Niat Kutip Sampah Bersihkan Laut, Rupanya Terkutip Muntah Paus. Dari Nelayan Terus Jadi Jutawan!

Niat kutip sampah bersihkan laut, rupanya terkutip muntah paus, dari nelayan terus jadi Jutawan

Nasib seorang nelayan di Bengkulu, Indonesia berubah sekelip mata sejak dia menemui beberapa ketulan seperti lilin ketika keluar menangkap ikan. Ketulan yang pada awal disangkannya cumalah sampah, rupanya-rupanya adalah muntah ikan paus yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran. Ia mampu mencecah harga ribuan ringgit bagi satu kilogram.

Sukardi yang berasal dari Kabupaten Kaur memperoleh pendapatan sebanyak Rp 22 juta bagi setiap satu kilogram muntah ikan paus yang dijualnya. Setakat ini, Sukardi sudahpun memperoleh pendapatan sebanyak Rp 3.3 bilion ( kira-kira RM 927 ribu) hasil penjualan 150 kilogram muntah ikan paus.

Dengan dia masih lagi memiliki simpanan muntah ikan paus sebanyak 200 kilogram, Sukardi dijangka mampu mendapat pulangan sekitar Rp 6 bilion rupiah (RM 1.85 juta) selepas dia bercadang untuk meningkatkan harga jualannya kepada Rp 30 juta sekilogram.

Muntah ikan paus ternyata mendapat permintaan yang tinggi kerana ia digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan barang kosmetik dan pewangi kerana sifatnya yang mampu memanjangkan bau wangian supaya kekal lama. Malah, para saintis turut menggelarkan muntah ikan paus ini sebagai emas terapung kerana harganya yang tinggi.

Bapa Tak Larat Angkat, Bayi Baru 10 Bulan Ini Seberat 28KG!

Pemakanan dan kesihatan kanak-kanak terutamanya pada peringkat awal perlulah dijaga dengan baik. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dan sentiasa mengawasi tumbesaran anak mereka serta sentiasa berwaspada sekiranya anak mereka melebihi berat daripada yang sepatutnya. Penting untuk ibu bapa bertindak pantas sekiranya melihat terdapat kelainan dalam tumbesaran anak mereka. Lihat sahaja bayi kecil ini yang sudah obesiti pada seawal usia 10 bulan.

Asia One telah melaporkan tentang seorang bayi lelaki dari Mexico bernama Manuel Gonzales yang baru sahaja berusia 10 bulan, namun telah mencapai berat sebanyak 28kg!

Menurut ibunya, ketika baru dilahirkan, Manuel mempunyai berat yang normal iaitu 3.5kg sahaja. Namun, sejurus mencapai usia 2 bulan, beratnya sudah melonjak ke 10kg dan terus meningkat naik sehingga 18kg ketika umurnya 8 bulan.

Ibu bapa Manuel membawa kanak-kanak itu ke hospital kerana bimbang dengan kesihatannya. Walau bagaimanapun, doktor tidak dapat mengesan punca sebenar bayi tersebut boleh membesar sebegitu. Salah satu hipotesis bagi kondisi Manuel ialah dia kemungkinan mempunyai penyakit yang dinamakan sindrom Prader-Willi yang merupakan penyakit genetik di mana kanak-kanak mempunyai selera yang kuat dan otot yang lemah walaupun Manuel bukanlah jenis kanak-kanak yang asyik meminta makanan.

Penyakit ini dikatakan akan menyebabkan masalah jantung dan merencatkan perkembangan otak dan alat kelamin. Pada ketika ini, bayi ini perlu berulang alik ke hospital sebanyak 4 kali dalam seminggu untuk pemeriksaan lanjut. Ibu bapa bayi lelaki ini terperanjat apabila pakar kanak-kanak memberitahu Manuel mungkin perlukan suntikan hormon yang setiap satunya berharga US$555 (RM2325).

Saya ingatkan Manuel jadi besar begitu kerana susu badan saya bagus,” kata ibu Manuel. Menceritakan tentang bayi ini, ibu bapanya berkata Manuel hanya boleh duduk tegak kerana tidak boleh berjalan mahupun merangkak. Bapanya juga sudah tidak larat mengangkat anaknya walaupun dia mempunyai tubuh badan yang sasa.

