Kawan Aku Baru Bercerai.. Sejak Dari Itu Dia Rajin Datang Ke Rumah Aku.. Suami Aku Tidak Kisah, Sehingga Pada Satu Hari Mereka Kantoi!

Assalamualaikum admin, sy nak meluah dan kongsi cerita.

Sy berumur 32 tahun, sy ada kawan yg rapat sgt mcm keluarga sy sndiri sejak dari darjah 6 sehinggalah kami berkahwin masing2.

Tp hubungan dia dgn suami dia cuma bertahan 2 tahun retak sbb ada org ketiga, Jadi suami dia ceraikan dia. Masa dia sedih dan hampir nak bunuh diri sy yg temankan dia sy yg sllu dsisi dia.

Dia sllu dtg kerumah, dah kebiasaan dia sllu dtg kerumah dan kami layan drama sama2 bergurau, masak sama2. Sbb dia sj kawan yg sy ada dan percaya. Tapi pada malam tu, dia ckp dia nak tidur d rumah sy, Sy pn iyakan sj.

Tp lama kelamaan mcm hari2 dah dia tdur d rumah sy, sy tk tpikir benda lain sbb sy cuma bpikiran positif ke dia. Yelah kan sahabat rapat.

Lepas tu minggu berganti minggu, kawan sy sprti biasa suka lepak d rumah dan gosip2 dgn sy, Oh ya kawan sy ni kira dr keluarga senang sbb tu kerja asik melepak kat rumah sy. Sllunya sebelum suami sy pulang dia balik dah, tp haritu tak.

Dia ajak sy masak dan biar laki sy jd judge, sy pn ya kan sj anggap mcm game. Kami masak, suami pn rasala masakan kami masing2, sllunya sy tk ambik hati pn suami sy bgurau dgn dia. Tp sejak dia puji masakan kawan sy dan kritik masakan sy. Sy terasa dan sedih.

Sejak tu sy mood down dan rasakan sesuatu yg pelik, senyuman kawan sy bkn main smpi telinga.

Dan bnyk lg benda yg buat sy syak tentang dorg. Pernah pulak kantoi di mesej, ber syg2. Last skli sy suruh suami mengaku dan dia,

Akhirnya dorg mengaku dan pernh checkin di hotel. Sakit hati tu jgn ckpla mcm sy pla yg nk bunuh diri, kawan sndiri tipu dan suami sggup. selama setahun sy ditipu.

Akhirnya sbb sy sygkan kawan dan suami sy, sy sggup dimadukan. sbnrnya sy tk mahu tp kalaupn dorg berjauhan pastinya si suami akan mencari cara tuk dorg berjumpa.

Bermulalah rutin seharian kami sebagai madu. Pahit manis sy telan kan sj, Game kami sllu masak memasak suami jd judge bila pulang rumah, Cemburu sy mmbuak2, masa harijadi sy suami sy tkda pn buat surprise. Tp masa harijadi madu sy siap dihantarkan bunga besar beserta coklat sungguh sy sedih.

Hari demi hari, suami sy sllu melebihkan madu sy. Dan sy pla hari2 disirami dgn air mta dan cemburu, Sy sungguh bodoh kerana menerima dia sebagai madu. Sungguhpn sy sakit hati, sy tdk sggup memarahi madu sy. Dia jga tdk prnh marah2 kn sy.

Bila sy menangis, cemburu sy tringatkan kisah2 kami sejak dr bangku sekolah. Dan sy marah dgn diri sndiri sbb tk reti nak suarakan sakit hati sy

Akhir sekali, madu sy mengandung duluan dr sy, masa dia mgandung dia sensitif. Hari2 suami marahkan sy ada sj tk kena. Skrg kandungan dia dah 8bulan. Smpi sy tak tahan dan ter melawan dgn dia. Kata2 paling menyakitkan hati sy ” DIA TU TGH MENGANDUNGKAN ANK AKU, KO APA ADA?? RAHIM ADA TP TAK BERISI” ko bersiap skrg aku hntr ke ruma orgtua ko balik.

Allahu sy sungguh terkilan, anehnya sy tdk sakit hati sgt bagai nak bunuh diri sprti masa sy tahu mereka curang d blkg sy dulu.

Suami nyatakan hasrat dia ke orgtua sy yg dia ingin lepaskan sy. Sy kuatkan diri sy untuk tdk menangis dpn dia, dia pesan terakhir pada mlm tu “kita tengok smpi bila ko tahan membatu”.

Sebulan berlalu, sy tk sehat baru2 ni. Bila cek rupanya sy mgandung 3bulan. Selama sbln ni jgak masa slps suami sy ceraikan sy, asik hntr mesej, smua sy tk balas. Smpi mesej mengamuk2 sndiri, si madu jga sama. Smpila dorg dtg jenguk sy kat kg ni. Sy jalan jauh2 sy tk nak tgok muka dorg bdua. Orgtua sy bgtau yg sy mgandung, berabis mereka bdua cari sy trutama suami sy, kol tk berenti.

