Emma buat U-Turn? Tak Jadi “Clash” Pulak…

PELAKON Emma Maembong, 25, mengakui kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan aktor Kamal Adli dibuat dalam keadaan dirinya sedang marah dan sakit hati.

Katanya, dia tidak mahu lagi memberikan komen berlebihan membabitkan isu hubungan mereka mahupun pihak lain yang cuba dikaitkan dalam konflik berkenaan.

“Buat masa sekarang tidak sesuai untuk saya bercakap lebih berhubung situasi yang berlaku. Tunggulah apabila keadaan sudah kembali reda.

“€Ketika ini apa saja perkara yang dikatakan akan menyebabkan isu berpanjangan dan banyak implikasi negatif timbul berbanding positif,” katanya.

Dia bagaimanapun enggan mengesahkan hubungan antaranya dan Kamal benar-benar putus.

“Kenyataan yang keluar dari mulut saya sebelum ini mengatakan kami sudah putus diluahkan ketika saya sedang sakit,” katanya.

Pelakon utama filem Kimchi Untuk Awak itu menegaskan dia tidak berani mengesahkan enggan bersama Kamal kerana jodoh adalah ketentuan-Nya.

Hubungan Emma dan Kamal sebelum ini dikatakan bermasalah berikutan kehadiran orang ketiga iaitu pasangan Kamal ketika menjayakan drama Duda Pujaan Dara, Zahirah McWilson.

Zahirah dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menyelar Kamal dan Emma yang didakwa masih lagi mengaitkan namanya dalam kemelut hubungan mereka.

Mengulas kenyataan Zahirah, Emma akui dia benar-benar keliru berikutan pernah bertemu Zahirah dan kekasih pelakon itu Zul Ariffin selain menganggap masalah itu sudah selesai.

“Zahirah ada menghubungi saya 3 pagi kelmarin dan mengajak saya untuk bertemu dengan wakil media. Bagaimanapun saya katakan kepadanya tidak dapat turut serta kerana terikat dengan penggambaran drama.

“Saya juga tidak menyangka dia memberi kenyataan sedemikian rupa pada media. Ini termasuk perbualannya bersama Kamal menerusi WhatsApp dimuat naik di laman sosial miliknya,”€ katanya.

Emma mengakui situasi yang ditimbulkan itu membuatkan dia bertambah keliru.

Kemelut hubungan Emma dan Kamal juga makin panas apabila Emma dikaitkan pula dengan ahli perniagaan dari Sabah.

Lelaki status Datuk serta duda anak dua itu mengakui berkenalan rapat dengan pelakon jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu.

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *