Pelajar Perempuan Bunuh Diri! Guru Suruh Jual Diri Gara-gara Lambat Bayar Yuran

Hanya kerana lambat menjelaskan yuran sekolah, seorang guru bertindak biadap terhadap 5 murid wanita sekolah menengah dengan menyuruh mereka menjual tubuh jika mereka tak ada duit.

Kejadian yang berlaku di padang sidempuan sumatera utara ini telah menggemparkan media indonesia sejak kelmarin.

Menurut laporan JPNN.com, salah seorang murid juga dikatakan bunuh diri dengan minum racun kerana tertekan dengan kata-kata salah seorang guru di sekolah itu.

Murid perempuan yang menceritakan kejadian itu mengatakan pada awalnya mereka dibawa ke satu bilik dan dipertanyakan mengenai yuran sekolah yang belum dibayar. Dengan spontan kelimanya menjawab mereka tidak dapat menjelaskan bayaran yuran kerana keluarga mereka mengalami masalah kewangan.

Guru yang bernama KS Itu terus menengking dan memarahi mereka dan menyuruh menjual tubuh sahaja dikawasan itu untuk senang mendapat duit, selain itu mereka juga diugut akan dibuang dari sekolah.

Kelima-lima murid keluar dari bilik dalam keadaan menangis merasa guru tersebut merendahkan martabat dan maruah mereka. Kerana takut berdepan dengan pihak sekolah dan polis, mereka sepakat untuk mendiamkan diri.

Namun selang beberapa hari, murid bernama Amelya maut bunuh diri dengan minum racun, dipercayai akibat tertekan dengan sikap guru yang sama melontarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada lima murid wanita tempoh hari.

Sejak daripada itu lima murid berkenan terus mengadukan kejadian kepada ibu bapa sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Bagaimanapun Guru bernama SK sudah ditahan oleh polis Padang Sidempuan dan kini dalam pebicaraan Menteri Pendidikan Indonesia.

Sumber : Wartawan Jalanan / malaysiatular

Kredit : Kuasa Viral

Like & Share : viralvaletdotcom

Kawan Aku Baru Bercerai.. Sejak Dari Itu Dia Rajin Datang Ke Rumah Aku.. Suami Aku Tidak Kisah, Sehingga Pada Satu Hari Mereka Kantoi!

Assalamualaikum admin, sy nak meluah dan kongsi cerita.

Sy berumur 32 tahun, sy ada kawan yg rapat sgt mcm keluarga sy sndiri sejak dari darjah 6 sehinggalah kami berkahwin masing2.

Tp hubungan dia dgn suami dia cuma bertahan 2 tahun retak sbb ada org ketiga, Jadi suami dia ceraikan dia. Masa dia sedih dan hampir nak bunuh diri sy yg temankan dia sy yg sllu dsisi dia.

Dia sllu dtg kerumah, dah kebiasaan dia sllu dtg kerumah dan kami layan drama sama2 bergurau, masak sama2. Sbb dia sj kawan yg sy ada dan percaya. Tapi pada malam tu, dia ckp dia nak tidur d rumah sy, Sy pn iyakan sj.

Tp lama kelamaan mcm hari2 dah dia tdur d rumah sy, sy tk tpikir benda lain sbb sy cuma bpikiran positif ke dia. Yelah kan sahabat rapat.

Lepas tu minggu berganti minggu, kawan sy sprti biasa suka lepak d rumah dan gosip2 dgn sy, Oh ya kawan sy ni kira dr keluarga senang sbb tu kerja asik melepak kat rumah sy. Sllunya sebelum suami sy pulang dia balik dah, tp haritu tak.

Dia ajak sy masak dan biar laki sy jd judge, sy pn ya kan sj anggap mcm game. Kami masak, suami pn rasala masakan kami masing2, sllunya sy tk ambik hati pn suami sy bgurau dgn dia. Tp sejak dia puji masakan kawan sy dan kritik masakan sy. Sy terasa dan sedih.

Sejak tu sy mood down dan rasakan sesuatu yg pelik, senyuman kawan sy bkn main smpi telinga.

Dan bnyk lg benda yg buat sy syak tentang dorg. Pernah pulak kantoi di mesej, ber syg2. Last skli sy suruh suami mengaku dan dia,

Akhirnya dorg mengaku dan pernh checkin di hotel. Sakit hati tu jgn ckpla mcm sy pla yg nk bunuh diri, kawan sndiri tipu dan suami sggup. selama setahun sy ditipu.

Akhirnya sbb sy sygkan kawan dan suami sy, sy sggup dimadukan. sbnrnya sy tk mahu tp kalaupn dorg berjauhan pastinya si suami akan mencari cara tuk dorg berjumpa.

Bermulalah rutin seharian kami sebagai madu. Pahit manis sy telan kan sj, Game kami sllu masak memasak suami jd judge bila pulang rumah, Cemburu sy mmbuak2, masa harijadi sy suami sy tkda pn buat surprise. Tp masa harijadi madu sy siap dihantarkan bunga besar beserta coklat sungguh sy sedih.

Hari demi hari, suami sy sllu melebihkan madu sy. Dan sy pla hari2 disirami dgn air mta dan cemburu, Sy sungguh bodoh kerana menerima dia sebagai madu. Sungguhpn sy sakit hati, sy tdk sggup memarahi madu sy. Dia jga tdk prnh marah2 kn sy.

Bila sy menangis, cemburu sy tringatkan kisah2 kami sejak dr bangku sekolah. Dan sy marah dgn diri sndiri sbb tk reti nak suarakan sakit hati sy

Akhir sekali, madu sy mengandung duluan dr sy, masa dia mgandung dia sensitif. Hari2 suami marahkan sy ada sj tk kena. Skrg kandungan dia dah 8bulan. Smpi sy tak tahan dan ter melawan dgn dia. Kata2 paling menyakitkan hati sy ” DIA TU TGH MENGANDUNGKAN ANK AKU, KO APA ADA?? RAHIM ADA TP TAK BERISI” ko bersiap skrg aku hntr ke ruma orgtua ko balik.

Allahu sy sungguh terkilan, anehnya sy tdk sakit hati sgt bagai nak bunuh diri sprti masa sy tahu mereka curang d blkg sy dulu.

Suami nyatakan hasrat dia ke orgtua sy yg dia ingin lepaskan sy. Sy kuatkan diri sy untuk tdk menangis dpn dia, dia pesan terakhir pada mlm tu “kita tengok smpi bila ko tahan membatu”.

Sebulan berlalu, sy tk sehat baru2 ni. Bila cek rupanya sy mgandung 3bulan. Selama sbln ni jgak masa slps suami sy ceraikan sy, asik hntr mesej, smua sy tk balas. Smpi mesej mengamuk2 sndiri, si madu jga sama. Smpila dorg dtg jenguk sy kat kg ni. Sy jalan jauh2 sy tk nak tgok muka dorg bdua. Orgtua sy bgtau yg sy mgandung, berabis mereka bdua cari sy trutama suami sy, kol tk berenti.

Dia ckp dia nak berbaik, tp sy sda bpikir seribu kali, sy tk nak balik dgn dia, sbb asyik sy yg menelan pahit, cemburu,sakit hati. Sy memilih tuk bersendiri, sy mengundur diri. Doakan sy yg baik2 dan kandungan sy. terima kasih baca luahan sy

Tuk ex madu sy dilla, you win! terima kasih hadir dlm hidup sy sbgi kawan dan pencundang, ko makanla suami tu hidup2 sorang2.

Tuk ex suami selamat tinggal, sy bukan punching bag kau lagi.

Kredit : kuasaviral

Like & Share : viralvaletdotcom

Ini Kisah Nabi Sulaiman A.S dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Pada 2005, saya pernah menulis tentang luka dalam yang dihiris semula apabila Mufti Al-Aqsa, Sheikh Ikarama Sabri mendedahkan bahawa masjid yang dimuliakan Allah S.W.T, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis mengalami kesan retak yang serius akibat kegiatan mengorek lubang di bawahnya oleh kumpulan Yahudi.

Ketika itu, Ikarama dipetik sebagai berkata oleh televisyen Al-Jazeera, keretakan paling jelas kelihatan pada tembok penanda garisan sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak diceroboh rejim Zionis.

