RESULT CGPA KO DAHLA SAMPAH!! KO RASA BOLEH HIDUP KE LEPAS GRAD? APA BRO NI CITE MEMANG BUAT ORANG TERPANA !

Posting ini ditujukan kepada bakal graduan yg mengalami sindrom CGPA bawah 2.5 or aku panggil CGPA sampah.

Aku bekas graduan, major dalam mechanical. Aku grade dgn CGPA 2.1 something (lupa). Aku rajin tapi mungkin tuhan tidak mengurniakan aku rezeki dalam akademik.

Bila kamu grade, 1st benda yang susah untuk hadap orang yg CGPA sampah ni adalah kawan2. Bila ada reunion (dulu tiada wassap) seorang demi seorang bercerita mengenai karier mereka yang hebat2 sambil bersembang mengenai gaji, elaun, travel.

Majoriti kawan aku ex uniten adalah dari petronas, shell, mmc, scomi, slumberjer, halliburton & etc. Pendek kata lebih kepada duniawi bila bersembang.

Aku pulak bekerja di ah chai engineering di kajang post as a project engineer tapi hari2 bawa bangla, nepal naik van pergi site. So bila reunion tu aku tidak tahu nak bercakap apa hanya mendengar & tidak merasa apa yg mereka rasa.

Betul2 my life is fuckup. GF aku masa tu disailang oleh kawan aku juga. Lagi aku sakit jiwa.

Aku cuba minta kerja ditempat lain tapi mungkin tidak diterima dIsebabkan CGPA. So yang layak untuk aku syarikat kecil2 yang gajinya tidak besar & kekadang gaji tertangguh sampai 2 bulan.

Bos aku seorang chinese & betul perangai macam setan. Aku dimaki boleh dikatakan hari2. Cibai, stupid whatever memang makanan aku.

Aku pula terpaksa menahan diri, tahan punya tahan sudah 5 tahun aku dengannya. Satu yang aku suka kepada bos aku dia banyak ilmu & selalu mengajar.

Akhirnya aku resign dari kompeni tu. Aku dapat offer dengan satu syarikat yang besar juga not based on my CGPA but because of my experience.

Bila aku bekerja di kompeni yg besar ni, baru aku sedar yg selama ni, 5 tahun aku bekerja ni rupanya multitasking & bila aku bekerja di kompeni international ni rupanya lagi senang. Dari procurement, management, safety, engineering semuanya aku boleh handle.

Bila aku nampak potensi diri aku, aku bekerja di kompeni tersebut tidak lama & selepas itu aku banyak bertukar kerja. Setakat offer dari client tu aku bangkulsampahkan.

So dari O&G aku dapat merasa gaji yang betul lumayan. Tapi ini sebelum krisis minyak dunia.

Walaupun krisis minyak dunia yg begitu meruncing, aku masih lagi ada kerja adalah daripada rezeki Tuhan melalui skill yg aku ada berpunca drpd multitasking work from my 1st job.

Dan bila krisis minyak dunia ini, aku melihat sahabat2 yang bila mereka grade, mereka bermula dengan client (tidak semua) menghadapi kesukaran untuk survive apabila surat VSS diatas meja mereka.

Mungkin disebabkan mereka bermula dengan kesenangan bukannya kepayahan diawal karier mereka.

So krisis or tidak bagi aku sama sahaja. Aku survive dengan skill. Sekarang plan aku ingin bersara muda dalam 5 tahun lagi. Aku harap tidak terkeluar dari plan aku. Stay low & humble

So kepada student yang kecewa dengan result exam. Jangan rasa tertekan. Masa jadi student ni U all main banyak2, jangan terlalu menjadi ulat buku, kena happy selalu, banyak join aktiviti persatuan.

U will be miss your student life when you start your life in carrier world. World of shit & hypocrite.

Lupa aku hendak pesan. Dalam engineering. Apa yang kamu belajar dalam 4/5 tahun ini kemungkinan hanya terpakai dalam 2 muka surat saja punya knowledge.

Dan kamu jangan terkejut jika kamu grade dalam electrical tapi kamu bekerja dalam bidang civil. Kamu grade dalam IT tapi jadi procurement. Yang betul real & sama dengan dunia luar adalah aktiviti kamu dalam persatuan.

Minutes of meeting, cash flow club, management club, pengerusi, bendahari, finance, project management, politics in club, minta peruntukkan dengan cik din HEP untuk program club adalah sama dengan aku hadapi dialam kerjaya.

