Soalan Ditanya Dan Beliau Jawab.. Adakah Yusuf Azmi Terlibat Dalam Penerimaan Dana TPM Kepada PPIM Berjumlah RM500Ribu?

Akhirnya, saudara Yusuf Azmi selaku aktivis PPIM bahagian UTK PPIM ( Unit Tindakan Khas ) menjawab persoalan malam tadi yang ditanya oleh salah seorang penonton di EVOLUSI PENGGUNA DI DATARAN NILAI NEGERI SEMBILAN mengenai penerimaan DANA RM500 ribu dari Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan bahawa dana yang diterima oleh pusat PPIM dan bukan hanya kepada Unit Tindakan Khas yang diketuai oleh saudara Yusuf Azmi. Beliau juga memberitahu bahawa beliau tiada kena mengena berkenaan penerimaan dana tersebut dan beliau pun tiada ketika majlis penerimaan tersebut.

Beliau amat dukacita dengan ‘cybertrooper’ yang menghemtam UTK kerana menyangka UTK PPIM hanya ingin membuat duit. Beliau beritahu tiada niat sekali pun UTK ingin membuat duit dan apa mereka buat adalah untuk membantu pengguna di Malaysia sahaja.

Secara berseloroh, Yusuf Azmi menyatakan dana RM500 Ribu tu sedikit, sepatut diberikan RM100 juta atau RM200 juta, boleh dia selesaikan masalah Ahlong dan masalah pinjaman rumah yang sangkut sekarang dari pengguna. Beliau menegaskan bahawa walaupun tiada dana, unit UTK PPIM masih boleh bergerak dengan tiada masalah.

Beliau juga terkejut kerana sekarang ini beliau selalu di caci maki didalam facebook. Beliau berharap orang yang memaki beliau sedar tentang tujuan sebenar PPIM untuk membantu rakyat dalam kesusahan.

Yusuf Azmi menyatakan bahawa beliau dan UTK tidak mengambil apa apa imbuhan dari dana tersebut. Beliau menegaskan segala usaha UTK PPIM bukan untuk meraih sokongan tetapi mereka buat kerana ALLAH dan kerana ingin membantu rakyat yang sedang susah.

Mereka susah dan itu Yusuf Azmi mengaku tetapi apa yang mereka buat adalah kerana Allah.

Yusuf Azmi ada menyatakan bahawa tahun lepas juga ada desas desus bahawa PPIM akan menerima RM5 Juta tetapi sampai sekarang tiada. Sebab itu beliau tidak mengharapkan apa-apa. Beliau juga menegaskan bahawa PPIM tiada menyebelahi mana mana parti politik dan sekiranya beliau dijemput untuk bagi ‘TALK’ dari mana mana parti samada hijau atau biru atau apa apa warna sekalipun beliau akan pergi kerana beliau pergi dengan hanya 1 niat .. untuk membantu rakyat sahaja.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada TPM Zahid Hamidi kerana memberi dana untuk membantu PPIM