Dia ckp dia nak berbaik, tp sy sda bpikir seribu kali, sy tk nak balik dgn dia, sbb asyik sy yg menelan pahit, cemburu,sakit hati. Sy memilih tuk bersendiri, sy mengundur diri. Doakan sy yg baik2 dan kandungan sy. terima kasih baca luahan sy

Tuk ex madu sy dilla, you win! terima kasih hadir dlm hidup sy sbgi kawan dan pencundang, ko makanla suami tu hidup2 sorang2.

Tuk ex suami selamat tinggal, sy bukan punching bag kau lagi.

Kredit : kuasaviral

Like & Share : viralvaletdotcom

Ini Kisah Nabi Sulaiman A.S dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Pada 2005, saya pernah menulis tentang luka dalam yang dihiris semula apabila Mufti Al-Aqsa, Sheikh Ikarama Sabri mendedahkan bahawa masjid yang dimuliakan Allah S.W.T, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis mengalami kesan retak yang serius akibat kegiatan mengorek lubang di bawahnya oleh kumpulan Yahudi.

Ketika itu, Ikarama dipetik sebagai berkata oleh televisyen Al-Jazeera, keretakan paling jelas kelihatan pada tembok penanda garisan sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak diceroboh rejim Zionis.

Banyak pemimpin negara Islam memberi reaksi segera kepada pendedahan Ikarama itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) ketika itu, sedih dengan perkembangan berkenaan dan pada masa sama berharap Israel lebih sensitif dalam menjaga hati umat Islam.

Pada Julai tahun ini, Sheikh Ikarama cedera ditembak Zionis Israel ketika sedang bersolat.

Luka umat Islam lebih-lebih lagi Palestin yang tidak pernah sembuh itu terus bertambah pedih dengan insiden itu.

“Yahudi dan Zionis dengan rakus enggan mempedulikan perasaan Palestin tetapi meneruskan kerja-kerja mengorek bawah tanah Masjid Al-Aqsa atas alasan kononnya mahu mencari bukti kewujudan Haykal iaitu kuil Yahudi zaman lampau.

Menyusuli tindakan itu, mereka menjadikan Imam Masjid Al-Aqsa sebagai sasaran,’’ kata rakan kuliah saya Hasan, seorang warga Palestin, ketika kami sama-sama bersembang mengenai nasib Palestin.

Selepas apa yang menimpa Sheikh Ikarama, umat Islam tidak boleh lagi bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.

Itulah kenangan pahit yang menimpa umat Islam.

Kepahitan itu lebih parah apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis waktu Malaysia mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Kenyataan kontroversi Trump mengenai Baitulmaqdis itu satu hal, tetapi hal yang lebih membimbangkan ialah nasib Masjid Al-Aqsa, letaknya di Baitulmaqdis.

Perlu diingatkan Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar kepada Kaabah atas perintah Allah s.w.t.

Masjid Al-Aqsa juga masjid yang dimuliakan Allah selain Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

“Episod sedih yang menimpa umat Islam berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa sebenarnya berlaku lebih awal daripada itu.

Selepas sahaja Yahudi menduduki Quds Timur, mereka bertindak memusnahkan kawasan di sebelah barat yang bertentangan dengan tembok Masjid Al-Aqsa (Tembok Buraq atau Yahudi memanggilnya sebagai Tembok Ratapan). Ia merupakan satu kawasan yang mengandungi 135 buah rumah dan dua masjid,’’ tulis Dr Maszlee Malik dalam bukunya “Al-Aqsa Dalam Bahaya” diterbitkan pada tahun 2006.

Saya segarkan ingatan tentang pertemuan dengan Dr Maszlee selepas itu membincangkan mengenai bukunya _ juga mengenai Al-Aqsa, “Al-Aqsa di Ambang Kehancuran (2010)”, beliau berkata mereka meratakan tanah di situ supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan Yahudi untuk melakukan ibadat sekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam.

“Yahudi mula berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya. “Mereka menumpukan kawasan di sebelah barat dan selatan masjid untuk mencari sebarang bukti menyokong kewujudan Haykal. Tetapi sebaliknya mereka mendapati kesan peninggalan Islam yang jelas membuktikan kewujudan identiti Islam di situ. Mereka musnahkan bukti menyokong Islam tetapi meneruskan kerja-kerja keji itu,’’ kata Dr Maszlee lagi.

Saya juga membaca buku tulisan seorang warga Palestin, yang pernah menjadi Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Mohsen M. Salleh, Palestine Issue – Background and Chronology Until 2000.

Bahawa dalam buku itu beliau menulis, sejak tahun 1967 lagi proses mengorek telah melalui lebih 10 peringkat yang dilakukan secara aktif tetapi berhati-hati dan tertutup.

“Mereka membina beberapa terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Kerja ini berdepan dengan ancaman bahaya sewaktu proses mengeluarkan tanah-tanah dan batu-bata di bawah Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah,” katanya.

