandangan Manusia

Kami pasti, selain daripada memiliki kediaman yang selesa, ramai yang memimpikan untuk memiliki kediaman yang mempunyai rekabentuk yang unik dan berbeza daripada kediaman-kediaman yang lain.

Namun, memandangkan harga rumah yang terlampau mahal sekarang, ramai yang memlilih hanya untuk melihat sambil menggigit jari-jemari.

Berikut merupakan rumah-rumah yang direka khas supaya disembunyikan daripada pandangan manusia.

10. Rumah busut di Texas, Amerika Syarikat

Terletak 2 meter di bawah tanah, rumah busut ini hampir tidak kelihatan daripada luar. Namun apabila dilihat betul-betul, kediaman mewah ini sebenarnya cukup hebat dan turut dilengkapi dengan kolam renang pada bahagian belakang rumah.

9. Banglo di bawah rimbunan pokok pine di British Columbia, Canada

Sekali imbas, rumah agam ini hampir tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik rimbunan pokok pine yang tinggi disekelilingnya.

8. Banglo di bumbung mall di Hunan, China

Bukannya photoshop, tetapi rumah banglo yang dibina di atas sebuah pusat membeli-belah di China ini benar-benar wujud.

7. Rumah agam di Utah, USA

Rumah ini dibina oleh pasangan suami isteri pada tahun 1986 kerana mengidamkan kediaman yang damai dan tenang.

6. Villa Vals di Vals, Switzerland

Pembinaan kediaman yang pelik ini berpunca daripada undang-undang tempatan yang melarang pembinaan bangunan yang tinggi di sekitar ini kerana tidak mahu merosakkan permandangan.

Jadi bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan, seorang arkitek telah mengambil keputusan untuk membina banglo dua tingkat di dalam tanah.

5. Rumah tebing di Coquimbo, Chile

Rumah yang kelihatan seperti sebuah kapal selam terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat di mana tingkat bawah rumah tersebut dibina di bawah tanah.

4. Chalet tasik di Hordaland, Norway

Rumah yang dibina khas untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekitar ini telah menjadikannya hampir tidak kelihatan pada mata kasar.

3. Oasis di California, Amerika Syarikat

Rumah yang mempunyai rekabentuk yang pelik ini kelihatan seperti daun kering terletak di sebuah kawasan yang jauh terpencil di sebuah padang pasir California.

2. Hotel Mirrorcube di Lapland, Sweden

Hotel yang memiliki dinding yang diperbuat daripada cermin ini memang unik. Meskipun hampir tidak kelihatan pada pandangan manusia, dinding hotel ini turut diletak lapisan infra-merah bagi mengelakkan ianya dilanggar oleh burung-burung yang berterbangan.

1. Penthouse di Beirut, Lebenon

Rumah yang agam yang terbina di kawasan tebing tinggi ini kelihatan seperti sebuah kolam renang biasa.

Namun sekiranya dilihat daripada sudut yang berbeza, iannya merupakan sebuah rumah yang terletak di dalam batu dan dibina di bawah kolam renang.

 

Lelaki Ini Bekerja 12 Jam Sehari Selama 7 Tahun Berturut-turut Tapi Tidak Dibayar OT, Akhirnya Nekad Untuk Menyaman Majikannya Dan..

Bekerja dan dibayar dengan gaji yang berpatutan sememangnya disukai ramai apatah lagi zaman sekarang, kos sara hidup semakin meninggi. Semua orang memerlukan wang untuk survive dengan kehidupan seharian namun seorang lelaki dari Jepun ini sangat bekerja keras sehingga sanggup bekerja lebih masa setiap hari.

Menurut World of Buzz, lelaki berusia 31 tahun itu telah bekerja selama 12 jam sehari dan 6 kali seminggu sejak tujuh tahun yang lalu. Namun, dia tidak pernah mendapat bayaran OT dari majikannya! Lama tu 12 jam sehari…

Gambar Hiasan

Lelaki itu dikatakan bekerja di sebuah kafe internet daripada tahun 2009 hingga 2016. Rutinnya setiap hari sama, masuk kerja jam 10 pagi sehingga jam 10 malam namun dia tidak menerima sebarang bayaran kerja lebih masa. 

Difahamkan, lelaki tersebut sama sekali tidak tahu bahawa dia berhak menerima bayaran lebih jika bekerja lebih masa. Jadi, dia membuat keputusan untuk memfailkan saman ke atas majikan nya dan meminta pampasan sebanyak 25 juta Yen (Lebih kurang RM938,000) untuk jumlah yang tidak pernah dibayar.

Selepas fight di mahkamah, hakim mengarahkan syarikat tersebut untuk membayarnya 12 juta Yen (RM450,285) kerana menurut mereka syarikat berkenaan tidak menerangkan kepada lelaki itu tentang bayaran kerja lebih masa.

Rupa – rupa nya, gaji lelaki itu terbahagi kepada dua iaitu separuh gaji pokok dan separuh lagi bayaran tetap untuk kerja lebih masa namun syarikat itu tidak memberitahu nya tentang hal tersebut.

Hakim turut memberitahu bahawa dari tahun 2014 hingga 2016, kadar kerja lebih masa telah meningkat namun majikan nya tidak berbuat apa – apa. Lelaki berkenaan bekerja extra 82 hingga 123 jam setiap bulan namun syarikat tersebut mengelak untuk menaikkan gaji nya bagi lebihan jam itu.

Peguam yang mewakili lelaki itu berkata, “Perkara ini sudah biasa terjadi di mana syarikat akan cuba mengelak dan mengabaikan hal kenaikan gaji pekerja – pekerja mereka.”

Baik korang check kontrak kerja dan undang – undang buruh! Make sure anda tahu hak sebagai pekerja supaya tidak ditipu seperti lelaki ini.

Apa pengalaman anda semua di tempat kerja?