Banyak pemimpin negara Islam memberi reaksi segera kepada pendedahan Ikarama itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) ketika itu, sedih dengan perkembangan berkenaan dan pada masa sama berharap Israel lebih sensitif dalam menjaga hati umat Islam.

Pada Julai tahun ini, Sheikh Ikarama cedera ditembak Zionis Israel ketika sedang bersolat.

Luka umat Islam lebih-lebih lagi Palestin yang tidak pernah sembuh itu terus bertambah pedih dengan insiden itu.

“Yahudi dan Zionis dengan rakus enggan mempedulikan perasaan Palestin tetapi meneruskan kerja-kerja mengorek bawah tanah Masjid Al-Aqsa atas alasan kononnya mahu mencari bukti kewujudan Haykal iaitu kuil Yahudi zaman lampau.

Menyusuli tindakan itu, mereka menjadikan Imam Masjid Al-Aqsa sebagai sasaran,’’ kata rakan kuliah saya Hasan, seorang warga Palestin, ketika kami sama-sama bersembang mengenai nasib Palestin.

Selepas apa yang menimpa Sheikh Ikarama, umat Islam tidak boleh lagi bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.

Itulah kenangan pahit yang menimpa umat Islam.

Kepahitan itu lebih parah apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis waktu Malaysia mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Kenyataan kontroversi Trump mengenai Baitulmaqdis itu satu hal, tetapi hal yang lebih membimbangkan ialah nasib Masjid Al-Aqsa, letaknya di Baitulmaqdis.

Perlu diingatkan Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar kepada Kaabah atas perintah Allah s.w.t.

Masjid Al-Aqsa juga masjid yang dimuliakan Allah selain Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

“Episod sedih yang menimpa umat Islam berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa sebenarnya berlaku lebih awal daripada itu.

Selepas sahaja Yahudi menduduki Quds Timur, mereka bertindak memusnahkan kawasan di sebelah barat yang bertentangan dengan tembok Masjid Al-Aqsa (Tembok Buraq atau Yahudi memanggilnya sebagai Tembok Ratapan). Ia merupakan satu kawasan yang mengandungi 135 buah rumah dan dua masjid,’’ tulis Dr Maszlee Malik dalam bukunya “Al-Aqsa Dalam Bahaya” diterbitkan pada tahun 2006.

Saya segarkan ingatan tentang pertemuan dengan Dr Maszlee selepas itu membincangkan mengenai bukunya _ juga mengenai Al-Aqsa, “Al-Aqsa di Ambang Kehancuran (2010)”, beliau berkata mereka meratakan tanah di situ supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan Yahudi untuk melakukan ibadat sekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam.

“Yahudi mula berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya. “Mereka menumpukan kawasan di sebelah barat dan selatan masjid untuk mencari sebarang bukti menyokong kewujudan Haykal. Tetapi sebaliknya mereka mendapati kesan peninggalan Islam yang jelas membuktikan kewujudan identiti Islam di situ. Mereka musnahkan bukti menyokong Islam tetapi meneruskan kerja-kerja keji itu,’’ kata Dr Maszlee lagi.

Saya juga membaca buku tulisan seorang warga Palestin, yang pernah menjadi Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Mohsen M. Salleh, Palestine Issue – Background and Chronology Until 2000.

Bahawa dalam buku itu beliau menulis, sejak tahun 1967 lagi proses mengorek telah melalui lebih 10 peringkat yang dilakukan secara aktif tetapi berhati-hati dan tertutup.

“Mereka membina beberapa terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Kerja ini berdepan dengan ancaman bahaya sewaktu proses mengeluarkan tanah-tanah dan batu-bata di bawah Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah,” katanya.

Situasi ini jelasnya, meletakkan Masjid Al-Aqsa di dalam keadaan bahaya.

Bukan itu sahaja, terdapat ratusan pencerobohan berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa di antara tempoh 1967 hingga sekarang.

