Ramai Salah Faham Bila Bayi Hisap Ibu Jari Kaki, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!

Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi? Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh aku merancang lagipun baby baru 5 bulan, takkan dah nak adik? huhuhu..jgn jgn…

Tapi Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.

Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka. Semoga bermanfaat. Kredit:- Tips Suami Isteri

Kongsikan Artikel Ini!!

Perkembangan bayi anda yang baru lahir

Tangan dan kaki bayi masih melengkuk
Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan “mengerekot” dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia lima atau enam bulan.

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan tangannya, masih dominan.

Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan — dibalut selamat dalam selimutnya.
Bayi baru lahir dikuasai oleh kelaparannya
Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur adalah yang kedua penting.

Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam.

Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali.

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi.
Bayi menangis sebagai bentuk komunikasi utama
Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti — atau apa yang kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif.

Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai rangsangan.

Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi “ah” apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda.
Dia hanya melihat wajah anda
Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih, dan mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 30sm. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu.

Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya.

Pembelajaran bayi bermula dengan serta-merta
Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga aktifnya.

Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif — dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti memerhatikan anda.
Bermain dengan bayi baru lahir anda
Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa.

Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja.

Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya — dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring.

Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat atau lima bulan.
Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda — jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

Sumber : penamedia

Wartawan Malaysia Dedahkan Sindiket Perhambaan Moden Pemetik Buah di Australia

Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar  mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.

Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.

Namun apabila tiba di sana, mereka menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.

Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan.

“Kisah mereka semua sama,” kata Saiful. “Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited.”

Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan.

Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.

“Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup,” ujar Saiful.

Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.

Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.

Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.

“Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah,” kata Tania.

Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.

Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.

Rujukan

South China Morning Post

The Guardian

Rahsia Personaliti Anda Melalui Jenis Darah

Betul ke darah yang mengalir dalam badan kita ni boleh menggambarkan personaliti sebenar seseorang tu? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia sememangnya mampu memberi gambaran mengenai keperibadian individu itu sendiri.

Korang rasa darah korang ni jenis apa? Cuba check dan tengok betul ke tak dengan personaliti korang tu.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup si darah A. Individu yang berdarah A memang suka melakukan kerja-kerja secara berkumpulan. Bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan korang!

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri korang itu melambangkan bahawa korang tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Tetapi ada kalanya korang agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak kisah langsung dengan waktu untuk berehat. INGAT! kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja korang itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling ngam dengan korang! Korang lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula korang adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, korang lebih gemar melaksanakannya dengan cara tersendiri. Korang juga adalah individu yang kreatif dan fleksibel, dan senang untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.

Si darah B merupakan individu yang bijak bersosial. Tetapi ada kalanya sikap korang yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri korang sendiri! Haaa jaga-jaga! Sekali gus memperlihatkan kelemahan pada korang sendiri. INGAT! tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Korang juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling korang akan rasa selesa. Korang juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap ceria!

Haaa jangan nak senyum sangat! Ada satu perkara yang korang harus perbaiki dalam diri itu. Perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri korang pula!

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Kalau inginkan sesuatu, korang akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya korang dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu korang juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Alaaa rileks lah! Korang kena bijak mengawal emosi diri sendiri supaya tidak dikuasai dengan tekanan.

Sumber : Suria.my

Orang Darah O Wajib Baca! Inilah Titik Kelemahan Orang Berdarah O Kena Ambil Tahu..Sila Elakkan Minum Kopi, Ini Sebabnya!Kongsikan..

Orang-orang dengan golongan darah O adalah orang yang istimewa, kerana mereka boleh mendonorkan darahnya kepada semua golongan darah lain, namun orang-orang dengan golongan darah O cuma boleh menerima darah dari sesama golongannya.Orang-orang bergolongan darah O, senantiasa kelihatan menonjol diantara yang lain. Mereka mempunyai jiwa kepemimpinan, proaktif, bertenaga serta mempunyai kemampuan untuk selalu terus fokus. Mereka juga cenderung sangatlah kuat serta produktif.

Di Jepun, orang-orang bergolongan darah O senantiasa dikaitkan dengan jenis ciri-ciri tertentu. Waktu lakukan temuduga kerja, penemuduga sering menanyakan apa golongan darah mereka.

Orang-orang dengan kumpulan darah O digambarkan sebagai orang yang bertanggung jawab, komited, terancang, fokus, teliti serta praktikal. Mereka juga diakui lebih pintar serta lebih baik dari pakar logik. Hal semacam ini kerana nenek moyang mereka iaitu seorang pemburu, yang sentiasa tepat dalam menganggarkan serta mengamati persekitaran sekitar untuk dapat bertahan hidup.

Lalu, apakah orang-orang yang mempunyai golongan darah O mempunyai kelemahan? Ya, sudah pasti ada, kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Orang bergolongan darah O lebih terdedah pada penyakit tertentu, seperti ulu hati, disfungsi tiroid, rendahnya tahap hormon tiroid serta kekurangan iodin. Disfungsi tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kelebihan berat badan serta pengekalan air.

Ketika sedang stres mereka boleh sangatlah marah, jadi hiperaktif serta impulsif. Pola makan yang buruk, kurang olahraga, lakukan kebiasaan tak sihat serta kecenderungan untuk stres bikin mereka rawan semulajadi sistem metabolik yang berbahaya, seperti rintangan insulin, melambatkan kesibukan kelenjar tiroid serta obesiti.

Mereka juga mempunyai tahap lebih tinggi asid gastrik di banding golongan darah yang lain, mempunyai keadaan perut yang sensitif serta terdedah menderita ulser.

Orang-orang dengan kumpulan darah O, mesti elakkan cafein serta alkohol. Cafein sangatlah berbahaya untuk mereka kerana boleh meningkatkan adrenalin, yang memanglah telah tinggi pada orang-orang bergolongan darah itu. Orang-orang bergolongan darah O disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Sumber: Cuisine and Health & teabeng

Anda Berdarah O? Sila Elakkan Minum Kopi, Ini Sebabnya!

Darah jenis O merupakan darah yang jarang dimiliki oleh manusia. Diketahui juga, pemilik darah 0 adalah pemilik darah universal kerana boleh menderma kepada semua jenis darah yang lain.

Orang berdarah O biasanya merupakan individu yang impulsif dan hiperaktif. Dan disebabkan itu pemilik darah O harus menjauhi kafein kerana kandungan semulajadi pemangkin adrenalin yang terdapat di dalam kafein.

ni kerana darah O sudah mempunyai hormon adrenalin dan tidak memerlukan pemangkin untuk menaikan hormon tersebut kerana dikhuatiri menyebabkan kerosakan.

Kepada yang memiliki darah O, kalau rasa tak boleh nak berhenti terus boleh sahaja kurangkan pengambilan kopi. Jika dahulunya 3 kali sehari, cuba kurangkan kepada 1 kali sehari sahaja.