Situasi ini jelasnya, meletakkan Masjid Al-Aqsa di dalam keadaan bahaya.

Bukan itu sahaja, terdapat ratusan pencerobohan berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa di antara tempoh 1967 hingga sekarang.

“Kalau kita masih ingat pencerobohan paling keji ialah operasi membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan tindakan untuk meledakkan Masjid al-Aqsa berlaku awal Mei 1980 dan pada bulan Januari, Ogos dan Disember 1984. “Pada 17 Oktober 1989, sekelompok Yahudi telah meletakkan batu asas untuk pembinaan Haykal Yahudi ketiga berhampiran dengan pintu masuk Masjid Al-Aqsa,” katanya cuba mengimbau semula secara panjang lebar luka dalam umat Islam berkaitan Masjid Al-Aqsa itu, sebelum cuba mengaitkannya pula dengan apa yang berlaku sekarang, termasuk pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Dalam jawapan emel kepada saya mengenai soalan apa yang bakal berlaku kepada Masjid Al-Aqsa selepas Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel, beliau berkata, ia hari paling malang untuk umat Islam secara keseluruhannya kerana akan dijajah Zionis.

Menurutnya, sekalipun Masjid Al-Aqsa mengalami episod sedih yang tidak berkesudahan, orang Islam di Quds dan Palestin sentiasa menjaga dan memeliharanya sekalipun mereka mengalami penderitaan di bawah penjajah.

Mereka sanggup menggadai nyawa dengan hanya bersenjatakan batu demi mempertahankan kehormatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Ia ada asasnya apabila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ada memberi amaran supaya siap sedia dengan Intifada ketiga beberapa jam selepas Trump umum mengenai pendirian Washington mengenai Baitulmaqdis.

“Sebarang cubaan Yahudi untuk menceroboh pasti mendapat tindak balas daripada orang Islam yang menentang mereka hingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai demi mempertahankan hak dan Intifada Ketiga itu adalah permulaannya,’’ katanya.

Hal yang berkaitan dengan Baitulmaqdis dan nasib Masjid Al-Aqsa ini sebenarnya menggemparkan umat Islam seluruh dunia.

Namun di sebalik itu kita bimbang sebagai umat Islam kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Nasibnya itu kini dalam keadaan membimbangkan apabila berada di bawah kawalan Israel ketika mana Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya.

Isu Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa adalah isu Palestin dan umat Islam. Dan Masjid Al-Aqsa merupakan isu sejagat yang sebenarnya mampu menyatukan orang Islam terutama dalam menghadapi permusuhan mereka dengan Zionis.

Penentangan status Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel dan pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada terus menjadi mangsa Zionis adalah demi manfaat umat Islam secara keseluruhannya.

Makna Masjid Al-Aqsa itu ialah “masjid yang jauh” tetapi kita tidak mahu ia semakin jauh daripada hati umat Islam walaupun ia diingat setiap tahun dalam peristiwa Israk-Mikraj. Dalam peristiwa yang bersejarah itu, Nabi Muhammad diangkat ke langit dari masjid tersebut.

Kesucian Masjid Al-Aqsa semakin dicemari dengan tindakan Trump ke atas Baitulmaqdis, maka umat Islam ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Trump bersikap biadap dengan membuat pengiktirafan itu. Ia benar-benar luka yang dalam dan sukar sekali untuk sembuh.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/kebimbangan-menanti-masjid-al-aqsa-162355

RUPA SEBENAR MASJID AL AQSA

Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.

Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa!

Pertama. Lihatlah pengalian dibawah Masjid Al-Aqsa…cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat ini untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam.

Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa suatu hari nanti iaitu Qiblat pertama bagi umat Islam sebelum Masjidil Haram.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “DOME OF THE ROCK. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Penulis pun baru tahu selepas dikelirukan oleh media barat.

Ini merupakan cara ZIONIST, sehingga Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak perasan dan tahu kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjid yang sebenarnya.

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?

Dome Of Rock dalam kawasan masjid Al – Aqsa
Keretakan di laman dan di dalam masjidil Al-Aqsa. Masjid “DOME OF THE ROCK” yang dilatar belakang.

Kenapa harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang di kehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S dan rahsia yang tertanam di bawah Masjidil A-Aqsa
• Balik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”.

• Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

• Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja.

• Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.

• Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

• Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

• Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.

• Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan).

Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.

• Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama “Free Mason”. Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia.

Semua dengan satu tujuan iaitu melayani “Allah” Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh “semua melihat” SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

WARNS US AGAINST THE BEING WITH THE “ONE” EYE.

• Kalau tak percaya? Lihatlah bahagian belakang bil Dolar AS – semua melihat satu mata di sana! simbol dimerata-rata. Amerika adalah negara pertama di dunia Masonik. Ada banyak kajian yang menyokong tuntutan ini, bukti mengejutkan, wawancara, adalah “RAHSIA” pengetahuan alam semesta ini yang masyarakatnya yang memiliki tuntutan.

