Banyak filem seram telah ditayangkan, berikut merupakan 8 watak utama di sebalik karakter cerita tersebut.

Apa yang membuatkan anda rasa takut untuk menonton filem seram? Adakah kerana unsur kejutan di dalam filem itu membuatkan anda rasa takut atau watak yang ada dalam filem tersebut yang membuatkan anda tidak suka untuk menonton cerita itu?

Sebenarnya wajah sebenar di sebalik watak tersebut tidak sama seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut. Malah ada wajah mereka yang kita tidak sangka boleh di ubah sedemikian rupa.

Jom kita kenali beberapa wajah sebenar di sebalik watak-watak filem seram yang pernah ditayangkan. Hasil transformasi wajah-wajah pelakon ini sangat mengagumkan dan mendapat pujian ramai.

1. Valak – Bonnie Arrons (The Conjuring 2, 2016)

Di sebalik raut wajahnya yang menarik, Bonnie Arrons telah menerima pelbagai tawaran untuk melakonkan watak yang berbeza dalam setiap lakonan beliau. Antara filem lakonan beliau : Annabelle, Creation dan Drag Me To Hell.

2. Samara – Daveigh Chase (The Ring)

Sekali imbas wajah beliau, kita tidak sangka bahawa wajahnya yang cantik itu mampu di ubah kepada watak yang menyeramkan. Pelakon berusia 27 tahun ini bukanlah seorang artis yang terkenal dengan watak seram. Beliau sebenarnya lebih dikenali kerana membawa watak Lilo Pelekai di dalam cerita animasi yang pernah mendapat tempat di hati peminat-peminat cilik iaitu Lilo & Stich.

3. Kayaka – Takako Fuji (The Grudge, 2004)

Dilahirkan pas 27 Julai 1972, beliau adalah seorang pelakon yang berasal dari Jepun dan merupakan artis suara yang terkenal kerana prestasinya sebagai Kayako Saeki di dalam siri filem The Grudge / Ju-On.

4. Toshio – Yuya Ozeki (Ju-On)

Salah satu cerita seam yang berjaya menarik minat orang ramai untuk menontonnya sekitar awal tahun 2000. Inilah rupa sekarang budak kecil di dalam filem Ju-On yang sekarang berumur 21 tahun. Tak sangka kecik-kecik jadi hantu bila besar sangat tampan.

6. Freddy Krueger – Robert Englund (A Nightmare on Elm Street)

Robert Englund dilahirkan pada 6 June 1947 dan berasal dari Gendale, California. Selain Freddy Krueger beliau turut membintangi cerita The Batman (2005), Hulk and The Agents of S.M.A.S.H.

7.  Bride in Black – Tom Fitzpatrick (Insidious Chapter 2)

Aktor ini boleh dikatakan antara pelakon senior di Hollywood dan telah melakonkan pelbagai watak. Dilahirkan sekitar tahun 1942, beliau juga adalah seorang penyanyi sekitar hujung 1980 serta awal tahun 1990.

8. Pennywise – Tim Curry (IT, 1990)

Ini sebenarnya pelakon asal filem yang bertajuk IT ini. Filem ini telah di angkat semula dan merupakan antara filem bergenre seram yang berjaya menggegar carta box-office dunia. Tim Curry atau nama sebenarnya Timothy James Curry dilahirkan pada tahun 1941.

Sumber @ Credit kepada : nakbebel.com