Dynas bertemu jodoh..

PELAKON, Dynas Mokhtar, 34, bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada April tahun depan.

Terdahulu, ibu tunggal kepada dua anak itu selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Shazrik Che Mohd Din, 35, pada Khamis lalu.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mohktar berkata, majlis itu dirancang oleh keluarga dan ramai kawan rapatnya tidak tahu.

“Ramai tidak tahu mengenai majlis merisik dan bertunang ini. Insya-Allah kami akan berkahwin pada tahun depan.

“Saya akui selesa dengan cara tradisi seperti ini. Memang kawan-kawan rapat terkejut malah ada yang terasa hati tetapi mereka faham saya hanya bertunang,” katanya.

Dynas yang mengenali Shazrik sejak tiga tahun lalu berkata, dia bersyukur perkenalan mereka berjalan lancar dan tidak menghalang Shazrik apabila perlu mengambil masa untuk lebih mengenali dirinya.

“Kami tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Jarang keluar berdua sebaliknya selesa beramai-ramai.

“Dia seorang yang tegas dan memilih untuk lebih mengenali saya terlebih dulu sebelum mengambil keputusan menyunting saya sebagai suri hidupnya,” kata Dynas.

Menurutnya, Shazrik sangat mengutamakan perasaan anak-anak dan apabila melihat mereka mesra dan boleh menerima kehadiran jejaka itu barulah dia terbuka hati.

“Anak-anak adalah keutamaan saya. Selain perasaan mereka, restu orang tua juga sangat penting.

“Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui perhubungan kami,” katanya.

Sumber : Harian Metro

8 GAMBAR – SELAMAT TIBA, SITI NURHALIZA KINI DI PALESTIN

“Alhamdulillah, tiada halangan yang membimbangkan ketika kami sampai,” demikian kata Datuk Sirti Nurhaliza Tarudin, 38, yang telah selamat tiba di bumi Palestin bersama rombongannya pada jam 12 tengah hari tadi (waktu tempatan), walaupun terpaksa melalui pemeriksaan ketat.

Kunjungan penyanyi ‘Biarlah Rahsia’ itu ke bumi Palestin adalah bagi memenuhi keinginannya menziarahi lokasi bersejarah, Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

“Insya-Allah, malam ini kami akan sembahyang Isyak di Masjid Al-Aqsa dan solat Jumaat di sana,” tutur Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa dan keluarga mentua

Semoga perjalanan Siti dan rombongannya ini akan dipermudahkan.

Sumber: Berita Harian
Foto: Siti Nurhaliza IG