‘Saya Berasa Kesal Dengan Mereka-Mereka Yang Menyebarkan Berita Yang Tidak Benar, Dan Mengelirukan Peminat Kami’- Fazura

Akhirnya segala spekulasi mengenai pertunangan dan pernikahan Fattah Amin dan Fazura terjawab apabila pasangan sensasi ini mengesahkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November lepas.

Fattah menerusi satu sidang media khas sebentar tadi memakluman mereka terpaksa merahsiakan berita tersebut atas permintaan keluarga dan mahu fokus untuk menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, Fattah turut menafikan berita pernikahan mereka dan juga khabar angin mengenai majlis persandingan mereka yang dikatakan bakal berlangsung pada pertengahan Disember ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura, siapa sangka doa peminat untuk melihat pasangan ini benar-benar bercinta dan mempunyai jodoh bersama menjadi kenyataan.

Beautifulnara..

Foto IG Meletop

Terdahulu..
“Akhirnya Syaitan Pun Menangis” – Abby Abadi Doakan Kebahagiaan Fattah Dan Fazura

Spekulasi kisah pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura semakin hangat diperkatakan.

Apatah lagi apabila pasangan itu mengumumkan bakal mengadakan sidang media khas pada petang ini (23 November 2017) di sebuah hotel di ibu kota.

Pelbagai teka-teki berlegar di media sosial dan salah satunya ucapan tahniah daripada pelakon Abby Abadi di Instagramnya baru-baru ini.

Dengan memuat naik potongan artikel daripada sebuah portal yang melaporkan kisah Fattah dan Fazura yang sudah berkahwin secara rahsia, Abby Abadi meluahkan pandangan tersendiri.

“Akhirnya syaitan pun menangis.

“Walaupun belum dengar dari mulut pengantin sendiri, tapi melihat gambar-gambar mereka di Tanah Suci Mekah, kita yakin, Allah sayang mereka.

“Tumpang gembira kerana-Nya. Walaupun @fattahaminz hanya adik tiri kita di alam maya ni, @missfazura kita pun tak kenal sangat, tapi kita tahu mereka berasal dari keluarga yang baik-baik, anak yang baik, adik atau abang yang baik & artis yang sangat baik pada peminat-peminatnya. 

“Dan Insya-Allah akan jadi suami-isteri yang baik-baik juga.

“Doalah yang baik untuk mereka dan kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik untuk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke syurga-Nya Insya-Allah,” tulis Abby.

ALHAMDULLILLAAH wasy-syukru lillaah ♥️ Akhirnya syaitanpun menangis 😍 . Walaupun belum dengar dari mulut perantin sendiri, tp melihat gmbr2 mereka di tanah suci mekah, kita yakin, ALLAH sayang mereka .Tumpang gembira keranaNYA. Walaupun @fattahaminz hanya adik tiri kita di alam maya ni, @missfazura kita pun tak kenal sangat, tp kita tahu mereka berasal dari keluarga yg baik2, anak yg baik, adik/abang yang baik & artis yg sangat baik pada peminat2nya. Dan InshaALLAH akan jadi suami/isteri yg baik2 juga . Doalah yg baik utk mereka & kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik utk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke SyurgaNYA InshaALLAH 😘#SokongPerkaraBaik #AkakTiriJarakJauh #TakPernahJumpapun #TaknakJumpaMalu 😝 #TerusMelangkah #RezekiDariALLAH #HalalLebihBerkah #Fattahamin #Fazura #SayangAdik2AkakLILLAH #BiarkanMerekaYangDengkiItew👻

Abby turut meletakkan beberapa tanda pagar (hashtag) dalam ucapan sama termasuk #Biarkan Mereka Yang Deng kiItew.

Foto dan ucapan Abby itu telah mendapat 26,700 tanda suka (likes) dan lebih 800 komen.

Ucapan tahniah Abby membuka ruang kepada peminat setia Abby, Fattah dan Fazura untuk memberikan pandangan masing -masing yang kebanyakan nya memuji tindakan mereka.

Apapun spekulasi yang sedang bertiup kencang, kita nantikan sidang media khas pasangan Fattah dan Fazura petang ini. Teruskan bersama Astro Gempak!

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @abby_abadi112

sumber era viral