Jika kamu berjaya memegang jawatan penting dalam club itu adalah rezeki kamu untuk gain knowledge & bukannya bebanan.

Itu saja aku nak pesan kepada student. CGPA is not everything. Play a lot, u will miss it.

From ex student era 2000

Sumber: UNITEN Confession

Kredit tu:gedebakviral.net

INILAH KISAH HIDUP DAJJAL SEBELUM ALLAH BUTAKAN MATA KIRINYA. SILA FAHAMKAN SEBELUM IA MUNCUL !!

Dalam surah Thaahaa ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah swt di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-Quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil. Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.

Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?

Ayat al-Quran yang menyatakan Samiri
Dalam surah Thaahaa, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.

95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”
96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.”
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
(Surah Thaahaa ayat 95-97)

Penjelasan Surah Thaahaa ayat 95-97

Ancaman Musa as

Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.
Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.

Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.

Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as

Pada ayat “aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.

Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari jejak rasul” itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.

Samiri dilaknat oleh Allah swt

Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah menyentuh (aku)”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana kuatir akan menimbulkan kemudratan kepada kedua-dua pihak.

Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah swt dengan Allah swt telah menurunkan penyakit memberhaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit. Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah swt atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.

Siapakah Samiri?

Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”

Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”

Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Hapis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.

Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Patung Hathor

Manakala Hapis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.

Samiri adalah Dajal?

Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.

Samiri versi kitab Taurat

Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.

32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia
Genesis 32:1
Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menidakkan martabat seorang Rasul Allah.

Extra

Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?
Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Thaahaa ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.

97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).

Maka, kepercayaan turun-temurun umat Islam terhadap formasi batuan tersebut sangat jelas menyalahi apa yang diperkatakan di dalam kitab suci al-Quran. Ternyata kepercayaan umat Islam secara keseluruhannya selama ini tidak berfakta dan hanya mendengar cerita lisan masyarakat setempat tanpa merujuk al-Quran. Waallahualam.

Sumber : Futsal For All

Like & Share : Viral Valet

 

 

15 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG BERDARAH KACUKAN..

Orang berdarah kacukan mempunyai keunikan yang tersendiri. Mereka mempunyai ciri fizikal yang menawan dan unik hasil daripada darah keacukan mereka. Dan disebabkan rupa paras mereka yang unik, mereka sering mendapat perhatian untuk iklan mahupun drama.

1) Emma Maembong

Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, merupakan gadis berdarah kacukan Melayu dan Scotland. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya merupakan warganegara Scotland. Emma juga tersenarai di kedudukan ke 71 dinatara 100 Wajah Tercantik TC Candler. Jadi tidak hairanlah, mengapa wajah Emma sering menjadi perhatian untuk drama dan juga iklan komersial. Emma yang popular menerusi drama “Projek Memikat Suami” ini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan juara Super Spontan 2017 iaitu Kamal Adli. Walaupun baru-baru ini hubungan mereka retak, namun kini terjalin semula.

2) Neelofa

Siapa yang tidak mengenali wanita jelita Noor Neelofa Mohd Noor ini. Neelofa merupakan gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan. Ayahnya berketurunan Melayu, manakala ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Neelofa juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun 2010 . Gadis cantik ini sering di kaitkan dengan kerabat diraja. Siapa yang tidak akan terpaut dengan kejelitaan dan kelembutan pengacara program “Meletop” ini. Neelofa juga sebelum ini pernah kecundang dalam kisah cintanya bersama pelakon Hans Isaac dan pernah digosipkan dengan Fattah Amin.

3) Fathia Latif

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri “Ariana Rose” ini berdarah kacukan Melayu dan Arab. Nur Fathia Abdul Latif merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Penang. Fathia memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2009 menerusi drama popular “Nur Kasih” bersama Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Fathia sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan seorang kerabat. Tetapi dia lebih selesa untuk memilih orang biasa sahaja. Fathia pernah hangat bercinta dengan pelakon Aiman Hakim yang berganding dengannya menerusi drama siri popular “Diandra”.

4) Izara Aishah

Izara Aishah Hashim merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu dan Pakistan. Ayahnya beketurunan Melayu, manakala ibunya pulah berdarah Pakistan. Izara merupakan finalis Dewi Remaja bersama-sama Neelofa dan meraih tempat kedua. Izara pernah muncul untuk produk kecantikan Fair & Lovely dan jenama Brands, Innershine. Selain itu, kehidupan peribadi Izara juga sering di korek untuk mengetahui siapa jejaka yang berjaya menawan hatinya. Terkini Izara sudah berkahwin dengan anak tiri penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid.