“Kalau kita masih ingat pencerobohan paling keji ialah operasi membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan tindakan untuk meledakkan Masjid al-Aqsa berlaku awal Mei 1980 dan pada bulan Januari, Ogos dan Disember 1984. “Pada 17 Oktober 1989, sekelompok Yahudi telah meletakkan batu asas untuk pembinaan Haykal Yahudi ketiga berhampiran dengan pintu masuk Masjid Al-Aqsa,” katanya cuba mengimbau semula secara panjang lebar luka dalam umat Islam berkaitan Masjid Al-Aqsa itu, sebelum cuba mengaitkannya pula dengan apa yang berlaku sekarang, termasuk pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Dalam jawapan emel kepada saya mengenai soalan apa yang bakal berlaku kepada Masjid Al-Aqsa selepas Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel, beliau berkata, ia hari paling malang untuk umat Islam secara keseluruhannya kerana akan dijajah Zionis.

Menurutnya, sekalipun Masjid Al-Aqsa mengalami episod sedih yang tidak berkesudahan, orang Islam di Quds dan Palestin sentiasa menjaga dan memeliharanya sekalipun mereka mengalami penderitaan di bawah penjajah.

Mereka sanggup menggadai nyawa dengan hanya bersenjatakan batu demi mempertahankan kehormatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Ia ada asasnya apabila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ada memberi amaran supaya siap sedia dengan Intifada ketiga beberapa jam selepas Trump umum mengenai pendirian Washington mengenai Baitulmaqdis.

“Sebarang cubaan Yahudi untuk menceroboh pasti mendapat tindak balas daripada orang Islam yang menentang mereka hingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai demi mempertahankan hak dan Intifada Ketiga itu adalah permulaannya,’’ katanya.

Hal yang berkaitan dengan Baitulmaqdis dan nasib Masjid Al-Aqsa ini sebenarnya menggemparkan umat Islam seluruh dunia.

Namun di sebalik itu kita bimbang sebagai umat Islam kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Nasibnya itu kini dalam keadaan membimbangkan apabila berada di bawah kawalan Israel ketika mana Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya.

Isu Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa adalah isu Palestin dan umat Islam. Dan Masjid Al-Aqsa merupakan isu sejagat yang sebenarnya mampu menyatukan orang Islam terutama dalam menghadapi permusuhan mereka dengan Zionis.

Penentangan status Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel dan pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada terus menjadi mangsa Zionis adalah demi manfaat umat Islam secara keseluruhannya.

Makna Masjid Al-Aqsa itu ialah “masjid yang jauh” tetapi kita tidak mahu ia semakin jauh daripada hati umat Islam walaupun ia diingat setiap tahun dalam peristiwa Israk-Mikraj. Dalam peristiwa yang bersejarah itu, Nabi Muhammad diangkat ke langit dari masjid tersebut.

Kesucian Masjid Al-Aqsa semakin dicemari dengan tindakan Trump ke atas Baitulmaqdis, maka umat Islam ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Trump bersikap biadap dengan membuat pengiktirafan itu. Ia benar-benar luka yang dalam dan sukar sekali untuk sembuh.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/kebimbangan-menanti-masjid-al-aqsa-162355

RUPA SEBENAR MASJID AL AQSA

Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.

Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa!

Pertama. Lihatlah pengalian dibawah Masjid Al-Aqsa…cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat ini untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam.

Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa suatu hari nanti iaitu Qiblat pertama bagi umat Islam sebelum Masjidil Haram.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “DOME OF THE ROCK. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Penulis pun baru tahu selepas dikelirukan oleh media barat.

Ini merupakan cara ZIONIST, sehingga Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak perasan dan tahu kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjid yang sebenarnya.

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?

Dome Of Rock dalam kawasan masjid Al – Aqsa
Keretakan di laman dan di dalam masjidil Al-Aqsa. Masjid “DOME OF THE ROCK” yang dilatar belakang.

Kenapa harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang di kehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S dan rahsia yang tertanam di bawah Masjidil A-Aqsa
• Balik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”.

• Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

• Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja.

• Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.

• Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

• Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

• Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.

• Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan).

Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.

• Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama “Free Mason”. Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia.

Semua dengan satu tujuan iaitu melayani “Allah” Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh “semua melihat” SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

WARNS US AGAINST THE BEING WITH THE “ONE” EYE.

