Doktor ini Menangis Semahunya Apabila Seorang Wanita yang Sedang Melahirkan Anak Meninggal Dunia. Rupanya Wanita itu Sudah 14 Tahun…

 

Menjadi seorang ibu memang bukanlah hal yang mudah. Hidupnya didedikasikan untuk mengurus suami, anak hingga rumah semuanya dilakukan oleh seorang ibu.

Start dari kebersihan rumah, masak, membantu anak belajar bahkan menguruskan suami.

Namun, bukan semua perempuan dikurniakananak setelah menikah. Ada yang harus menunggu belasan tahun baru mendapatkan bayi.

Seperti kisah sedih yang diceritakan oleh seorang doktor di Pakistan ini. Dalam sebuah post di akaun Instagram @humansofpakistan yang diambil dari brilio, Sabtu (21/10), seorang doktor menangis setelah meninggalnya seorang ibu saat melahirkan setelah 14 tahun tak pernah hamil sebelum ini.

“Hari ini adalah hari paling menyedihkan dalam hidupku.

Sebagai seorang Doktor, saya telah menangani begitu banyak ibu hamil saat persalinan dan setiap kali saya berada di ruang persalinan saya selalu berdoa kepada Tuhan untuk memberkati semua ibu.

Rasa sakit yang dialami wanita di ruang persalinan tidak dapat dijelaskan dan ini tidak termasuk 9 bulan yang mereka habiskan untuk membawa bayi itu. Mereka melewati banyak hal untuk membawa kehidupan baru.

Hari ini saya menangis dengan pahit kerana saya kehilangan seorang wanita, kita tidak berdoa untuk hal-hal seperti ini terjadi tapi terkadang Tuhan mungkin memiliki rencana lain. Mengapa situasi wanita ini begitu menyakitkan?

Dia telah menunggu selama 14 tahun! Kami telah mencuba kaedahIVF (bayi tabung) & begitu banyak yang dikenal manusia, wanita tersebut mengalami banyak hal.

Akhirnya Tuhan memberkati dia, itu jauh melampaui ilmu pengetahuan sains dan manusia. Dia baru saja hamil meskipun dia menderita kista ovarium dan beban fibroid yang besar.

Fibroidnya mulai mencair dan semuanya baik-baik saja, saya tahu itu berkat Tuhan, dia akan melakukan banyak hal hanya untuk menunjukkan kemuliaan dan kedahsyatannya.

Setelah 9 bulan, tiba saatnya, suaminya membawanya ke hospital dan dengan cepat saya meninggalkan semua yang saya lakukan dan datang kepadanya.

Dia telah bertarung selama berjam-jam, setelah 7 jam, sangat menyakitkan sehingga kami memutuskan untuk operate nya.

Kami kehilangan dia tapi bayi itu masih hidup. Sebelum kematiannya, dia sempat memegang bayi itu di pelukannya dan tersenyum “Tuhan itu hebat” dan kemudian dia tergeletak tak berdaya.

Saya merasa sedih dan sedih, saya sampaikan kabar itu kepada suaminya sendiri, setelah mendengar kabar tersebut, suaminya pengsan, hari bahagia mereka berubah menjadi getir. Kita kehilangan hidup hanya untuk melahirkan kehidupan baru hari ini.

Mohon hormati wanita kerana mereka sanggup berkorban untuk melahirkan kita. Hormatilah isterimu! Membawa bayi Anda selama 9 bulan bukanlah mudah dan betarung berjam-jam untuk melahirkan anak Anda adalah pengorbanan besar.

Saya berdoa kepada Tuhan untuk menyenangkan hati setiap orang yang membaca ini, terutama wanita hamil, mohon letakkan mereka dalam doa-doa Anda. Suami yang terkasih, saya ulangi hormatilah isteri Anda kerana dia benar-benar pemberi kehidupan. Semoga Tuhan menguatkan semua wanita hamil.

Jangan abaikan posting ini, bagikan kepada orang lain itu sangat penting karena wanita dalam kehidupan kita harus dipuja…

Julian Yee, Peluncur Ais Termuda Paling Kacak dari Malaysia

Julian Yee mencuri tumpuan menerusi aksi bersahaja dalam temasya sukan dwitahunan, Sukan Sea KL2017 lalu menerusi acara luncur ais.

Pesona Julian sebagai penyumbang pingat emas negara itu juga menjadi buah mulut penonton yang mengikuti perkembangan acara sukan itu.

Namun, siapakah sebenarnya Julian Yee?

Julian tersenarai di kedudukan ke-38 dunia dan pernah menduduki tempat keenam pada Kejohanan Trofi Nebelhorn CS Ke-49 di Jerman sebelum ini.

Kami mengangkat Julian sebagai Gempak Star Of The Week kali ini selaku inspirasi anak muda dalam bidang sukan luncur ais yang sangat asing di Malaysia.

Jom berkenalan dengan lebih rapat dengan Julian Yee.

1) Luncur ais dan memasak

Julian Yee Zhi-Jie, 20, merupakan anak jati Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sri Kuala Lumpur dan Sunway University.

“Saya juga seorang yang gemar memasak dan suka melakukan aktiviti snowboarding. Selain itu, berkhemah juga sangat menyeronokkan,” kata Julian.

2) Meluncur ketika 4 tahun

Bermula sebagai hobi, sukan luncur ais menjadi platform Julian mengasah bakat dan pergi lebih jauh.

“Saya bermula pada usia 4 tahun apabila ibu membawa saya bersama abang ke skating rink untuk beriadah.

“Selepas dua tahun saya mula bertanding dalam pelbagai acara tempatan dan sukan ini mula mendapat tempat di hati saya sampai sekarang,” katanya.

3) 3 jam sehari

Terbaharu, Julian berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan tahun hadapan.

“Terima kasih atas sokongan semua dan saya rasa amat bangga serta gembira kerana berjaya melayakkan diri ke acara besar seperti Winter Olympics 2018.

“Sesi latihan saya sekurang-kurangnya tiga jam sehari di gelanggang ais dan sejam untuk senaman, latihan kardio dan tarian,” tambah Julian.

Julian menjadi atlet sulung Malaysia bertanding ke temasya sukan itu.

4) Sama macam Wang Leehom

Ada yang menyamakan Julian seperti penyanyi terkenal China, Wang Leehom, ini komen Julian.

“Hahaha, Wang Leehom mungkin abang saya yang terpisah sejak kecil,” katanya ketawa.

5) 5 tahun akan datang

Siapa Julian dalam tempoh lima tahun akan datang?

“Saya akan tamat belajar dan akan membantu membangunkan Figure Skating di negara kita dan rantau Asia Tenggara,” ungkap Julian.

 

Sumber : Gempak Star Of The Week