KECOH ORANG GILA TINGGAL DI MASJID SOUND JEMAAH “KAN ALLAH KATA ORANG GILA TAK WAJIB SOLAT, TAK WAJIB LAH, KAU SOLAT LA”. 

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah Surau di Klang Selangor. Telatah Hussien si orang gila ini buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meninggalkan dunia yang fana. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti org biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu, dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai brus gigi malam bru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Husein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la!’ SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pkul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

SubhanALLAH saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengrnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Sumber: Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan klang selangor.

 

 

 

Rakan Artis Tumpang Sedih Penyakit Elyana..

PENGUMUMAN mengejut penyanyi Elyana yang mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejurus tersingkir pada pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4) pada malam Ahad lalu mengejutkan peminat.

Malah ramai rakan selebriti turut terkejut dengan pengumuman dibuat Elyana sehingga mereka tampil menyatakan simpati namun kagum atas keberanian penyanyi itu untuk berterus-terang tentang keadaan kesihatannya kepada umum.

Laman sosial seperti Facebook dan Instagram juga penuh dengan ucapan dan doa agar penyanyi berusia 30 tahun itu terus cekal dan tabah melawan penyakitnya itu.

Rakan baiknya iaitu Syura yang juga peserta GV4 menerusi Instagram pula memberitahu dia sudah mengetahui keadaan dialami Elyana dan terpaksa berlakon seolah-olah tidak mengetahui tentang perkara itu.

Penyanyi Mimi turut kagum dengan ketabahan Elyana menentang kanser.

“Alhamdulillah… Aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ini. Selama ini aku terpaksa berlakon yang konon-kononnya aku tak tahu kau sakit.

“Aku tabik dengan keberanian kau untuk berterus terang dengan masyarakat… Kau sangat kuat Na (Elyana). Aku sangat sayang kau, sangat sayang.

“Doa untuk kau sebagai sahabat akan sentiasa ada di setiap sujud aku,” tulisnya.

Elyana tersingkir pada minggu kelima Gegar Vaganza.

Sementara itu, pelakon Sherry Ibrahim menerusi perkongsian menyentuh hati di Instagram peribadinya pula memberitahu Elyana sentiasa berpesan agar tidak bersedih dengan keadaannya walaupun ia perkara sukar untuk dilakukan.

Kata Sherry lagi, Elyana adalah salah seorang rakan baiknya dalam industri hiburan dan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang jelita, berbakat, merendah diri dan sentiasa menjadi pendorong kepada orang lain.

“Kepada Nana, apa yang anda lakukan hari ini adalah sangat berani dan apabila saya melihat temu bual membuatkan saya sedih dan teringat pesan kamu yang tidak suka kawan anda sedih dengan apa yang anda terpaksa lalui.

“Anda seorang sahabat yang sangat baik dan setia, rendah diri, kelakar malah seorang pendengar yang baik selain sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam bidang nyanyian.

“Semoga Allah melindungi kamu my Elyana, saya kagum dengan semangat kamu dan berharap setiap hari akan jadi lebih baik,” tulisnya.

Penyanyi Liza Hanim pula berharap Elyana terus kuat dan menyifatkan rakan perjuangannya dalam GV4 itu sebagai seorang yang sangat disenangi.

“Lima minggu bukan waktu yang lama untuk kenal hati budi seseorang… Tapi bukan susah nak menyenangi seorang Elyana.

“Doa kakak akan sentiasa mengiringi langkah awak adik. Terus kuat, love you,” tulis Liza.

DSV turut menyatakan rasa sedihnya kepada Ellyana di Instagram.

Antara selebriti yang turut memberikan semangat adalah Nad Zainal, Serina Redzuawan, Dafi, Saiful Apek, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Elizad dan lain-lain.

Sumber : Mstar Online

Fattah, Fazura Nikah Tanpa Kongsi Maklumat Lengkap

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Pihak pengurusan Fazura dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kenyataan ringkas itu tidak menyatakan maklumat lengkap seperti kebiasaan dilakukan artis popular lain sekiranya mereka tidak membenarkan liputan media.

Tingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Ia membabitkan siapa jurunikah yang menikahkan mereka, jumlah mas kahwin dan bilangan hantaran kedua-dua belah pihak.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan sejak pukul 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lepas merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

10 PASANGAN SELEBRITI INI BERKAHWIN DENGAN SUAMI YANG LEBIH MUDA DARI UMUR MEREKA

Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza.

Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?

Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.

1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)

Kredit foto: Instagram Linda Onn

2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)

Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid

3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)

Kredit foto: Instagram Yatt Hamzah

5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)

Kredit foto: Instagram Izzue Islam

6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)

Kredit foto: Instagram Ella

7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)

Kredit foto: Instagram Linda Jasmin

8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)

Kredit foto: Mstar

9. Ayu Raudhah (33 tahun) & Zaquan Adha (30 tahun)

Kredit foto: Instagram Ayu Raudhah

10. Fazura (34 tahun) & Fattah Amin (27 tahun)

Kredit foto: Instagram Fazura

Tahniah juga kami ucapkan buat bakal pasangan pengantin of the year ini. Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!

Sumber: himpunanmedia, kecohsangat