• Kalau tak percaya? Lihatlah bahagian belakang bil Dolar AS – semua melihat satu mata di sana! simbol dimerata-rata. Amerika adalah negara pertama di dunia Masonik. Ada banyak kajian yang menyokong tuntutan ini, bukti mengejutkan, wawancara, adalah “RAHSIA” pengetahuan alam semesta ini yang masyarakatnya yang memiliki tuntutan.

Sebenarnya mengamal ilmu hitam iaitu ritual sihir. Ini adalah “rahsia” mereka selalu berbicara tentang menguasai masa depan anda, mencipta kekayaan dengan meminta alam semesta untuk memberikannya kepada anda rohani, tidak berugama dll. Ini adalah bertentangan dengan Islam di mana iman kita dan kepercayaan kepada Allah SWT untuk tawakal kepadaNya. Itu sebabnya sebahagian orang Islam yang murtad kerana melihat Syaitan dan Iblis merupai Nabi Isa mendatangi mereka dan menolong mereka semasa dalam kecemasan. Dan mereka mempercayai Nabi Isa AS, tetapi sebenarnya kerja-kerja setan!

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan dewa mereka iaitu “Dajjal”.

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?

Apa yang Islam dan Nabi Muhammad SAW memperingati kita tentang kedatangan dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah di mana Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman RasuluLlah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan.” Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.

Jadi di mana kuil asal dari Zionisme?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana.

Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

• Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Mereka perlu dan niat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Dan inilah mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, dan menggambarkan akhir zaman, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa….Allah hu akbar!

MEREKA memuliakan Tuhan MEREKA yang bermata satu! Astaghfirullah!.

Sumber : superkiram.com

Kredit : gedebakviral

Like & Share : viralvaletdotcom

TERBONGKAR!! SEBENARNYA ADA “SESUATU YANG KOTOR” MENDIAMI DAHULU DI TAPAK MASJID KLCC YANG RAMAI TAK TAHU!!

Bagi kalangan rakyat yang masih muda dan lahir-lahir je KLCC dah pun ada, tak ramai tahu apa sebenarnya yang telah bertapak di tapak Masjid KLCC yang sedia ada sekarang. Ikuti perkongsian di bawah ini. Kongsikan jika bermanfaat.

KEGIATAN UTAMA KAWASAN NI SEBELUM ADANYA KLCC

Kawasan Taman Rekreasi KLCC yang ada hari ini dibina serentak dgn pembinaan KL Twin Tower. Tahukah anda apa kegiatan utama dikawasan ini sebelumnya?

Gambar Kelab Lumba Kuda Sebelum Adanya KLCC
Kawasan ini sebelum adanya Taman Rekreasi KLCC adalah Kelab Lumba Kuda Selangor. Kelab untuk org ramai berjudi bertaruh kuda2 pilihan berlumba. Kelab ini adalah kelab kumba kuda utama dalam negara ini.

TUN MAHATHIR ALIH TEMPAT JUDI LUMBA KUDA KE TEMPAT LAIN

Bila Tun M menjadi PM, beliau telah merancangan sesuatu utk kawasan tersebut. Maka, bila sampai masa sesuai Tun M mengalihkan jauh Kelab Lumba Kuda Selangor itu ke pinggir Bandaraya Kuala Kumpur iaitu di kawasan Sg. Besi kawasan majoriti penduduknya bukan Islam.

Tun M mengubah kawasan itu menjadi tempat yg bersih tersusun dan nyaman utk orang ramai beriadah bersama keluarga setiap petang atau pun di hujung minggu.

KINI BERKUMANDANG AZAN 5 WAKTU. SUBHANALLAH

Yang perlu diingati oleh semua orang bahawa Tun M gantikan kawasan tempat orang berjudi dengan sebuah masjid yang digelar Masjid KLCC atau lebih tepat lagi Masjid As-Syakirin.

Kini Ada Masjid Ganti Gelanggang Lumba Kuda

Dulunya bergema sorakan orang memanggil nama kuda-kuda pilihan mereka. Tetapi sekarang berubah suasana dengan gema Azan setiap kali masuknya Solat 5 waktu sehari.

