Pelakon Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia..AlFatihah.

Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia sebentar tadi di kediamannya lapor Astro Awani.

Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Allahyarham yang dilahirkan di Bangkok, Thailand dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk ‘Dang Lenggang’, ‘Ribut di Hujung Senja’ dan ‘Anakku Suamiku”. Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, “Tekukur Tak Berbunyi Lagi”.

Sumber : Ammar Network

Like & Share : vuralvaletdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *