Rakan Artis Tumpang Sedih Penyakit Elyana..

PENGUMUMAN mengejut penyanyi Elyana yang mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejurus tersingkir pada pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4) pada malam Ahad lalu mengejutkan peminat.

Malah ramai rakan selebriti turut terkejut dengan pengumuman dibuat Elyana sehingga mereka tampil menyatakan simpati namun kagum atas keberanian penyanyi itu untuk berterus-terang tentang keadaan kesihatannya kepada umum.

Laman sosial seperti Facebook dan Instagram juga penuh dengan ucapan dan doa agar penyanyi berusia 30 tahun itu terus cekal dan tabah melawan penyakitnya itu.

Rakan baiknya iaitu Syura yang juga peserta GV4 menerusi Instagram pula memberitahu dia sudah mengetahui keadaan dialami Elyana dan terpaksa berlakon seolah-olah tidak mengetahui tentang perkara itu.

Penyanyi Mimi turut kagum dengan ketabahan Elyana menentang kanser.

“Alhamdulillah… Aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ini. Selama ini aku terpaksa berlakon yang konon-kononnya aku tak tahu kau sakit.

“Aku tabik dengan keberanian kau untuk berterus terang dengan masyarakat… Kau sangat kuat Na (Elyana). Aku sangat sayang kau, sangat sayang.

“Doa untuk kau sebagai sahabat akan sentiasa ada di setiap sujud aku,” tulisnya.

Elyana tersingkir pada minggu kelima Gegar Vaganza.

Sementara itu, pelakon Sherry Ibrahim menerusi perkongsian menyentuh hati di Instagram peribadinya pula memberitahu Elyana sentiasa berpesan agar tidak bersedih dengan keadaannya walaupun ia perkara sukar untuk dilakukan.

Kata Sherry lagi, Elyana adalah salah seorang rakan baiknya dalam industri hiburan dan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang jelita, berbakat, merendah diri dan sentiasa menjadi pendorong kepada orang lain.

“Kepada Nana, apa yang anda lakukan hari ini adalah sangat berani dan apabila saya melihat temu bual membuatkan saya sedih dan teringat pesan kamu yang tidak suka kawan anda sedih dengan apa yang anda terpaksa lalui.

“Anda seorang sahabat yang sangat baik dan setia, rendah diri, kelakar malah seorang pendengar yang baik selain sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam bidang nyanyian.

“Semoga Allah melindungi kamu my Elyana, saya kagum dengan semangat kamu dan berharap setiap hari akan jadi lebih baik,” tulisnya.

Penyanyi Liza Hanim pula berharap Elyana terus kuat dan menyifatkan rakan perjuangannya dalam GV4 itu sebagai seorang yang sangat disenangi.

“Lima minggu bukan waktu yang lama untuk kenal hati budi seseorang… Tapi bukan susah nak menyenangi seorang Elyana.

“Doa kakak akan sentiasa mengiringi langkah awak adik. Terus kuat, love you,” tulis Liza.

DSV turut menyatakan rasa sedihnya kepada Ellyana di Instagram.

Antara selebriti yang turut memberikan semangat adalah Nad Zainal, Serina Redzuawan, Dafi, Saiful Apek, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Elizad dan lain-lain.

Sumber : Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *