Emma buat U-Turn? Tak Jadi “Clash” Pulak…

PELAKON Emma Maembong, 25, mengakui kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan aktor Kamal Adli dibuat dalam keadaan dirinya sedang marah dan sakit hati.

Katanya, dia tidak mahu lagi memberikan komen berlebihan membabitkan isu hubungan mereka mahupun pihak lain yang cuba dikaitkan dalam konflik berkenaan.

“Buat masa sekarang tidak sesuai untuk saya bercakap lebih berhubung situasi yang berlaku. Tunggulah apabila keadaan sudah kembali reda.

“€Ketika ini apa saja perkara yang dikatakan akan menyebabkan isu berpanjangan dan banyak implikasi negatif timbul berbanding positif,” katanya.

Dia bagaimanapun enggan mengesahkan hubungan antaranya dan Kamal benar-benar putus.

“Kenyataan yang keluar dari mulut saya sebelum ini mengatakan kami sudah putus diluahkan ketika saya sedang sakit,” katanya.

Pelakon utama filem Kimchi Untuk Awak itu menegaskan dia tidak berani mengesahkan enggan bersama Kamal kerana jodoh adalah ketentuan-Nya.

Hubungan Emma dan Kamal sebelum ini dikatakan bermasalah berikutan kehadiran orang ketiga iaitu pasangan Kamal ketika menjayakan drama Duda Pujaan Dara, Zahirah McWilson.

Zahirah dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menyelar Kamal dan Emma yang didakwa masih lagi mengaitkan namanya dalam kemelut hubungan mereka.

Mengulas kenyataan Zahirah, Emma akui dia benar-benar keliru berikutan pernah bertemu Zahirah dan kekasih pelakon itu Zul Ariffin selain menganggap masalah itu sudah selesai.

“Zahirah ada menghubungi saya 3 pagi kelmarin dan mengajak saya untuk bertemu dengan wakil media. Bagaimanapun saya katakan kepadanya tidak dapat turut serta kerana terikat dengan penggambaran drama.

“Saya juga tidak menyangka dia memberi kenyataan sedemikian rupa pada media. Ini termasuk perbualannya bersama Kamal menerusi WhatsApp dimuat naik di laman sosial miliknya,”€ katanya.

Emma mengakui situasi yang ditimbulkan itu membuatkan dia bertambah keliru.

Kemelut hubungan Emma dan Kamal juga makin panas apabila Emma dikaitkan pula dengan ahli perniagaan dari Sabah.

Lelaki status Datuk serta duda anak dua itu mengakui berkenalan rapat dengan pelakon jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu.

Sumber : Hmetro

Kamal Adli Juara Super Spontan! Sempat Bertembung Dengan Zizan, Emma Maembong Hadir Beri Sokongan

Kamal Adli mengejutkan para pelawak yang lain apabila dinobatkan juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Pelakon ini yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.

Naib juara menjadi milik Fad Bocey sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Di tempat ketiga adalah milik Achey Bocey. beliau membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, finalis lain iaitu Ozlynn, Shuk , Mamak Puteh, Shahrol Shiro dan Sharif Zero terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Tiada lagi kumpulan King Musang dan Tenggiling Taiko ketika di pentas akhir SSS2017 apabila semua peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara.

Super Spontan Superstar diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara sambilan yang tugasnya mewancara para peserta dengan soalan panas!

Minggu pentas final Super Spontan Superstar, Datuk Chef Wan telah dijemput sebagai komentator jemputan bersama komentator tetap, Datuk Afdlin Shauki.

Pentas akhir Super Spontan Superstar turut gamat dengan kemunculan istimewa Jozan (Johan dan juga Zizan) sebagai pemain jemputan.

Pentas menjadi panas bermula dengan permainan pertama apabila Kamal Adli telah bertembung dengan Zizan.

Selain itu, wanita yang pernah menjadi kekasih Kamal Adli dan juga Zizan iaitu Emma Maembong dilihat hadir ke program ini untuk memberi sokongan.

Melalui laman IG miliknya, jelas Emma Maembong membri sokongan padu kepada Kamal Adli.

Super Spontan Superstar telah bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).