Janna Nick masuk hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru

Pelakon, Janna Nick, dimasukkan ke hospital pagi semalam kerana jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu.

Pembantu peribadinya, Sakinah, berkata berikutan keadaan kesihatan aktres itu juga, penggambaran drama rantaian Coffee Prince terpaksa ditangguhkan.

“Janna mengadu sukar bernafas dan disahkan terkena jangkitan pada bahagian paru-parunya. Sebenarnya, dia sudah mengalami demam dan batuk selama seminggu, namun masih terikat dengan komitmen kerja.

“Malah, keadaan kesihatan Janna sepanjang minggu ini juga agak membimbangkan, sehingga produksi berhenti rehat selama dua jam untuk memberikan ruang kepadanya berehat. Mungkin apabila badan Janna lemah, dia mudah terdedah dengan kuman daripada mereka yang berada di sekelilingnya.

“Tambahan pula, ramai yang kurang sihat ketika ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Saya memohon semua pihak yang terbabit memahami keadaan kesihatan Janna yang lemah ketika ini,” katanya kepada BH Online.

Sakinah turut berterima kasih kepada pihak yang mempunyai komitmen kerja bersama Janna kerana memahami keadaan duta Vivo itu.

Katanya, doktor menyarankan agar Janna, 22, menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan rehat sepenuhnya.

“Jadi, kami memohon maaf apabila dia tidak dapat menjawab sebarang panggilan buat sementara waktu,” katanya.

Rata-rata pemintan mengakui terkejut dengan gambar yang dikongsikan itu dan mendoakan agar Janna cepat sembuh dengan segera.

@ainsuji: ‘Semoga cepat sihat sis @jannanick! Rehat cukup-cukup ok. Be strong

@mzdieyaa_1509: ‘Semoga cepat sembuh Jannah, dan selepas ini dapat mempunyai rehat yang cukup dan jangan sibuk kerja sahaja.

@nadiah_chik288: ‘Semoga @jannanick cepat sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang sihat walafiat selalu. Aamiin.

@Cian ny: ‘Semoga @jannanick Cepat Sembuh. Sakit itu penghapus segala dosa..Diharapkan semuanya dalam keadaan selamat.

Sumber:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *