4 pengawal penjara digantung tugas selepas banduan wanita hamil!

Hanoi: Empat pengawal penjara di utara Vietnam telah digantung tugas selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan seorang banduan wanita yang menunggu hukuman gantung sampai mati hamil. Insiden itu bermakna, hukuman mati banduan wanita itu terpaksa ditukar menjadi penjara seumur hidup selepas kelahiran anaknya itu lapor media pada Selasa lepas.
Akhbar The Thanh Nien melaporkan Nguyen Thi Hue, 42, telah ditahan pada tahun 2012 kerana mengedar dadah dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2014. Mahkamah juga telah menolak permohonan rayuannya pada tahun yang sama.
Akhbar itu juga melaporkan, ketika berada di dalam penjara, Hue telah merasuah seorang banduan lelaki $2,300 untuk membuatnya supaya hamil.

Banduan berusia 27 tahun itu dikatakan telah memasukkan air maninya di dalam beg plastik bersama picagari untuk diberikan kepad Hue. Hue kemudian menyuntik air mani banduan lelaki tersebut ke dalam rahimnya sendiri. Beliau kemudiannya dilaporkan hamil dan dijangka melahirkan anak dalam masa dua bulan lagi.
Mengikut undang-undang Vietnam, hukuman mati seseorang banduan wanita akan ditarik balik dan dikenakan penjara seumur hidup jika mempunyai anak berusia tiga tahun ke bawah.
Pihak polis di wilayah Quang Ninh tidak dapat dihubungi untuk penjelasan.
Pada tahun 2007, dua pengawal penjara di Utara Hoa Binh telah dipenjara selama lima tahun kerana menyalah guna kuasa dengan membenarkan banduan wanita hamil bersama seorang banduan lelaki.

Selepas kematian mengejut anak lelakinya, bapa ini menyenaraikan 10 perkara bagaimana untuk menghargai kehidupan dalam setiap detik waktu! List no 8 tu menyentuh hati..

Pengalaman ibu bapa yang paling memeritkan ialah apabila kehilangan anak tersayang dalam keadaan yang mengejut. Secara tiba-tiba kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada anak yang belum sempat kita sayangi dengan sepenuhnya.

Richard Pringle berasal dari Hastings, England telah menderita kehilangan anak lelakinya, Hughie berusia 3 tahun, yang telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak.

Sementara tiada apa yang boleh membuat anda bersedia dengan kematian mengejut seperti itu, apa yang lebih menyedihkan ialah apabila ianya sangat mengejut dan tidak disangka.

Menurut Richard, “Hughie sememangnya mempunyai kondisi pada otaknya, tetapi keadaannya baik sahaja. Terdapat kemungkinan 5 peratus sahaja peluang untuk otaknya mengalami pendarahan dan malangnya peluang pendarahan yang 5 peratus itu berlaku setahun yang lalu dan Hughie tidak dapat diselamatkan.”

Richard berasa sangat kecewa dan patah hati. Tetapi setahun kemudian, Richard telah menemui jalan untuk meneruskan kehidupannya dan memberi fokus kepada memori berharga yang pernah dilalui bersama anak lelakinya, dan bukan pengakhiran yang tragik itu.

Richard berkata, “Hughie sangat lembut, penyayang, prihatin dan sangat disayangi. Hughie sentiasa dapat membuat perkara yang bosan menjadi seronok dan gembira. Dalam jangka masa tiga tahun yang singkat itu, Hughie meninggalkan memori yang amat bermakna dan hebat di sepanjang hayat kami.”

Kemudian, selepas setahun kematian Hughie, Richard telah mengambil keputusan untuk memberi penghormatan kepada memori Hughie dengan cara terbaik yang boleh difikirkannya.

Di dalam Facebook, Richard telah menyenaraikan  ’10 perkara penting yang saya pelajari semenjak kehilangan anak lelaki ‘. Dan  postnya itu telah mendapat perhatian dan dikongsi 11,000 pengguna.

