Dynas bertemu jodoh..

PELAKON, Dynas Mokhtar, 34, bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada April tahun depan.

Terdahulu, ibu tunggal kepada dua anak itu selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Shazrik Che Mohd Din, 35, pada Khamis lalu.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mohktar berkata, majlis itu dirancang oleh keluarga dan ramai kawan rapatnya tidak tahu.

“Ramai tidak tahu mengenai majlis merisik dan bertunang ini. Insya-Allah kami akan berkahwin pada tahun depan.

“Saya akui selesa dengan cara tradisi seperti ini. Memang kawan-kawan rapat terkejut malah ada yang terasa hati tetapi mereka faham saya hanya bertunang,” katanya.

Dynas yang mengenali Shazrik sejak tiga tahun lalu berkata, dia bersyukur perkenalan mereka berjalan lancar dan tidak menghalang Shazrik apabila perlu mengambil masa untuk lebih mengenali dirinya.

“Kami tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Jarang keluar berdua sebaliknya selesa beramai-ramai.

“Dia seorang yang tegas dan memilih untuk lebih mengenali saya terlebih dulu sebelum mengambil keputusan menyunting saya sebagai suri hidupnya,” kata Dynas.

Menurutnya, Shazrik sangat mengutamakan perasaan anak-anak dan apabila melihat mereka mesra dan boleh menerima kehadiran jejaka itu barulah dia terbuka hati.

“Anak-anak adalah keutamaan saya. Selain perasaan mereka, restu orang tua juga sangat penting.

“Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui perhubungan kami,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *