Cerita Lawak:Date aku yang pertama dan terakhir dengan Zety…

“You bersiap sekarang. I on the way ambik you” mesej Zety kepada aku.

Zety mengajak aku keluar pergi makan malam bersama. Hati aku dah berbunga kembali. “Jangan-jangan dia dah syok kat aku.” perasan aku sendiri dalam hati. Dan dia menyuruh aku dress up kemas dan semat. Hah!apa aku belum cukup semat ke selama ni? Aku menyarung seluar khakis Dickies berwarna hitam dan berkemeja purple. Seluruh tubuh badanku disembur minyak wangi berjenama Hugo Boss dari leher hingga ke buku lali. Aku mahu Zety berasa sedap bila terbau tubuh aku yang mewangi. Padahal sebelum ini pergi keluar makan tengahari di kedai bawah rumah itu pun aku tak mandi.

“Mmm… Semat. Macam Boy Iman.. Eh, tak tak. Tak best. macam Zul Ariffin..Haa!” aku bermonolog sendirian sambil cekak pinggang di depan cermin. Tiba-tiba telefon pintar aku pun berbunyi memainkan lagu Sheila On 7. “I dah kat bawah” sedapnya suara Zety sehinggakan aku rasa macam nak ke bilik air sekejap tapi aku batalkan niat tak baik itu. Dengan pantas aku terus lincah turun..

Sampai saja di bawah, Zety berada di dalam kereta Proton Persona berwarna hitam melambai aku. Zety juga memakai dress serba hitam. Ya, aku bukannya suka menaiki kereta. Aku lebih selesa menunggang motorsikal Honda Wave ku..Tapi demi Zety, aku turutkan jua. Manakan tahu kalau dah qada dan qadar tertulis sekejap lagi Zety ingin memegang kepala gear, terpegang peha aku.

“Kita nak makan kat mana ni?” aku tanya dengan nada seperti pelakon drama. Zety pandang aku dan cuma senyum. Amboi, manisnya senyuman Zety. Lempang karang baru tau. “You ikut je” dia balas pendek. Aku pun seakan rela dibawa ke mana saja. Ingin saja tangan aku membelai rambut Zety di celahan telinga kirinya seperti di dalam video klip lagu-lagu rock jiwang, tapi aku risau ianya akan mengganggu corak pemanduan Zety dan boleh jadi akan menyebabkan kami berdua dress up serba putih jika berlaku kecelekaan.

Kami berdua pun sampai ke tempat yang dituju. Aku rasa pelik, kami bukanlah pergi ke sebuah restoran tapi tempatnya seakan di dalam dewan. Ada banyak meja bulat yang sudahpun dihidangkan makanan di atasnya. Ramai yang sudah duduk seperti menunggu waktu makan tiba. Kami mencari kerusi yang kosong untuk diduduki. Agak biadap pula jika kami duduk di atas riba orang. Orang ramai di situ pula semuanya pakai serba kemas. Ada yang berkot, ada yg bertali leher, ada yg berkemeja seperti seorang eksekutif. Aku mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba…

“Apa Khabar Usahawan luxor semua?!”

Dan kesemua di dalam dewan itu bangun dan balas jawab serentak,

“Luar Biasa Baik!”

Aku terperangkap! Aku pandang Zety dengan rasa geram sehingga menggigil.Aku menggenggam erat jari-jemariku. “Ah tak guna punya perempuan”

Sumber:Lawakjenaka.com

Notakaki: Nama dan watak yg diceritakan tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup ataupun yg sudah meninggalkan kita. Sekadar bahan jenaka.

5 Cerita Lawak Pendek Yang POPULAR .. No 4 Tu Memang Tegang Pipi gelak sorang-sorang….

Pelik Pelik

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. “Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?” tanya Maria. “Sayang…” kata suaminya, “kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya.” “Tak… I janji tak marah,” rayu Maria. “Baiklah… kalau You dah desak sangat,” jawab suaminya, “Hmmm… satu… dua… tiga… empat… You… enam… tujuh… orang gaji kita… lapan…”

Dot Pi Dot Mai.

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. “Kenapa ni sayang?” tanya Salman. “I diserang sakit jantung”, jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

“Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar.” Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, “Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?”

Siapa Ini?

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: “Hello… tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!”

Jururawat: “Sila bertenang… ini anaknya yang pertama ke?”

Lelaki: “Apa la punya bangang… ni laki dia la!”

Jururawat: “Erkkk…”

Malu Sesangat.

Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan…perkara biase jer nih.” Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.

” Psychologist itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!” Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, “Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!”

Telur.

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. “Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.

Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai… Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?” Jamal menjawab,“Err…. Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!”

Bagi XTRA …

 

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.

 

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya… lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya

dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…

Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang… Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*

Kredit to : http://gedebakviral.com