Ditengah2 kawasan elite tumpuan perdagang dan pelancung luar, Azan berkumandang dengan jelas untuk didengari oleh semua yang berada disekitarnya.

Alhamdulillah.. KONGSIKAN @ SHARE ARTIKEL NI.

Sumber: FB Page Mukhriz Mahathir via Azhar Hj Ali via ceritera

[Kisah Seram]Ade benda balik mengikut suami…

Pekerjaan sebagai penjaga atau penggali kubur, menyimpan banyak cerita/kisah yang jarang sekali dikongsikan kepada orang ramai. Persepsi umum tak lain tak bukan, seram, menakutkan dan bermacam-macam lagi yang bermain di fikiran.

Kisah seorang penggali/penjaga kubur muda yang diceritakan oleh Ridhuan ini, boleh tahan juga ‘kesannya’ jika dibaca pada waktu malam. Ditambah pula dengan bunyi serangga di luar rumah, bonus pula jika cuaca hujan, meningkatkan lagi penghayatan membaca cerita ini (apa yang aku merepek ni?)

KALAU bekerja sebagai penjaga kubur atau penggali kubur, orang kata normal bawa balik ‘benda tu’. Pengalaman yang dikongsi oleh seseorang.

Adli (bukan nama sebenar) berumur 30 tahun, menetap di kampung dan bekerja sebagai penggali dan penjaga kubur. Bukan atas terpaksa tetapi katanya warisan dan amaran daripada arwah ayah.

“Kalau takut nak kerja di kubur, kerjalah di tempat lain. Ayah tak paksa, nak. Kau tahu kerja ini tak menjatuhkan maruah pun,” itu kata-kata ayah Adli sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Berbekalkan semangat, Adli menyahut pekerjaan ini. Dia tak nak bagi orang potong line. Biarlah dia galas walaupun banyak lagi pekerjaan di luar sana. Adli tidak pernah mengalami perkara ngeri lagi semasa dia bekerja di tanah kubur di hujung kampung. Alah orang baik Allah jaga. Tetapi kata-kata itu dia tarik balik. Sebab?

Ada satu malam Adli menjaga kawasan kubur selepas mendapat tugasan menggali kubur wakut malam. Orang telefon katanya nak tanam mayat pada waktu malam. Dia pun jalankan tugas. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul. Mungkin kena tipu agaknya.

Adli kata apa salahnya kalau tunggu lama sikit. Mungkin ahli keluarga si mati ada hal yang lebih penting. Dia doakan yang baik-baik saja.

Masa menggali tadi jam 9 malam, sekarang dah hampir tiga jam menunggu, tak sampai-sampai juga. Ketika itu hanya Adli dan kawan baiknya sahaja, Zamrul (bukan nama sebenar). Zamrul kata dia tak boleh tunggu lama sebab ada perkara yang perlu dibuat. Jadi Zamrul pun balik dan tinggalkan Adli seorang diri.

Adli jarang mendapat tugas menggali kubur pada waktu malam. Kebiasaannya pada waktu petang, takpun pada waktu pagi. Hati terasa panas juga. Lubang kubur sudah siap tetapi keluarga si mati tak sampai juga.
“Tanam belakang rumah agaknya,”
Adli bengang sikit. Lama dia menunggu, siapa tak bengang? Nak ambil mood punya pasal, Adli tinggalkan tempat itu dan dia berjalan ke arah belakang. Ada laut, tanah perkuburan tepi laut. Angin malam sejuk ini boleh menghilangkan rasa marah, katanya.

Adli capai lampu minyak tanah yang dibawa bersamanya. Rokok dinyalakan. Angin tepi laut semua orang tahu anginnya agak kuat. Tetapi ada benda pelik yang berlaku pada Adli. Asap rokok yang dihembus itu bergerak perlahan dan asapnya tak berpecah.