Bapa Tak Larat Angkat, Bayi Baru 10 Bulan Ini Seberat 28KG!
http://budakhostel.com/2017/11/18/bapa-tak-larat-angkat-bayi-baru-10-bulan-ini-seberat-28kg/Pakar bedah di bahagian pemakanan, Silvia Orozco berkata Manuel mungkin tidak mempunyai sindrom yang dikatakan itu tetapi barangkali kelenjar metabolismanya tidak berfungsi dengan baik kerana ketika mengandung, ibunya kekurangan nutrisi tertentu.

Buat masa ini, doktor masih lagi menanti keputusan yang telah dihantar ke Amerika bagi mengesahkan punca Manuel seberat itu dan ibu bapanya sedang mengumpul dana bagi membiayai semua kos rawatan. Memang besar baby ni!

Harap-harap keputusan dia cepat keluar dan tiada apa yang serius. Semoga baby Manuel membesar dengan dalaman dan tubuh badan yang sihat!

sumber: lobakmerah

[Luar Negara]Pekerja Bank Diperkosa Dan Dibakar Hidup-hidup

MISTERI kehilangan seorang gadis di Filipina sejak tujuh hari lalu akhirnya terbongkar apabila mayatnya dijumpai dibunuh dan dibakar secara kejam.

Mabel Tagama Cama, 23, ditemui orang awam pada Khamis, di sebuah kawasan garaj kawasan perumahan di Barangay Rosario, bandar Pasig, Manila kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan.

Mayat mangsa yang merupakan pekerja bank, berada dalam keadaan berbogel dengan separuh daripada badannya telah hangus dibakar, lapor Dailymail.

Menurut pegawai polis,Inspektor Obet Garcia, mangsa dipercayai telah dirogol beberapa individu sebelum dibakar secara hidup-hidup.

“Dari keadaan mayat dan kesan luka yang dtemui, kami percaya mangsa telah dirogol dan didera oleh beberapa individu secara ganas.

“Beberapa barangan berharga mangsa seperti jam tangan, telefon bimbit dan kad pengenalan juga tidak ditemui,” katanya.

Sementara itu menurut seorang rakan sekerjanya, kali terakhir dia melihat mangsa sekitar jam 11 malam pada 10 November, selepas pulang lewat dari tempat kerjanya.

Namun mangsa dikatakan telah diekori dua lelaki ketika berjalan menuju ke kawasan perumahannya sebelum keesokan dilaporkan hilang.

Tambat Obet, kawasan tragedi pembunuhan juga merupakan tempat kebiasaan beberapa kumpulan penagih narkotik menghisap dadah.

Sehingga kini, polis sedang giat menjejaki dua suspek lelaki berkenaan yang disyaki penagih dadah dan motif pembunuhan masih lagi disiasat. – MYNEWSHUB.CC

[GAMBAR] Perghh! Fesyen Kemban Zahida Rafik Ini Memang Buat Jantung Berdebar

Fesyen berkemban yang digayakan oleh pelakon dan model popular Zahida Rafik semasa KL Fashion Week telah menerima banyak pujian daripada para peminatnya. Rata-rata peminat dan netizen mengagumi kejelitaan Zahida walaupun sudah bertambah usia.

Apa jua yang dialkuakn artis, pasti akan ada yang suka dan pasti ada juga yang benci. Menerusi komen yang kelihatan dalam gambar yang di ambil dari Hangat.com tersebut, ada juga peminat atau netizen yang tidak senang dengan cara Zahida berpakaian. Namun ini adalah lumrah sebagai seorang selebriti tak kira di negara mana sekalipun, ada sahaja yang tak kena sehingga menuai kecaman netizen.

Zahida pula seperti tidak peduli dengan kritikan netizen yang sebegini kerana ini ibarat ‘katak bawah tempurung’. Mereka cipta akaun palsu untuk mengkritik selebrti tak tentu pasal.

Walau apa pun, jom kita lihat foto-foto artis wanita bertubuh ‘sado’ ini. Walaupun ‘sado’ tapi cantik kan?

Sumber IG Zahida Rafik via Hangat.com

Baca lagi ………

Biodata Profil Zahida Rafik

Nama penuh: Zahida Mohd Rafik
Tarikh lahir: 10 April 1975
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Bongsu dari lima beradik
Kacukan: Melayu – Pakistan

Filem: Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Black Maria, Mami Jarum Junior, Mami Jarum, Anak Mami The Movie dan Senario The Movie

Drama: Tongkat Tok Ali, Bunga Kasturi, Di Sebalik Awan, Ejen 55, Sitkom 2+1