Zara Zya Masuk Hospital Akibat Memakai…

BAHARU sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya sekitar Julai lalu, pelakon Zara Zya masuk hospital lagi!

Zara, 32, menerusi Instagram miliknya memberitahu kaki dan bahagian tulang belakangnya tiba-tiba berasa sakit sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

Kata Zara, dia berasa panik dengan keadaan itu kerana dia tidak boleh berjalan sehingga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran bagi mendapatkan rawatan di hospital.

“Kejadian semalam… Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan.

“Penyakit Ini Boleh Jadi Kanser” – Zara Zya

Zara Zya sudah kembali pulih.

“Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zara mendedahkan keadaan itu berlaku disebabkan tabiatnya yang gemar memakai kasut bertumit tinggi setiap masa.

“Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai.

“Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi,” katanya.

Sementara itu, Zara berkata keadaannya kini sudah pun beransur pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/26/zara-zya-hospital/

Sebelum ini Zara menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga hari ekoran ketumbuhan pada bahagian tepi pipinya yang boleh menyebabkan kanser.

 

 

SEMUA BENDA BOLEH DIPALSUKAN DI CHINA, TERMASUK 6 JENIS MAKANAN INI.. NO 5 TU AMAT MENAKUTKAN..

Negara China merupakan salah satu negara terbesar yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat padat. Untuk mendapatkan sumber asas di negara tersebut terutamanya makanan adalah terhad kerana permintaan yang sangat tinggi.

Oleh kerana itu, terdapat sebahagian manusia yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan terhadap masalah ini dengan menjual makanan tiruan untuk menampung permintaan yang tinggi tersebut, di samping mengaut keuntungan yang banyak. Bukan itu sahaja, bahkan terdapat juga makanan tiruan ini yang sudah masuk ke pasaran Malaysia.

Berikut merupakan 6 makanan tiruan yang dihasilkan di China:

1. Mihun tiruan

 

 

 

 

 

Pada tahun 2010, sebanyak 50 buah kilang mihun ditutup oleh pihak berkuasa kerana didapati menggunakan bahan-bahan yang terlarang. Dalam operasi serbuan tersebut, sebanyak 0.5 juta kilogram mihun telah dirampas.

2. Susu tiruan

Susu tiruan mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat beracun iaitu Melamine. Pada tahun 2009, seramai 53,000 bayi telah dilaporkan mengalami masalah kesihatan setelah minum susu tiruan tersebut.

3. Telur tiruan

Telur tiruan ini mengandungi gelatin, perwarna tiruan dan air, manakala kulitnya pula diperbuat daripada lilin. Telur tiruan ini bukan sahaja dijual di China, malah ia juga telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini.

4. Kacang walnut tiruan

Memandangkan permintaan kacang Walnut adalah sangat tinggi di China, terdapat beberapa manusia yang tidak bertanggungjawab memungut kulit kacang yang kosong dan mengisinya kembali dengan konkrit dan kertas.

5. Daging lembu diperbuat dari daging tikus

Di China, terdapat banyak kedai yang menjual daging tikus sebagai daging lembu. Sehingga kini, masalah ini masih tidak dapat dibendung oleh pihak berkuasa

6. Beras tiruan

Beras yang merupakan makanan paling asas juga turut dipalsukan. Menurut siasatan, nasi tiruan ini dihasilkan dengan menggunakan kentang dan plastik.

10 Roket Terbesar Di Dunia – No 1 yang paling bergaya..

Roket saat ini di gunakan manusia dalam kepentingan militer dan antariksa, roket biasa di gunakan  untuk mengirimkan manusia ke bulan atau hanya sekadar mengirimkan satelit ke orbitnya. Dalam dunia militer roket biasa di lengkapi dengan hulu ledak nuklier yang dapat menjangkau antara negara yang sering di sebut dengan rudal balistik. Teknologi roket sendiri sudah di kenal sejak abad ke sembilan di China yang di temukan secara tidak sengaja oleh ilmuan Taoisme Cina.

Berikut ini ada beberapa roket terbesar yang pernah di buat manusia.

1. Roket Satrun V

Saturn V merupakan roket terbesar dan paling bertenaga di dunia yang pernah di buat oleh manusia hingga saat ini. Roket  Saturn V memiliki ketingian  hampir 363 kaki atau setara dengan bangunan 40 lantai. Roket ini sendiri mampu mendaratkan manusia sampai ke bulan.

2. Roket N-1

Roket N-1 merupakan roket terbesar yang pernah di buat oleh Uni Soviet  yang di gunakan untuk mengirimkan manusia ke bulan . Panjang roket ini mencapai 344,5 meter. Dalam ujian percubaan yang di lakukan Uni Soviet terhadap roket ini, ianya  mengalami kegagalan dan hancur. Sampai saat ini Rusia masih terus mengembangkan teknologi roket N-1 ini.

3. Roket Ares 1

Roket Ares 1 merupakan roket buatan Amerika yang masih dalam pengembangan. Roket yang memiliki panjang  310 kaki ini akan menjadi transportasi manusia untuk pergi ruang angkasa, bahkan ke bulan. Roket ini juga di dukung oleh satu mesin roket padat selama lepas landas.

4. Roket Delta IV

Roket yang memiliki ketinggian 206 meter ini digunakan Amerika untuk tujuan penggunaan militer dan komersial.

5. Atlas V

Roket Atlas V merupakan roket buatan Amerika yang digunakan untuk mengangkat beban beban berat seperti satelit untuk di luncurkan ke orbit bumi. Roket ini memiliki panjang mencapai 195 kaki.

6. Arine 5

Roket yang memiliki ketinggian  193 kaki ini pertama kali di luncurkan pada  bulan Jun 1996 dan mengalami kegagalan dan hancur setelah 37 detik setelah diluncurkan. Penyebab utama kegagalan meluncurnya roket ini disebabkan kesalahan sistem software yang di gunakan dalam komputer roket ini. Kegagalan meluncurnya roket Arine 5 juga mencatatkan rekor bug komputer termahal di dunia.

7. Space Shuttle

Ini merupakan pesawat ulang alik cangih buatan Amerika yang di gunakan  untuk pengangkutan kargo dan astronot menuju luar angkasa. Pesawat ulang alik ini dioperasikan oleh tujuh awak laki-laki. Space Shuttle memiliki tinggi sepanjangi 184 kaki.

8. H-IIB ROCKET

Roket ini merupakan roket buatan Jepun dengan bahan bakar cair yang menyediakan sistem peluncuran untuk tujuan utama peluncuran H-II Transfer Vehicle (HTV) terhadap Stasiun Luar Angkasa Internasional (ISS). Ini memiliki ketinggian 56m.

9. Roket Falcon 9

Roket ini di produksi oleh  SpaceX yang diluncurkan perdana pada akhir tahun 2009 lalu. Roket ini mengunakan bahan bakar cair dan meiliki keting 178 kaki.

10. Roket Proton

Proton pertama diluncurkan pada tahun 1965 dan sistem peluncuran masih digunakan pada 2009, yang menjadikannya salah satu dari para pendukung paling sukses berat dalam sejarah luar angkasa. Ini memiliki ketinggian 53m.

Sumber : rujakkpedia123

IQRAM DINZLY SEMAKIN BERPERANGAI PELIK, TAK WARAS MACAM ORANG GILA..

Iqram Dinzly merupakan aktor yang amat popular beberapa tahun yang lalu. Kalau menonton TV sudah pasti ada naskah lakonannya ditayangkan di semua TV stesyen.

Namun entah kenapa sejak kebelakangan ini nama Iqram Dinzly semakin tenggelam dan wajahnya sudah jarang dilihat di kaca televisyen.

Jika dilihat di laman media sosial, memang ada sahaja Iqram Dinzly, namun perwatakan dan juga sikapnya dikatakan agak ganjil.

Menjawab persoalan ini wartawan dari mStar mendapatkan jawapan dari tuan punya badan sendiri.

Kata Iqram Dinzly, dia tidak mahu mengambil peduli tentang pandangan orang terhadap dirinya yang dikatakan tidak waras atau gila.

Pelakon yang berumur 36 tahun ini berkata dia hanya melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hati nya.

Baru-baru ini, satu isu tindakan ‘tidak waras’ Iqram Dinzly timbul apabila aksi peliknya yang sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika sakit serta turut berkongsi gambar di tanah perkuburan arwah bapanya.

Perkongsian dari Iqram Dinzly ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif. dari follower dan juga peminatnya.

Selain itu, timbul desas-desus pula dalam industri bahawa Iqram berperangai pelik.

Ini temubual khas dari mStar:

(SOALAN) Apa Komen Iqram apabila ada segelintir pihak yang mengatakan Iqram sekarang seperti kurang waras?

(Iqram Dinzly) Saya tak ambil peduli apa kata orang luar. Sekiranya saya gila pun, saya nak jadi ahli syurga. Orang kata saya gila… tapi bagi saya semuanya jelas. Saya buat apa yang saya rasa, itu yang dilakukan.

(SOALAN) Apa motif Iqram berkongsi foto depan kubur arwah ayah bersama surah Yasin dengan wajah tersenyum? Nak menunjuk-nunjuk?

(Iqram Dinzly) Tak ada niat apa-apa pun. Ia sekadar untuk peringatan dan kesedaran kepada diri sendiri dan orang luar. Tidak semestinya kita menziarahi kubur hanya datang sahaja. Dalam Islam kita tidak boleh terlalu bersedih selepas kematian seseorang.

Walaupun saya senyum tapi hati sedih tidak ada siapa yang tahu. Cuma saya kena kuat mengharungi semua yang terjadi.

(SOALAN) Melihat entri terbaru Iqram tidak lagi mengenakan serban. Adakah tidak mahu kekalkan imej tersebut?

(Iqram Dinzly) Serban? Saya tidak pernah mengatakannya serban. Namun saya perkenalkannya sebagai ‘Iqrat Kapla’ (ikat kepala). Saya tak boleh beri jawapan untuk soalan itu. Biarlah rasa dan biarlah masa yang menentukan. Apa yang saya boleh katakan, saya akan melakukan satu transfomasi dalam kehidupan. Perkara ini bukan isu yang besar.

(SOALAN) Apa yang Iqram rasa dengan kritikan netizen kerana perbuatan Iqram sendiri?

(Iqram Dinzly) Saya kecewa dan marah sangat-sangat dengan netizen. Terlalu ramai yang menjadi ustaz dan ustazah jadian sedangkan bila diperhatikan semula, ruangan Instagram orang yang ‘jatuh hukum’ ini pun tidak melambangkan sepenuhnya seorang muslim.

Kecam orang sesuka hati dan lepas itu akaun privasi. Ini namanya kulat parasit. Mereka tidak ada kesedaran dalam berbudi bahasa.

(SOALAN) Iqram sudah lama tidak berlakon. Adakah tiada tawaran? Bagaimana pula perniagaan kedai makan di Langkawi?

(Iqram Dinzly) Saya ada terima beberapa tawaran namun buat masa ini, saya mahu berehat tanpa memikirkan industri seni. Kedai makan di Langkawi terpaksa ditutup buat sementara waktu. Mungkin sebab orang di sana tidak dapat terima orang luar. Sekiranya nak tahu lebih lanjut, silalah mengikuti laman Instagram @bawaabata.merebucks. Insya-Allah, di ruangan itu nanti akan bermulanya kisah saya.

Itulah jawapan dari mulut pelakon Iqram Dinzly tentang apa yang berlaku kepada dirinya dan juga menjawab tomahan orang ramai terhadap sikapnya yang agak berlainan sejak akhir akhir ini.

Semoga Iqram Dinzly akan berjaya dalam kariernya dan juga kehidupannya.