Lampu minyak tanah yang dibawa tadi tiba-tiba terpadam sendiri. Berpeluh kejap dahi, rasa tak sedap hati. Adli pun bergerak semula ke tempat tadi. Masa dia berjalan, telinganya terdengar suara orang ramai menjerit-jerit meminta tolong. Ketika itu jam 12 malam, mana mungkin ada sesiapa yang nak buat prank di kawasan kubur?
Adli cuba selawat dan baca surah-surah lazim. Segala bunyi apa semua dia lupakan dan berharap dia tidak diganggu. Niat dia bekerja, bukan nak melakukan perkara yang jahat.
Adli tiba di tempat dia menggali tadi. Memang tiada orang pun yang datang, kena tipu. Adli pun ambil barang-barangnya dan simpan semula di stor yang ada di tanah perkuburan itu. Ambil botol air, letak dalam bakul motosikal dan balik.

Ketika motosikal Adli lalu di bawah pokok besar yang tidak jauh dari tanah perkuburan itu, tiba-tiba bulu tengkuknya meremang, seram sejuk. Bukan dia minta, dah benda itu rasa sendiri.

Tengah elok-elok tunggang motosikal, tiba-tiba terasa berat. Dah nak sampai rumah dalam 30 meter lagi sampai. Tetapi beratnya hanya Tuhan saja yang tahu. Badannya dah bermandi peluh, berhenti sekejap untuk periksa tangki minyak ada banyak mana lagi. Periksa tayar, tapi tak pancit. Benda tersekat pun tak ada. Adli tak fikir yang bukan-bukan, tetapi dia berharap benda itu tidak menganggunya.

Sampai saja di kawasan rumah arwah neneknya (rumah itu dah jadi rumah Adli dan isterinya), dia panggil isteri buka pintu. Diketuk-ketuk pintu, namun tiada yang menyahut.

“Takkan dah tidur?”
Adli pergi ke luar dapur dan menjerit. Nampak isteri dia di bilik air. Semasa isteri dia buka pintu depan, dah macam orang nampak hantu. Belum sempat Adli masuk, dia dah tutup pintu. Terkejut besar Adli dibuatnya. Terketar-ketar suara isterinya dari dalam rumah.

“Bang, awak bawa balik siapa tu??” soal isterinya dari dalam.

Mana tak menangis, memang isteri dia nampak benda itu di atas motosikal suaminya. Adli dah pucat seperti orang hilang sel darah merah. Isteri suruh dia hantar balik benda itu. Tak sanggup nak tengok dengna rambut panjang berserabai, katanya.

Adli dah ketar lutut pada waktu itu, terduduk sekejap di tangga rumah tetapi dia tak nampak apa-apa. Hanya dapat merasa bahang seram sahaja. Semua bulu roma di badannya naik. Nak tak nak, Adli kena patah balik ke tanah perkuburan.

Sepanjang berada di tas motosikal dan menuju semula ke tanah perkuburan, Adli tak berhenti-henti membaca segala surah yang dia tahu. Berat memang berat tetapi sampai juga ke tanah perkuburan.

Bila sampai saja, Adli turun motosikal dan tarik nafas. Selepas itu baca ayat kursi dan ayat-ayat lain. Dia minta benda itu balik semula ke tempat asal dan jangan ganggu dia lagi. Adli tak nampak dan dia tak tahu sama ada benda itu dah pergi atau belum.

Agak lama dia menunggu. Adli hanya dapat tahu benda itu dah pulang ke tempat asalnya apabila pokok di sebelah stor tadi bergoyang-goyang. Dengar suara mengilai-ngilai sahaja. Adli dengar, terus start enjin motosikal dan cabut balik. Basuh yang dah kering, basah semula dek peluh.

Alhamdulillah dia balik tanpa benda itu mengekorinya lagi. Isteri dia pun cuak tadi. Lebih pelik lagi bila Adli check balik panggilan yang dia terima tadi tak ada dalam panggilan terkini. Ah sudah! Siapa pula yang call?

Adli kata, semua benda itu cuma mainan iblis untuk menakutkan manusia. Dia tidak pernah berputus asa bekerja di tanah perkuburan itu. Itu semua dijadikan sebagai penguat semangat. Lumrahlah kena kacau, normal kata Adli.

Moralnya, semangat kena kuat seperti Adli. Yang penting iman di dada perlu penuh. Iman tebal bukan syaitan dan iblis saja yang takut, perangai member yang macam setan pun tak berani nak dekat dengan kau. Hahaha! (Ayat last tu bergurau je).

Sumber : kisahgempakk