Sebenarnya mengamal ilmu hitam iaitu ritual sihir. Ini adalah “rahsia” mereka selalu berbicara tentang menguasai masa depan anda, mencipta kekayaan dengan meminta alam semesta untuk memberikannya kepada anda rohani, tidak berugama dll. Ini adalah bertentangan dengan Islam di mana iman kita dan kepercayaan kepada Allah SWT untuk tawakal kepadaNya. Itu sebabnya sebahagian orang Islam yang murtad kerana melihat Syaitan dan Iblis merupai Nabi Isa mendatangi mereka dan menolong mereka semasa dalam kecemasan. Dan mereka mempercayai Nabi Isa AS, tetapi sebenarnya kerja-kerja setan!

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan dewa mereka iaitu “Dajjal”.

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?

Apa yang Islam dan Nabi Muhammad SAW memperingati kita tentang kedatangan dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah di mana Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman RasuluLlah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan.” Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.

Jadi di mana kuil asal dari Zionisme?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana.

Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

• Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Mereka perlu dan niat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Dan inilah mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, dan menggambarkan akhir zaman, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa….Allah hu akbar!

MEREKA memuliakan Tuhan MEREKA yang bermata satu! Astaghfirullah!.

Sumber : superkiram.com

Kredit : gedebakviral

Like & Share : viralvaletdotcom

TERBONGKAR!! SEBENARNYA ADA “SESUATU YANG KOTOR” MENDIAMI DAHULU DI TAPAK MASJID KLCC YANG RAMAI TAK TAHU!!

Bagi kalangan rakyat yang masih muda dan lahir-lahir je KLCC dah pun ada, tak ramai tahu apa sebenarnya yang telah bertapak di tapak Masjid KLCC yang sedia ada sekarang. Ikuti perkongsian di bawah ini. Kongsikan jika bermanfaat.

KEGIATAN UTAMA KAWASAN NI SEBELUM ADANYA KLCC

Kawasan Taman Rekreasi KLCC yang ada hari ini dibina serentak dgn pembinaan KL Twin Tower. Tahukah anda apa kegiatan utama dikawasan ini sebelumnya?

Gambar Kelab Lumba Kuda Sebelum Adanya KLCC
Kawasan ini sebelum adanya Taman Rekreasi KLCC adalah Kelab Lumba Kuda Selangor. Kelab untuk org ramai berjudi bertaruh kuda2 pilihan berlumba. Kelab ini adalah kelab kumba kuda utama dalam negara ini.

TUN MAHATHIR ALIH TEMPAT JUDI LUMBA KUDA KE TEMPAT LAIN

Bila Tun M menjadi PM, beliau telah merancangan sesuatu utk kawasan tersebut. Maka, bila sampai masa sesuai Tun M mengalihkan jauh Kelab Lumba Kuda Selangor itu ke pinggir Bandaraya Kuala Kumpur iaitu di kawasan Sg. Besi kawasan majoriti penduduknya bukan Islam.

Tun M mengubah kawasan itu menjadi tempat yg bersih tersusun dan nyaman utk orang ramai beriadah bersama keluarga setiap petang atau pun di hujung minggu.

KINI BERKUMANDANG AZAN 5 WAKTU. SUBHANALLAH

Yang perlu diingati oleh semua orang bahawa Tun M gantikan kawasan tempat orang berjudi dengan sebuah masjid yang digelar Masjid KLCC atau lebih tepat lagi Masjid As-Syakirin.

Kini Ada Masjid Ganti Gelanggang Lumba Kuda

Dulunya bergema sorakan orang memanggil nama kuda-kuda pilihan mereka. Tetapi sekarang berubah suasana dengan gema Azan setiap kali masuknya Solat 5 waktu sehari.

Ditengah2 kawasan elite tumpuan perdagang dan pelancung luar, Azan berkumandang dengan jelas untuk didengari oleh semua yang berada disekitarnya.

Alhamdulillah.. KONGSIKAN @ SHARE ARTIKEL NI.

Sumber: FB Page Mukhriz Mahathir via Azhar Hj Ali via ceritera

[Kisah Seram]Ade benda balik mengikut suami…

Pekerjaan sebagai penjaga atau penggali kubur, menyimpan banyak cerita/kisah yang jarang sekali dikongsikan kepada orang ramai. Persepsi umum tak lain tak bukan, seram, menakutkan dan bermacam-macam lagi yang bermain di fikiran.

Kisah seorang penggali/penjaga kubur muda yang diceritakan oleh Ridhuan ini, boleh tahan juga ‘kesannya’ jika dibaca pada waktu malam. Ditambah pula dengan bunyi serangga di luar rumah, bonus pula jika cuaca hujan, meningkatkan lagi penghayatan membaca cerita ini (apa yang aku merepek ni?)

KALAU bekerja sebagai penjaga kubur atau penggali kubur, orang kata normal bawa balik ‘benda tu’. Pengalaman yang dikongsi oleh seseorang.

