Pelakon Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia..AlFatihah.

Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia sebentar tadi di kediamannya lapor Astro Awani.

Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Allahyarham yang dilahirkan di Bangkok, Thailand dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk ‘Dang Lenggang’, ‘Ribut di Hujung Senja’ dan ‘Anakku Suamiku”. Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, “Tekukur Tak Berbunyi Lagi”.

Sumber : Ammar Network

Like & Share : vuralvaletdotcom

Budak berusia 6 tahun ini jana pendapatan RM45 juta setahun dari YouTube..

Ibu bapa dan khususnya kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah pastinya mengenali kanak-kanak lelaki ini yang seringkali membuat review pelbagai jenis barang mainan di channel YouTube, Ryan ToysReview. Siapa sangka, kanak-kanak itu sebenarnya telah meraih pendapatan US$11 juta (RM44,918,126) setahun.

Menurut laporan Forbes yang melaporkan pendapatan selebriti YouTube yang menjana hasil pendapatan yang tinggi melaporkan, channel YouTube Ryan ToysReview yang dikendalikan oleh keluarga Ryan telah menjana lebih kurang US$11 juta bagi tahun 2017.

The Verge yang pernah membuat liputan mengenai channel Ryan ToysReview dan ibu bapa kanak-kanak itu pula mendedahkan, hampir setiap hari mereka memuat naik video-video review baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015.

Difahamkan, channel itu mula diwujudkan ketika Ryan berusia empat tahun, yang meminta video-video review barang mainan, bertanya kepada ibu bapanya mengapa tidak dia juga melakukan perkara yang sama untuk channel YouTube miliknya sendiri.

Pada awalnya, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehingga Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan viral di media sosial. Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube.

 

Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat review mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan.

Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subsribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube.

Sumber: Business Insider, Kredit : The Reporter

Like & Share : viralvaletdotcom

KESUCIAN BAITULMAQDIS DI CEROBOH, 8 SELEBRITI MALAYSIA INI PALING LANTANG BERSUARA! SIAPA SANGKA ARTIS NO.7 SAMPAI BUAT VIDEO NANGIS MINTA NAJIB KECAM TRUMP!!

Pasti ramai yang marah apabila Presiden Amerika Syariat (AS), Donald Trump telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel bukan?

Ia bukan saja membangkitkan kemarahan di Malaysia, malah seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Trump secara rasmi telah mengisytiharkan pemindahan bangunan kedutaan AS di negara haram Yahudi Israel itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Malah, pengumuman pengisytiharan Baitulmaqdis yang merupakan tempat suci umat Islam yang ketiga itu kini telah menjadi ibu kota negara rejim Zionis.

Dalam masa sama, beberapa selebriti yang cukup prihatin dengan isu ini telah bersuara. Malah mereka turut berasa sedih dan kecewa.

Semestinya isu ini mendapat perhatian luas, bukan sahaja selebriti Malaysia malah luar negara seperti selebriti Hollywood yang ternama seperti Gigi dan Bella Hadid.
“We are all Hindus, Buddhists, Muslims, Atheists, Christians, Jews,” with specific letters highlighted to spell out “HUMANS”. Ayat yang dipegang dua beradik ini ketika menyertai tunjuk perasaan di New York.

Para selebriti Malaysia juga tidak ketinggalan untuk berkongsi perasaan kecewa mereka melalui entri di laman sosial Instagram masing-masing.

Mereka tetap bersemangat untuk terus menentang serta menyelamatkan bumi Palestin daripada cengkaman Israel!

MH kongsikan luahan dan semangat beberapa selebriti untuk korang.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

2. Afdlin Shauki

3.Nur Heliza Helmi

4.Farrah Adeeba

5.Achey

6.Alif Satar

7.Caprice

Kongsi Rasa Sedih | Luahan Caprice ditujukan kepada pemerintah negara untuk membela nasib umat Islam di Baitulmaqdis. Dengan nada sedih sehingga mengalirkan air mata, Caprice berharap suaranya mampu membuka mata pihak yang bertanggungjawab untuk menentang keputusan yang dibuat oleh Trump.

8.Dan terakhir semestinya Yusuf Azmi.

Apa Kata Anda?

Sumber : mykisah, Kredit : kecohsangat.com

Like & Share : @viralvaletdotcom