“Macam Prince Charming & Cinderella” – Sweetnya Tauke Di Malam Resepsi…

Bertemakan Fairy Tale, majlis resepsi pelawak Tauke Jambu dan isteri, Nadia Mohd Affendi berlangsung meriah. Menariknya, ada jalan cerita disebalik majlis yang berlangsung dalam suasana penuh romantik itu. Tauke, 40, berkata, Nadia seorang wanita yang tabah terutamanya ketika hubungan yang mereka bina itu berhadapan dengan dugaan. “Tidak ramai perempuan yang tahan dengan saya, tapi dia sangat sabar dan tahan dengan perangai saya yang nakal. Cerita dongeng Cinderella telah dipilih sebagai pelengkap tema Fairy Tale yang berlangsung malam tadi. Saya bukanlah playboy atau nakal tapi cuma saya suka berkawan dan mencari keserasian. Sebelum berkahwin tentulah kita cari perempuan yang betul-betul serasi,” ujarnya kepada mStar Online. Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria sah bergelar suami Nadia Mohd Effendi, 28, dalam sebuah majlis yang diadakan De’ Laman Event Space, Sabtu. Ruang dalam De Laman Event Space pula dihias indah seperti ‘ballroom’ dan berlangsung majlis tari menari sebelum ketibaan ‘Prince Charming’. ‘Prince Charming’ diarak ke ‘dewan tari menari’ dengan limosin mewah dan mencari Cinderella sambil memegang sebelah kasut milik gadis idamannya itu. Namun, ketiadaan Cinderella pada majlis tersebut menyebabkan Prince Charming kecewa tetapi tetap menanti gadis idaman penuh harapan. Setelah hampir berputus asa menanti, hati ‘Prince Charming, kembali berbunga selepas melihat Cinderella muncul dengan gaun kembang yang sangat cantik.

‘Prince Charming’ menyarungkan kasut, meluahkan perasaannya kepada Cinderella dan mereka mula menari meraikan kebahagian… 600 tetamu yang hadir termasuk Ajak (Shiro), Achey (Bocey), Raja Azri, Fizi Hot FM, Uqash Senrose, Hefny Sahad, Azlee (Senario), Wan Gegau dan ramai lagi turut gembira dengan penyatuan ‘Prince Charming’ dan ‘Cinderella’nya itu. Ia merupakan perkahwinan keempat buat Tauke, manakala perkahwinan pertama bagi Nadia. Tauke dikurniakan enam cahaya mata pada perkahwinan terdahulu yang kini berusia 16 hingga 9 tahun. Dalam pada itu, Tauke menyifatkan hubungan dia dengan isterinya itu seperti api dan air. “Kegagalan hubungan sebelum ini kerana sikap masing-masing yang tidak mahu mengalah. Ia seperti api dengan api. “Tapi bila dengan Nadia dia jadi seperti air dengan api, bila saya marah dia akan pujuk,” ujarnya. And the Prince Charming and Cinderella live happily ever after… Sama-sama kita doakan Tauke dan Nadia bahagia hingga ke akhir hayat. Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan keluarga, Tauke berkata, dia tidak merancang sebaliknya menyerahkan kepada rezeki yang diberikan oleh Allah taala. Sementara itu, Nadia berkata, dia terpikat dengan sikap Tauke yang matang dan mudah dibawa berbincang. “Dia seorang yang matang dan jika ada masalah dia akan bawa berbincang dengan baik. Pada saya komunikasi itu penting selain perlu percaya antara satu sama lain,” ujarnya. Tauke dan Nadia, 28, mengikat tali pertunangan pada Disember 2015. Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.