5) Nelydia Senrose

Nama sebenar Nelydia ialah Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen. Nelydia merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan. Ramai yang tidak tahu bahawa Nelydia merupakan gadis kacukan Melayu dan Siam. Nelydia juga memulakan kerjayanya sebagai pelakon ketika berusia 13 tahun menerusi drama “Spa Q” dan namanya mula menjadi sebutan ramai menerusi drama “Setia Hujung Nyawa”. Kembarnya yang merupakan kakaknya, Uqasha Senrose juga merupakan seorang pelakon.

6. Juliana Evans

Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam. Biarpun begitu, kerjaya seninya tidak diketepikan begitu saja terutama sekali apabila mengendalikan program Era TV setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.

Antara drama yang dijayakannya adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar. Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.

7) Diana Danielle

Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejakusianya kanak-kanak lagi. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan Dan Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ….Dalam Botol serta Hanyut.

8) Maya Karin

Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India sdi sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Maya telah mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia bagi membolehkan proses cerainya dengan suaminya Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Maya berkahwin dengan Steven yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.

Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari. Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

9) Yasmin Hani

Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mual dikenali menerusi ancangan Muzik @Ria di Astro Ria suatu ketika dulu. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suati ketika dulu. Namun berbanding kakaknya, kerjaya seni Yasmin Hani lebih menyinar lagi.

Antara drama yang dibintangi adalah Ampang Medikal, Cinta Tak Bertepi, Neon, Campus Rock, 3 + 1, Skuad Elit, Chili Jus Pedas, Astana Idaman dan Dilema, manakala antara filem yang dijayakannya pula adalah Ratu, Gentayangan, 2 Hati 1 Jiwa, Duyung, Cicakman dan Bilut.

10) Faradhiya

Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, Amin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya. Apapun, kehebatan Faradhiya sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan. Menerusi label NAR Records,d ia pernah muncul dengan album iaitu Bertakhta Di Hati dan Yang Ku Puja. Sebagai pelakon, dia cukup menyinar Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Spa Q dan Spa Qistina.

11) Julia Ziegler

Julia bt Bob Fauzi Ziegler, wanita berdarah campuran Melayu Amerika. Dilahirkan pada 21 May 1984. Berasal dari Ampang, Selangor. Seorang model dan pelakon. Antara filem yang dibintangi beliau adalah Cicakman dan Jangan Tegur.

12) Zahirah MacWilson

Nur Zahirah Macwilson binti Zanol (lahir 1 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Zahirah Macwilson adalah pelakon wanita dan model dari Malaysia.

Beliau baru mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa buah drama dan telemovie. Beliau berketurunan British dan Melayu. Zahirah menjadi model waktu berusia 12 tahun, beliau merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Bapanya, Zainol Macwilson merupakan bekas penyampai berita TV3.

13) Nora Danish

Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) berketurunan melayu dan myamar atau lebih dikenali sebagai Nora Danish ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang terkenal kerana memegang watak utama Puteri dalam siri komedi tempatan Puteri. Pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006 tetapi telah berpisah pada Julai 2008. Ketika itu, Nora sedang hamil dua bulan. Pelakon ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram pada 7 Januari 2009. Cuti Cuti Cinta ialah filem romantik arahan Ahmad Idham menampilkan Nora bersama Farid Kamil. Filem lakonan beliau adalah Polis Evo yang ditayangkan pada September 2015. Nora kini sedang mengandungkan anak kedua hasil perkahwinan keduanya dengan Nedim.

14) Raja Ilya

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas.

Raja Ilya mempunyai Sarah campuran Melayu Dan Malayam.

15) Uqasha Senrose

Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Mempunyai darah campuran siam dan melayu. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu. Kini beliau muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin.

Sumber : beritasemasa.net

Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap

Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap

Solat Sunat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.

Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Sunat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2. Niat Solat Sunat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;

b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;

c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada Solat Sunat Tahajjud Baginda.)

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

5. Selesai salam Solat Sunat Tahajjud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya.

Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

1. Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

2. Doa dimakbulkan Allah.

3. Memperolehi ketenangan jiwa.

4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.

5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

14. Orang Solat Sunat Tahajjud menjadi kesayangan Allah SWT.

15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.

2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.

4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.).

Sumber : Islam Itu Indah, Kredit : Shafiqolbu