Kisah Cinta Antara Dua Makhluk Yang Dibesarkan Bersama Sejak Daripada Lahir

Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan ini menggelarnya “penjinak kucing” dan sebabnya yang paling utama ialah sejak bayi lagi anaknya telah dipertemukan dengan kucing itu dan sehingga kini mereka tidak dapat dipisahkan.

Melihatkan kemesraan dan ikatan antara mereka yang begitu rapat, ibu bapa kanak-kanak ini memutuskan untuk merakam momen indah mereka berdua. Mari lihat beberapa aksi yang telah dirakam oleh ibu bapa ini.

Dari saat kanak-kanak perempuan ini bertemu dengan kucing baru keluarganya, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan

Mereka telah tidur bersebelahan sejak dia masih bayi lagi.

Ibu bapa mula merakam momen indah kedua-dua pasangan yang comel ini sewaktu mereka tidur. Lihatlah, comelnya!

Kucing itu sentiasa berada dekat dengannya sambil melingkar sebagai tanda hendak bermanja

Sepanjang tahun, kedua-dua kanak-kanak perempuan dan kucingnya membesar dengan sihat dan begitu juga dengan ikatan antara mereka semakin kukuh

Ibu bapa akan terus merakam persahabatan ini untuk beberapa tahun akan datang.

“Dia adalah salah satu daripada orang istimewa yang menjadikan makhluk selesa tanpa mengira apa keadaan sekalipun.”kata ayahnya.

“Gadis ini MENCINTAI kucing dan kucing-kucing itu juga suka padanya.”

Menurut ayah kanak-kanak ini, kucing tersebut tidak membiarkan dia mendekatinya, tetapi apabila anak perempuannya membelainya, kucing itu tidak marah malah membiarkan sahaja.

“Saya agak cemburu tetapi dia adalah dia – penjinak kucing.” kata ayahnya lagi.

Sumber: ERA BARU

‘Datuk Kabi’ Hadapi 27 Tuduhan Tipu RM2 JUTA!!

KLANG – Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya ‘Datuk Kabi’ sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 27 pertuduhan menipu beberapa individu dalam urusan pemberian diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang membabitkan kerugian hampir RM2 juta, tahun lepas.

Kamaleshwaran, 38, yang telah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Tertuduh didakwa memperdayakan individu terbabit untuk mempercayai bahawa dia boleh menawarkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus bagi tunggakan bil elektrik daripada TNB sehingga mendorong mereka menyerahkan wang berkenaan kepadanya.

Kamaleshwaran didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa lokasi di sekitar daerah ini di antara September dan November tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Di mahkamah sama, isteri Kamaleshwaran, N. Bavani, 31, turut mengaku tidak bersalah terhadap 23 pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan itu sehingga mendorong mangsa mendepositkan wang ke dalam akuan miliknya di tempat dan tarikh yang sama.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya tidak menawarkan sebarang jaminan tetapi jika mahkamah mahu membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000 kepada setiap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Peguam P. Visnuvarman, yang mewakili pasangan suami isteri itu, bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah atas alasan anak guamnya tidak mampu membayar RM25,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Hakim Emilia Kaswati kemudian membenarkan Kamaleshwaran dibebaskan dengan jaminan RM270,000 dan Bavani sebanyak RM115,000 serta menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan suami isteri itu menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai. – BERNAMA

TPM UMUM DANA RM500,000 KEPADA PPIM. Tapi Dengan Syarat…

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bantuan dana sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)..

Ahmad Hamidi menerusi ucapannya di Forum Pengguna Islam Malaysia ke-7 2017, dana tersebut disumbangkan bagi membantu menggerakkan PPIM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat..

Dengan ini, saya mengumumkan bantuan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.

“Saya bukan hanya tahu cakap, kemudian lupa. Janji yang saya buat, saya tepati. Ambil duit minggu depan,” katanya sambil berseloroh.

Menurut Ahmad Zahid lagi, selepas ini, PPIM perlu tampil setiap minggu melaporkan apa jua aktiviti persatuan tersebut kepadanya.

“Janganlah buat baju pula. Sudah dapat dana, perlu jalankan aktiviti dan laporkan kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Usul resolusi yang dibawa oleh PPIM harus dilaksanakan. Di luar sana, ramai yang masih harapkan kita,” katanya lagi.

Sumber:Sinarharian

Dua Beradik Berbasikal Sejauh 50KM Untuk Melawat Bapa Di Penjara Tetapi Dihalang Pengawal.

Kita seringkali mendengar kisah pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak tetapi sejauh mana kita sanggup berkorban untuk ibu bapa kita?

Bagi dua beradik ini, kisah sayang terhadap ayah mereka telah menyentuh hati ramai netizen kerana mereka sanggup berbasikal sejauh 50km hanya kerana mahu berjumpa dengan ayah mereka di penjara.

Menurut Coconuts, mereka telah bertolak dari rumah di Ban Non Khoon, Thailand pada pukul 7.30 pagi dan telah tiba di penjara ayahnya hampir 5 jam selepas itu kira-kira pada pukul 12.10 tengah hari.

Semasa dalam perjalanan, telefon bimbit salah seorang dari dua beradik itu telah terjatuh dan mengalami retakan di skrin oleh kerana hentakan di atas jalan. Mujur telefon itu masih boleh digunakan dan hanya skrin saja yang mengalami kerosakan. Bertabahlah dik!

Malangnya, setelah mengharungi perjalanan sejauh 50km ke Penjara Daerah Kantharalak, mereka telah dihalang masuk oleh pengawal di sana. Sedihnya!

Pengawal di penjara tersebut yang bernama Apichai Manthong berasa simpati terhadap dua beradik itu. Dia tidak boleh membenarkan kanak-kanak tersebut melawat bapanya sendiri oleh kerana hari tersebut bukan hari melawat.

Namun, dia telah membawa mereka ke pejabat pentadbiran untuk memberitahu mereka tentang tarikh ayah mereka akan dibebaskan dan dia juga sempat merakam gelagat dua beradik tersebut sebelum mereka bertolak pulang ke rumah.

“Kanak-kanak tersebut berasa gembira setelah mendengar tarikh pelepasan ayah mereka. Saya tersentuh dengan cinta yang mereka miliki terhadap ayah mereka. Mereka tidak bersekolah pada hujung minggu sebab itu meraka merancang untuk melawat ayah mereka hari ini. Saya hampir menangis. “

Apabila ditanya mengapa ibu mereka tidak menemani dua beradik itu, mereka cuma menjawab ibu mereka berada di Bangkok dan mereka cuma tinggal bersama nenek mereka. Dua beradik itu juga mempunyai seorang abang namun dia pula sakit mental.

Pengawal tersebut sempat memberikan mereka wang tunai sebanyak THB100 setelah mendengar mereka cuma mempunyai THB200 sahaja dalam poket.

 

Dia juga telah memberikan makanan tengah hari dan air botol percuma dari penjara sebagai bekalan untuk perjalanan pulang mereka.

Sumber:Lobakmerah

Niat Gadis Nak Tolong Lelaki Tercicir Kunci Namun Tindakan Lelaki Ini Mengejutkan!

Bagi gadis dan wanita anda sepatutnya sentiasa berjaga ketika berada di luar terutama ketika bersendirian. Pelajar ini berkongsi kisah di laman Facebooknya dimana dia mendakwa seorang lelaki cuba mencabulnya.

Pada mulanya, dia berjalan seorang diri berdekatan stesen LRT Wangsa Maju sebelum seorang gadis itu didatangi seorang lelaki yang meminta tolong dengan alasan kunci lelaki itu tercicir.

Apabila lelaki itu menunjukkan tempat kuncinya tercicir gadis itu berasa hairan kerana ianya berada di tempat yang pelik.

Menurut gadis tersebut “Saya mulanya hairan kenapa dia meminta tolong kerana saya bukanlah tinggi sangat dan macam mana saya nak tolong dia. Tapi mungkin dia lihat saya seperti ada masa terluang. Ketika itu saya sedang menyandang beg dan dia meminta saya meletakkan beg di bawah. Tapi saya enggan berbuat demikian.

“Lelaki tersebut mahu mengangkat saya supaya saya boleh capai saluran air dimana kunci lelaki tersebut tercicir. Ketika itu saya memang tak terfikir bagaimana kunci lelaki itu boleh jatuh ke situ namun saya faham kehilangan kunci mungkin satu perkara yang menyusahkan”

“Sebelum sempat saya berkata-kata, dia sudah mengangkat saya dengan tangannya berada di pinggang saya”

“Badannya sangat dekat dengan badan saya dan tiba-tiba saya dapat rasa jarinya cuba menyentuh bahagian sulit saya. Saya tahu ianya bukan tidak disengajakan kerana dia membetulkan tangannya supaya dia boleh meraba saya”.