Apa yang mengejutkan dalam senarai yang dibuat oleh Richard, beliau tidak menyatakan kesedihannya. Sebaliknya mengenai kehidupan pada masa kini dan menghargai kehidupan bersama keluarganya selagi masih ada detik, masa dan peluang.

Senarai tersebut adalah  seperti berikut :

1. Anda tidak pernah menyayangi seseorang dengan sepenuhnya.

2. Anda sentiasa ada masa. Berhenti dengan apa yang sedang anda kerjakan dan bermainlah dengan anak anda, walaupun ia hanya dalam masa seminit. Tiada apa yang penting dan masa bersama mereka itu tidak boleh ditunggu.

3. Ambillah foto bersama keluarga sebanyak yang mungkin dan rekodkan video dengan menggambarkan kehidupan anda dan keluarga sekerap yang mungkin.

Mungkin suatu hari nanti, foto dan video itu sahaja yang akan anda miliki

4. Jangan membelanjakan wang, sebaliknya meluangkan masa. Anda fikir apa yang anda belanjakan itu penting? Tidak sama sekali. Bermain dan berjalanlah dengan anak-anak di luar. Pergi berenang di pantai. Bina khemah dan berseronoklah dengan anak-anak. Itu sahaja yang mereka mahukan. Saya tidak mengingati apa yang saya belikan untuk Hughie tetapi saya mengingati apa yang kami lalukan bersama.

5. Menyanyi. Menyanyilah bersama anak-anak. Memori saya yang amat menggembirakan apabila Hughie duduk di sebelah bahu saya atau duduk bersebelahan saya di dalam kereta dan menyanyi lagu kegemarannya. Memori itu dicipta dalam muzik.

6. Hargai setiap perkara walaupun ia sangat mudah. Pada waktu malam, semasa masuk tidur, membacakan buku cerita. Makan malam bersama dan bermalasan dihari minggu. Hargai setiap perkara dan setiap waktu. Anak-anak adalah perkara yang paling saya rindui setiap hari.

Jangan membiarkan detik istimewa itu pergi begitu sahaja tanpa anda sedari

7. Sentiasa memberi ciuman sayang selamat tinggal dan jika kamu terlupa, berpatah balik dan berikan mereka ciuman. Anda tidak akan tahu, mungkin itu kali terakhir anda mendapat peluang mencium mereka.

8. Selalu membuat perkara yang membosankan menjadi seronok. Perjalanan membeli- belah, bersiar-siar di dalam kereta dan berjalan ke kedai. Buat lawak jenaka, ketawa bersama, sentiasa tersenyum dan berseronoklah sepanjang masa. Adalah menjadi tugas kita untuk melayan mereka dengan cara begitu. Hidup ini terlalu singkat jika anda tidak mahu berseronok.

9. Simpan satu jurnal. Tulis semua perkara yang anak anda lakukan untuk mengingatkan anda menjadi ceria setiap hari. Perkataan lucu yang dia katakan. Perkara comel yang dia lakukan. Kami mula menulis jurnal selepas kehilangan Hughie. Kami mahu mengingati semua perkara itu kembali. Kini kami menulis jurnal untuk Hettie dan akan datang untuk Hennie. Anda akan menyimpan memori yang ditulis ini selamanya. Apabila mereka sudah meningkat dewasa, anda boleh melihat kembali dan menghargai memori itu.

10. Jika anda bersama anak anda sekarang, berikan mereka ciuman selamat malam. Bersarapanlah bersama mereka. Berjalan bersama mereka ke sekolah. Bawa mereka ke universiti. Pimpin tangan mereka di hari perkahwinan.

Anda sentiasa dirahmati dan diberkati. Jangan lupa tentang itu

Sumber foto: Facebook/Richard Pringle

Sumber : http://sembangkecoh.com