Mengapa lelaki suka bermanja dan jadi ‘baby’ bila sakit – Kajian Sains

Pasti ramai para isteri setuju bila kita kata yang lelaki manja ketika sakit. Mereka ala-ala baby besar ketika ini. Mengapa ia terjadi? Sains ada menjelaskan.

Lelaki manja ketika sakit – rasanya, ada ramai para isteri yang bersetuju dengan perkara ini.

Bila lelaki jatuh sakit, mereka secara bertukar menjadi lelaki yang sensitif, suka mengadu, bermanja – ala-ala “baby”. Baby tua? 😛

Yang menariknya, hal ini sangat biasa dilihat sehinggakan di negara Barat, mereka menggelarkan penyakit selesema yang dihidapi oleh orang lelaki sebagai “man flu“.

Lelaki manja ketika sakit dan bila terkena man flu

Ia adalah situasi di mana seorang lelaki terkena demam selesema dan akan memperbesarkan rasa tidak sihat mereka.

Malah, ada satu kajian yang telah dibuat untuk melihat mengapa lelaki manja ketika sakit. Mereka tidak akan melakukan satu kerja pun dan hanya terbaring dan mahu dijaga seeloknya.

Sehinggakan apabila kita menjaga mereka ketika tidak sihat, ia saling tak tumpah seperti menjaga seorang anak kecil.

Seorang saintis dari Kanada, Kyle Sue, dari Memorial University of Newfoundland berkata kajian tentang man flu adalah sesuatu yang peribadi.

Saya penat asyik dituduh sebagai suka membesar-besarkan rasa sakit. Saya pun mencari bukti yang ada untuk menunjukkan yang kaum lelaki memang mengalami simptom lebih teruk berbanding wanita apabila sakit.

1. Lelaki manja ketika sakit kerana tindak balas imun mereka adalah lebih lemah

Dalam laporan kajiannya yang disiarkan dalam BMJ, ia menulis orang lelaki bukanlah memperbesarkan rasa sakit mereka.

Tetapi, mereka sememangnya mempunyai tindak balas imun yang lebih lemah terhadap virus respiratori yang menyebabkan mereka sakit dan demam selesema.

Untuk membuktikan perkara ini, Sue mendapati satu kajian lagi yang membuktikan lelaki memang mempunyai risiko tinggi untuk dimasukkan ke dalam hospital apabila mereka jatuh sakit.

Malah, kadar kematian kerana influenza juga adalah lebih tinggi untuk lelaki berbanding wanita.

2. Lelaki manja ketika sakit kerana badan mereka kurang responsif kepada vaksin berbanding wanita

Lagi satu sebab mengapa lelaki manja ketika sakit adalah disebabkan badan mereka sebenarnya mudah lemah apabila sakit jika dibandingkan dengan kaum wanita.

Kyle Sue turut menemui satu laporan kajian yang menunjukkan bagaimana wanita lebih responsif kepada vaksinasi berbanding orang lelaki.

Malah, dalam kes penyakit respiratori yang serius, mereka lebih mudah terdedah kepada komplikasi dan mempunyai kadar kematian yang tinggi!

Tambah Sue lagi, sikap suka bermanja lelaki ketika sakit juga disumbangkan oleh para doktor yang sering mengambil ringan simptom penyakit yang dialami oleh orang lelaki.

Umpama, tidak cukup kasih sayang – alkisahnya…

3. Lelaki manja ketika sakit kerana ia sebahagian daripada cara survival mereka

Tidak cukup dengan bukti sains daripada segi perubatan, Kyle Sue turut mengorek rahsia di sebalik kemanjaan lelaki ketika mereka tidak sihat.

Dia menerangkan ada banyak kajian yang membuktikan lelaki suka memperbesarkan rasa sakit mereka dan hanya duduk berehat (sambil bermanja) kerana ia adalah satu cara mereka untuk survive daripada pemangsa.

Ia menggalakkan penyimpanan tenaga dan mengurangkan risiko daripada terdedah kepada pemangsa (zaman dulu).