Adli (bukan nama sebenar) berumur 30 tahun, menetap di kampung dan bekerja sebagai penggali dan penjaga kubur. Bukan atas terpaksa tetapi katanya warisan dan amaran daripada arwah ayah.

“Kalau takut nak kerja di kubur, kerjalah di tempat lain. Ayah tak paksa, nak. Kau tahu kerja ini tak menjatuhkan maruah pun,” itu kata-kata ayah Adli sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Berbekalkan semangat, Adli menyahut pekerjaan ini. Dia tak nak bagi orang potong line. Biarlah dia galas walaupun banyak lagi pekerjaan di luar sana. Adli tidak pernah mengalami perkara ngeri lagi semasa dia bekerja di tanah kubur di hujung kampung. Alah orang baik Allah jaga. Tetapi kata-kata itu dia tarik balik. Sebab?

Ada satu malam Adli menjaga kawasan kubur selepas mendapat tugasan menggali kubur wakut malam. Orang telefon katanya nak tanam mayat pada waktu malam. Dia pun jalankan tugas. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul. Mungkin kena tipu agaknya.

Adli kata apa salahnya kalau tunggu lama sikit. Mungkin ahli keluarga si mati ada hal yang lebih penting. Dia doakan yang baik-baik saja.

Masa menggali tadi jam 9 malam, sekarang dah hampir tiga jam menunggu, tak sampai-sampai juga. Ketika itu hanya Adli dan kawan baiknya sahaja, Zamrul (bukan nama sebenar). Zamrul kata dia tak boleh tunggu lama sebab ada perkara yang perlu dibuat. Jadi Zamrul pun balik dan tinggalkan Adli seorang diri.

Adli jarang mendapat tugas menggali kubur pada waktu malam. Kebiasaannya pada waktu petang, takpun pada waktu pagi. Hati terasa panas juga. Lubang kubur sudah siap tetapi keluarga si mati tak sampai juga.
“Tanam belakang rumah agaknya,”
Adli bengang sikit. Lama dia menunggu, siapa tak bengang? Nak ambil mood punya pasal, Adli tinggalkan tempat itu dan dia berjalan ke arah belakang. Ada laut, tanah perkuburan tepi laut. Angin malam sejuk ini boleh menghilangkan rasa marah, katanya.

Adli capai lampu minyak tanah yang dibawa bersamanya. Rokok dinyalakan. Angin tepi laut semua orang tahu anginnya agak kuat. Tetapi ada benda pelik yang berlaku pada Adli. Asap rokok yang dihembus itu bergerak perlahan dan asapnya tak berpecah.

Lampu minyak tanah yang dibawa tadi tiba-tiba terpadam sendiri. Berpeluh kejap dahi, rasa tak sedap hati. Adli pun bergerak semula ke tempat tadi. Masa dia berjalan, telinganya terdengar suara orang ramai menjerit-jerit meminta tolong. Ketika itu jam 12 malam, mana mungkin ada sesiapa yang nak buat prank di kawasan kubur?
Adli cuba selawat dan baca surah-surah lazim. Segala bunyi apa semua dia lupakan dan berharap dia tidak diganggu. Niat dia bekerja, bukan nak melakukan perkara yang jahat.
Adli tiba di tempat dia menggali tadi. Memang tiada orang pun yang datang, kena tipu. Adli pun ambil barang-barangnya dan simpan semula di stor yang ada di tanah perkuburan itu. Ambil botol air, letak dalam bakul motosikal dan balik.

Ketika motosikal Adli lalu di bawah pokok besar yang tidak jauh dari tanah perkuburan itu, tiba-tiba bulu tengkuknya meremang, seram sejuk. Bukan dia minta, dah benda itu rasa sendiri.

Tengah elok-elok tunggang motosikal, tiba-tiba terasa berat. Dah nak sampai rumah dalam 30 meter lagi sampai. Tetapi beratnya hanya Tuhan saja yang tahu. Badannya dah bermandi peluh, berhenti sekejap untuk periksa tangki minyak ada banyak mana lagi. Periksa tayar, tapi tak pancit. Benda tersekat pun tak ada. Adli tak fikir yang bukan-bukan, tetapi dia berharap benda itu tidak menganggunya.

Sampai saja di kawasan rumah arwah neneknya (rumah itu dah jadi rumah Adli dan isterinya), dia panggil isteri buka pintu. Diketuk-ketuk pintu, namun tiada yang menyahut.

“Takkan dah tidur?”
Adli pergi ke luar dapur dan menjerit. Nampak isteri dia di bilik air. Semasa isteri dia buka pintu depan, dah macam orang nampak hantu. Belum sempat Adli masuk, dia dah tutup pintu. Terkejut besar Adli dibuatnya. Terketar-ketar suara isterinya dari dalam rumah.

“Bang, awak bawa balik siapa tu??” soal isterinya dari dalam.

Mana tak menangis, memang isteri dia nampak benda itu di atas motosikal suaminya. Adli dah pucat seperti orang hilang sel darah merah. Isteri suruh dia hantar balik benda itu. Tak sanggup nak tengok dengna rambut panjang berserabai, katanya.

Adli dah ketar lutut pada waktu itu, terduduk sekejap di tangga rumah tetapi dia tak nampak apa-apa. Hanya dapat merasa bahang seram sahaja. Semua bulu roma di badannya naik. Nak tak nak, Adli kena patah balik ke tanah perkuburan.

Sepanjang berada di tas motosikal dan menuju semula ke tanah perkuburan, Adli tak berhenti-henti membaca segala surah yang dia tahu. Berat memang berat tetapi sampai juga ke tanah perkuburan.

Bila sampai saja, Adli turun motosikal dan tarik nafas. Selepas itu baca ayat kursi dan ayat-ayat lain. Dia minta benda itu balik semula ke tempat asal dan jangan ganggu dia lagi. Adli tak nampak dan dia tak tahu sama ada benda itu dah pergi atau belum.

Agak lama dia menunggu. Adli hanya dapat tahu benda itu dah pulang ke tempat asalnya apabila pokok di sebelah stor tadi bergoyang-goyang. Dengar suara mengilai-ngilai sahaja. Adli dengar, terus start enjin motosikal dan cabut balik. Basuh yang dah kering, basah semula dek peluh.

Alhamdulillah dia balik tanpa benda itu mengekorinya lagi. Isteri dia pun cuak tadi. Lebih pelik lagi bila Adli check balik panggilan yang dia terima tadi tak ada dalam panggilan terkini. Ah sudah! Siapa pula yang call?

Adli kata, semua benda itu cuma mainan iblis untuk menakutkan manusia. Dia tidak pernah berputus asa bekerja di tanah perkuburan itu. Itu semua dijadikan sebagai penguat semangat. Lumrahlah kena kacau, normal kata Adli.

Moralnya, semangat kena kuat seperti Adli. Yang penting iman di dada perlu penuh. Iman tebal bukan syaitan dan iblis saja yang takut, perangai member yang macam setan pun tak berani nak dekat dengan kau. Hahaha! (Ayat last tu bergurau je).

Sumber : kisahgempakk

Seram!!! terserempak hantu tentera jepun diladang sawit.

Zul Razali dari Kota Tinggi, Johor ingin berkongsi cerita. Lebih 10 tahun lalu, kata Zul, dia bekerja di sebuah kilang kelapa sawit. Masalahnya, jarak antara rumahnya ke kilang berkenaan lebih 40 kilometer menggunakan jalan besar. Tetapi kalau menggunakan jalan pintas melalui kebun kelapa sawit penduduk sekitar, jaraknya 20 kilometer sahaja. “Saya pilih untuk guna jalan pintas. Hari pertama, saya ikut kawan saya, Amzan. Dia dah dua tahun kerja di kilang itu. Kami keluar pukul 5.30 pagi supaya dapat sampai ke kilang sekitar pukul 6.15 pagi. Sempatlah sarapan dan pergi tandas. Pukul 7.00 pagi, kami mula kerja.

“Masalah timbul bila esoknya Amzan kena kerja shift malam dan saya perlu pergi seorang diri. Pukul 5.30 pagi esoknya saya keluar dengan motor kapcai buruk. Beberapa kilometer di dalam kebun sawit, saya sampai di sebuah simpang empat. “Alamak… saya mula keliru, simpang mana hendak diambil. Dipendekkan cerita, disebabkan lupa, suasana yang masih gelap dan panik, saya tersesat. “Saya berhentikan motor dan menggaru kepala. Ketika itulah saya nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Saya terus kejar. “Semakin dekat, saya nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Saya ikut sebelah pak cik itu, beri salam dan beritahu yang saya sedang mencari arah jalan.

“Lelaki itu berhentikan basikalnya dan perlahan-lahan menoleh ke arah saya. Ya-Allah! Waktu itu saya rasa macam nak terkencing sebab mukanya kosong! Kepalanya tidak ada. Yang ada hanya topi saja! “Saya terus pecut motosikal. Tapi disebabkan terlalu takut, saya terbabas. Waktu hendak mengangkat motosikal, lelaki itu melintas sekali lagi di sebelah saya dan menolehkan ‘kepalanya’.

Memang betul, mukanya kosong. Bukan itu saja, di pinggangnya bukanlah parang, tapi pedang. Basikalnya bergerak, tapi saya tak nampak kakinya mengayuh pedal. Basikalnya juga tidak berlampu. “Saya angkat motosikal dan terus berpatah balik. Pagi itu saya terpaksa tunggu di tepi jalan sampailah hari siang. Pukul 9.00 pagi barulah saya sampai ke kilang. “Saya terus ceritakan pada kawan-kawan apa yang berlaku.Ceh, rupa-rupanya sebelum itu dah beberapa orang pernah mengalami kejadian serupa.”

