Suami Isteri Jangan Malu Nak Mandi Bersama, Selain Sunnah Ia Cara Romantis Eratkan Lagi Hubungan Rumahtangga..

Bila dah jadi suami isteri jangan malu nak mandi bersama. Tak kiralah baru berkahwin mahupun dah bertahun-tahun berkahwin.Kalau selama ini belum pernah mandi bersama, pasangan suami isteri patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri. Bahkan, amalan ini juga merupakan Sunnah Rasulullah (SAW)

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

“Daripada Aisyah R.A berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Gambaran romantik ini, diceritakan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama. Bukan itu sahaja, suami isteri juga banyak dapat banyak manfaat bila mandi bersama-sama ni.

Berikut antara kelebihan suami isteri mandi bersama;

1.Eratkan Hubungan

Mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi rasa kasih sayang suami isteri.Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti yang meningkatkan kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.

2.Waktu Romantis Bersenda Gurau

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda dan berseronok.

3.Mampu Redakan Stress

Mandi bersama ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang mampu menghilangkan stress. Ia mampu memberi ketenangan dan kegembiraan buat suami isteri.

4.Tingkatkan Keyakinan Diri

Saling bersentuhan ketika mandi bersama, menerima setiap kelebihan dan kekurangan tubuh pasangan mampu meningkatkan lagi keyakinan diri suami isteri. Bahkan ia akan mewujudkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami.

5.Baik Untuk Kesihatan Jantung

Ketika mandi bersama, denyutan jantung akan bergerak lebih pantas sekaligus ia merupakan ‘senaman’ yang mampu menyihatkan jantung buat anda suami isteri.

6.Pembersihan Diri Optimum

Mandi bersama dapat membersihkan tubuh diri dan pasangan secara optimum. Contohnya menggosok sel-sel kulit mati pada bahagian belakang badan yang selama ini sukar dilakukan jika mandi sendirian.

7.Pemicu ghairah ‘Bercinta’

Jika selama ini, hubungan intim suami isteri rasa hambar & lokasi ‘bercinta’ yang hanya tertumpu didalam bilik, sesekali ciptalah kelainan berasmara dengan mandi bersama-sama. Percayalah ia mampu mencetuskan semula ghairah ‘bercinta’ dan meningkatkan hormon adrenalin anda untuk bersama!

Buat pasangan suami isteri janganlah malu melakukan amalan sunnah ini. Selain mendapat pahala ia mampu menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih sayang buat pasangan!

Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Kredit kepada:viralism.org