“Salah satu tangannya berterusan meraba alat sulit saya manakala tangan satu lagi merayap ke dalam baju saya.”

Gadis tersebut terkejut dengan tindakan lelaki itu namun dia berjaya melepaskan diri dengan menjerit sekuat hatinya. Ini memeranjatkan lelaki tersebut dan melarikan diri.

Setelah kisahnya viral di media sosial, netizen juga turut berkongsi kisah mereka dan mendakwa lelaki tersebut juga melakukan perkara yang sama sekitar Wangsa Maju dan PV128.

Gadis itu turut menasihati kaum wanita yang lain supaya lebih berhati-hati sebelum menjadi mangsa lelaki miang. – www.kakishare.tv

Cinta Terlarang Berakhir Di Dalam Semak-Semak, Keduanya Membusuk Tanpa Seluar..

Identiti sepasang mayat tanpa seluar yang ditemui di dalam semak-samun di Pontianak, Kalimantan Barat, akhirnya terungkai.

Mayat tanpa seluar itu disyaki pasangan yang sedang berzina. Keduanya-duanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Mayat perempuan beridentiti KS, warga Ngabang, Pontianak. Usianya pula baru 23 tahun. Manakala mayat laki-laki beridentiti TJN (38), warga Sungai Duri, Bengkayang.

Mayat pasangan cinta terlarang ini detemui di semak-semak di Dusun Sungai Buluh, Desa Hilir Kantor, Kecamatan Ngabang, Pontianak, Selasa (19/9/2017).

Identiti mayat tanpa seluar itu diketahui dari keluarganya. Isteri mayat laki-laki sudah mengesah dan memastikan bahawa mayat tersebut adalah suaminya.

“Mayat laki-laki atas nama TJN (38), warga Sungai Duri, Bengkayang. Isterinya sudah datang dan mengesahkan itu adalah mayat suaminya,” ucap Koperal Landak, AKBP Bowo Gede Imantio.

Tim Bidokkes Polda Kalbar sudah melakukan autopsi terhadap kedua mayat tanoa busana tersebut pada Rabu (20/9/2017).

Autopsi dilakukan untuk mengetahui penyebab kematian korban. Polisi dan keluarga korban masih menunggu hasil autopsi.

“Kita masih menunggu hasil autopsi untuk memastikan (penyebab kematian korban),” tambah kapolres.

Istri TJN, Akian, hadir saat pelaksaan autopsi jenazah yang dilakukan tim Bidokkes Polda Kalbar di RSUD Landak.

Akian terlihat sangat sedih. Akian tak henti-hentinya meneteskan air mata. Ia tidak banya bicara terkait musibah yang menimpa suaminya. Ia hanya menyebutkan bahwa jenazah suaminya akan dibawa ke Pontianak setelah autopsi.

Menurut Akian, sebelum ditemukan dalam kondisi tak bernyawa, TJN beberapa kali berpesan agar jenazahnya dibakar jika meninggal.

“Sudah sering dia bilang ke saya, kalau nanti mati minta dibakar,” tambah Akian.

Akian mengakui selama ini sering tinggal terpisah dengan suaminya karena sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal itulah yang diduga membuat suaminya main mata dengan istri orang lain.

“Saya kerja di Sungai Duri. Kalau dia (suami) sudah sekitar tiga tahun kerja di Ngabang sebagai juru masak di rumah makan,” tambah Akian.

Sebelumnya, warga Ngabang, Kabupaten Landak, Pontianak, Kalimantan Barat (Kalbar) mendadak heboh. Warga menemukan sepasang mayat tanpa busana di semak-semak dalam keadaan membusuk. Diduga, korban sudah 5 hari sebelum mayatnya ditemukan.

Sepasang jenazah itu ditemukan di semak-semak pinggir jalan arah Sungai Buluh Ngabang, tak jauh dari bekas lokasi rumah sakit Ngabang, Selasa (19/9) sekitar pukul 15.00.

“Kami langsung menuju lokasi ini setelah mendapat informasi dari group WhatsApp. Jadi ingin membuktikan apakah benar atau tidak,” ujar Ariyes, salah satu warga Ngabang ditemui di lokasi penemuan mayat.

Sumber: pojoksatu.id