Petua untuk jaga “ehem” bagi besar dan power

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.

Padi Bukit

Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut. Tarik nafas sedalam yang mungkin. Tahan selama 6 saat. Hembus perlahan-lahan. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan. Ulang sehingga 3 kali. Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina.

Nafas Pertapa

Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki. Tarik kaki rapat ke arah badan. Tegakkan belakang. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu). Tahan sehingga 6 saat. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali. Gerakan ini membantu melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Tarik Sepadan

Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan. Cuba pastikan lutut mencecah lantai. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal. Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.

Rentak Lentang

Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai. Tangan masih memegang ibu jari. Kembali ke posisi asal. Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

Matahari Naik

Duduk bersila dan tegakkan belakang. Bermula dengan tangan di belakang pinggang. Tekan pinggang dengan bantuan tangan. Tarik nafas dan tahan. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala. Hembuskan nafas. Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

Lenjang Gajah

Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri. Tegakkan belakang. Tarik nafas perlahan-lahan. Letak tangan kanan atas lutut kiri. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi. Hembus nafas. Ulang 7 kali. Ulang dengan menukar kaki. Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cakar Harimau

Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin. Jari kanan harus mencecah lantai. Hembus nafas. Ulang 7 kali. Ulang dengan menukar kaki. Gerakan ini memulihkan tenaga batin. Sumber Permata Yang Hilang via infoketatsendatpadat.com

 

 

Heboh Fattah, Fazura Nikah Malam Tadi

PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (Selasa) kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.

 

Sejak malam tadi, terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas dia menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”

Bagaimanapun pada awal malam Selasa, mesej ucapan itu telah hilang mungkin dibuang oleh pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak berita kesahihan khabar angin itu terus diperkatakan.

Namun pada awal pagi Rabu, beberapa mesej tahniah mula muncul pada status berkenaan daripada peminat yang antara lain memberi andainan pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.

Dalam pada itu tinjauan sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu namun tidak dipastikan majlis apa yang dilakukan selain kawasan rumah berkenaan dikawal ketat, hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan menghadirinya.

Sementara itu wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga mengunci mulut berhubung perkara itu.

Pasangan berkenaan dijadualkan akan berangkat mengerjakan umrah pada pagi Rabu.

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Sebaliknya Fattah berjanji tidak akan merahsiakan hal berkenaan selain meminta doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

Mereka juga pernah dilaporkan akan bernikah di Makkah namun atas beberapa faktor, pernikahan awal terpaksa dilakukan sebelum kedua-duanya boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri.

Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Kredit kepada : Mstar online

Gambar : Ig Fattah Amin / Officialhlive