Fakta menarik 1: Hantu Jepun dianggap spesies hantu baru dalam masyarakat Melayu. Ini kerana, hantu Jepun hanya wujud selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, semasa Perang Dunia Kedua. Ia digambarkan sebagai berpakaian seragam tentera, membawa senapang atau pedang samurai dan tanpa kepala atau kaki. Hantu ini dikatakan mendiami bangunan pejabat, asrama, hospital dan kawasan lapang. Hantu ini sering dilihat berkawad pada waktu malam dan bunyi tapak kasut dapat didengari dengan jelas. Kemunculan entiti-entiti ini dikatakan masih berlaku sehingga sekarang.

Fakta menarik 2: Kisah hantu Jepun juga dilaporkan berlaku di negara-negara lain yang pernah ditaklukinya dahulu. Antaranya ialah di Singapura.

Fakta menarik 3: Beberapa tahun lalu seorang sami Buddha di Taiwan telah membuat replika enam buah kapal untuk menghantar roh 300 orang tentera Jepun pulang ke tanah air mereka! Menurut media massa negara berkenaan, tindakan itu dilakukan oleh kuil Ling Sheng Tang, Tongkang Town, selatan Taiwan, selepas seorang sami bermimpi didatangi roh jeneral tentera Jepun. Dalam mimpi itu, jeneral berkenaan memberitahu betapa mereka amat rindukan kampung halaman, tetapi tidak dapat pulang kerana tidak mempunyai kapal. Jeneral itu menceritakan, dia dan 300 orang lagi anggota tenteranya telah terbunuh selepas dibom oleh kapal perang Amerika Syarikat. Mayat mereka dibakar, tetapi abunya tidak dikebumikan dengan cara yang sempurna. Sami tersebut yakin mimpinya itu adalah betul. Ini kerana, penduduk sekitar sering melihat jelmaan tentera Jepun di sekitar tempat pengebumian tersebut. Oleh itu, sami berkenaan telah membuat replika enam buah kapal, kemudian dilayarkan ke laut berhampiran.

Kredit: AlamCyber2020 via katakpisang.com & kuasaviral.com

 

Suami Tidak Tahu Isteri Tukang Urut “Batin Lelaki”

Suami Tidak Tahu Isteri Tukang Urut Batin Lelaki

(Gambar Hanya Sekadar Hiasan)

KUALA LUMPUR: Dia cukup dikenali di kalangan artis lelaki tempatan termasuk pelakon dan penyanyi daripada program realiti serta golongan korporat kerana kepakarannya memulihkan masalah lemah tenaga batin.

Lia menerima panggilan telefon daripada pelanggan lelaki yang mahukan perkhidmatan urutan batin.

Tidak hairanlah wanita tukang urut ini mendakwa pernah melakukan urutan batin terhadap lebih 1,000 pelanggan lelaki yang kemaruk teknik urutan istimewa ditawarkannya.

Wanita ini bukan calang-calang tukang urut kerana mendakwa mempunyai kepakaran khusus bagi menambah kekuatan syahwat lelaki berikutan ilmu dipelajari melalui beberapa `guru’ berpengalaman.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lia, 43, mendakwa langsung tidak berasa jijik terhadap kerja dilakukan dengan alasan tugasnya hanya untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin.

Lebih mengejutkan, apabila suaminya yang bekerja di sebuah badan berkanun langsung tidak mengetahui aktiviti dilakukan kerana menyangka wanita terbabit sekadar bekerja sebagai bidan serta tukang urut wanita baru bersalin.

Lia berkata, kerjayanya sebagai tukang urut bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas diajak bekerja oleh rakannya di sebuah pusat urutan di Pandan Jaya, Ampang.

Menurutnya, dia yang ketika itu masih muda dan naif tertarik dengan pekerjaan itu selepas ditawarkan pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

“Saya mulanya menyangka ia sekadar urutan tradisional biasa, namun terkejut apabila pemilik pusat urutan tradisional terbabit memberitahu saya perlu melakukan urutan batin bagi mendapatkan lebih komisen.

“Walaupun kekok dan malu, selepas diajar serta diberikan `kelas’ bimbingan oleh beberapa pekerja senior, saya mulai biasa dengan tugas itu,” katanya selepas dipujuk wartawan menceritakan pengalaman kerjayanya.

Menurutnya, bagi setiap bayaran urutan batin dilakukan, pelanggan membayar tambahan RM50 selain kos urutan RM60.

“Daripada bayaran RM50 bagi urutan batin, saya menerima komisen RM20 manakala baki RM30 lagi diambil tauke.

“Ada kalanya ada pelanggan lelaki datang bukan untuk mengurut badan, namun semata-mata untuk merasai urutan batin hingga sanggup membayar sekali ganda harga perkhidmatan ditetapkan,” katanya.

Namun, selepas bekerja selama lima tahun, dia berasakan kerjayanya seolah-olah dikongkong, apatah lagi dengan gaji yang masih di takuk lama selain keuntungan diperoleh hasil komisen `dirembat’ tauke.