Dengan nada sarkastik, Kyle berkata:

Antara cara penyimpanan tenaga yang paling klasik adalah berbaring di katil, berehat di sofa, meminta bantuan isteri untuk menguruskan diri, dan ini semua membantu mereka mengelakkan diri daripada “pemangsa”.

Hmmm..siapa agaknya pemangsa yang dimaksudkan ketika zaman moden begini? Adakah ia merujuk kepada para isteri?

Lelaki memang suka bermanja apabila tidak sihat

Dengan melihat fakta di atas, bolehlah kita fahami mengapa sebenarnya encik suami kita sangat ala-ala baby apabila mereka sakit.

Sistem badan mereka sememangnya berfungsi dengan cara berbeza, tidak seperti orang perempuan.

Maka ibu sekalian, marilah bertabah dan terus melayan mereka dengan penuh manja apabila mereka tidak sihat.

Moga-moga cepat hilang selesema, kebah demam, dan boleh membantu kita semula dalam segala urusan rumah tangga dan anak-anak.

Kalau kita mahu encik abang kita segera sembuh, kita juga boleh ikut saranan saintis ini, Kyle Sue.

“Mungkin, inilah masanya untuk kita mencipta sebuah ruang yang lengkap dengan TV besar dan kerusi sofa empuk yang boleh dibaringkan yang boleh menjadi tempat khas untuk kaum lelaki menjalani proses pemulihan dalam keadaan selamat dan selesa.”

Sumber : BMJ.com

Kredit : The Asian Parents Malaysia

Like & Share : viralvaletdotcom

 

Niat si gelandangan bantu gadis isi minyak sebanyak RM81, ganjaran dapat semula RM1.6 juta

Ini ialah Kate McClure. Kate pernah dibantu oleh seorang gelandangan yang membelanjakan wang terakhirnya berjumlah 20 dolar untuk membeli minyak petrol buat Kate.

Ketika itu, Kate sedang dalam perjalanan ke Philadelphia apabila lampu isyarat tangki minyaknya mula menyala. Dia cuba untuk pergi sejauh mungkin namun akhirnya keretanya mati di tengah jalan. Kate panik kerana tidak membawa wang langsung bersamanya.

Setelah keretanya terhenti, Kate turun untuk mencari stesen minyak terdekat. Ketika itulah Johnny datang untuk menghulurkan bantuan. Johnny menyuruh Kate masuk semula ke dalam kereta dan mengunci pintu. Dia kemudian bergegas menghilangkan diri sebelum kembali bersama sebekas petrol. Kate mendapat tahu yang Johnny telah membelanjakan wang 20 dolar terakhirnya untuk membeli minyak tersebut.

Selepas kejadian itu, Kate mesti singgah berhenti untuk berjumpa dan berbual dengan Johnny setiap kali melalui jalan tersebut. Selain itu, Kate telah membayar semula wang 20 dolar itu dan memberikan jaket, sarung tangan dan stokin kepadanya untuk memanaskan badan. Namun, Kate masih berasa pemberiannya itu belum cukup untuk membalas kebaikan dan jasa Johnny.

Kate mendapat idea dan memulakan satu program pengumpulan dana daripada orang ramai untuk membantu Johnny.

Pada mulanya Kate hanya mahu mengumpulkan 10,000 dolar sahaja untuk dihadiahkan kepada Johnny untuk memulakan hidup baru, membayar sewa rumah dan sebagainya. Namun, kisah kemuliaan hati Johnny telah menyentuh perasaan ramai orang sehingga menyebabkan wang terkumpul (ketika artikel ini ditulis) mencecah hampir $400 ribu dalam masa 24 hari sahaja.

etiap perkara yang anda lakukan mesti akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada orang lain dan juga sekalian alam. Jadi, buatlah lebih banyak kebaikan dan sentiasalah membantu mereka yang memerlukan.

Dan jangan sesekali memandang hina pada orang gelandangan. Mungkin hati mereka lebih suci murni daripada kita semua yang berasa ‘sempurna’ ini.

Sumber : GoFundMe

Kredit : kakisantai.com

Like & Share : viralvaletdotcom