“Atas nasihat rakan saya berpindah dari satu rumah urut ke rumah urut lain sebelum akhirnya mengambil keputusan bergiat secara solo berikutan sudah mempunyai ratusan pelanggan tetap yang hanya perlu menghubungi saya melalui telefon.

“Saya akan dihubungi melalui telefon bimbit untuk tempahan sama di bilik hotel, pangsapuri atau di pusat urut milik rakan di Greenwood, Gombak,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menawarkan urutan badan dan batin tanpa membabitkan hubungan seks.

“Bukan tiada pelanggan sanggup membayar lebih jika saya bersetuju melakukan aksi ranjang, namun saya menolak dengan baik kerana tidak mahu merosakkan profesion dan dilabelkan pelacur.

“Saya masih ada maruah dan hanya melakukan tugas mengurut tubuh terutama bahagian saraf tertentu pada kemaluan lelaki yang mampu memulihkan keinginan syahwat `lembik’ selain mengembalikan kejantanan,” katanya.

Menurutnya, ada antara artis lelaki yang datang berurut dengannya mengalami masalah `mati pucuk’ ketika usia muda kerana terlalu kerap melakukan onani atau terbabit seks bebas sejak usia belasan tahun.

“Selepas tiga hingga lima kali menjalani rawatan, kebanyakan mereka mampu pulih seperti sedia kala dan berpuas hati dengan khidmat saya,” katanya sambil sibuk mengangkat panggilan telefon daripada pelanggan.

Lia berkata, ramai masyarakat tersalah anggap kerana menyangka kerjayanya tidak ubah seperti `pelacur’ berikutan sanggup memegang kemaluan lelaki untuk melakukan urutan batin.

“Semua yang saya lakukan (urutan batin) bukan ‘semberono’ kerana ia dilakukan mengikut langkah demi langkah dimulai dengan urutan pada bahagian perut, paha, pinggang dan bahagian bawah pusat menggunakan minyak urut khas.

“Ia diikuti urutan pada bahagian pangkal kemaluan yang dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan urat darah yang tersimpul kembali lancar,” katanya.

Menurutnya, dia mampu memperoleh sehingga RM100 bagi pelanggan biasa dan RM200 bagi pelanggan istimewa terutama di kalangan selebriti. Adakalanya dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan hasil kerja itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun cukup berahsia dan enggan mendedahkan identiti pelanggan di kalangan artis yang pernah mendapatkan khidmat urutan batin dengannya kerana berpegang kepada janji dan prinsip.

“Jika saya sebut nama artis berkenaan, pasti satu Malaysia mengenalinya, namun saya sudah berjanji merahsiakan nama mereka atas dasar bisnes,” katanya.

Kredit kepada: cilipadi.net

Kadang-kadang sebulan sekali je “bersama”…itu pun lepas dia dah ‘cas’…luahan…

Hmm..saya dan suami bernikah atas dasar cinta. Selama 8tahun bercinta penuh suka duka akhirnya pada 2014 kami bernikah dan Alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata. Kisah sedih saya bermula bila dapat tahu suami terjebak dengan Ais/Syabu. Atau biasa dia panggil ‘cas’. Sebenarnya dia dah ambil dadah ni sejak sebelum kawin lagi tapi saya tak tahu la seteruk ni. Saya perasan suami jarang ‘bersama’ dgn saya.

Saya Tak Tahan Tenaga Suami Terlalu Kuat, ‘Main’ Sampai 12 Jam Non Stop
Kadang2 sebulan sekali je itupun lepas dia ‘cas’. Dia akan jadi suami yg romantik/baik/pendiam. Waktu ni la nafsu dia membuas mengalahkan binatang.

Kadang2 sampai saya tak mampu nak layan. Yelah, dia amek dadah untuk tenaga mana nak larat saya melayan. 12jam non stop,kau tak gila?

Kebiasaannya lepas ambil dadah tu suami tak tido 1-2hari. Lepas tu dia akan tido tak sedarkan diri berhari-hari. Bila gian abes, mood dia akan berubah. Abes saya dimaki diterajang ditampar.

Dengan hilusinasi cakap ada suara2 bisik kat telinga, Macam macam lagi. Setiap hari memang saya ni jadi bahan makian dia. Dia ni keje sendiri jadi tak kisah lah dia nak keje ke tak,ikut suka hati dia je.

Nafkah jangan cerita,zahir batin terabai. Most of the time,saya yang keluarkan duit utk belanja keluarga. Saya tak bekerja, student ipta sepenuh masa. Ada la dapat elaun sikit. Sampai skrg ni habis barang kemas saya tergadai.

Saya tahu hisap ais ni tak boleh berhenti. Ye kan? Jadi saya harap pada pasangan bercinta kalau anda tahu pasangan anda ‘mat gian’, tolong hentikan niat nak berumahtangga kalau tak anda akan menyesal seumur hidup. Kenapa saya tak bercerai? Mungkin ini balasan utk saya sebab melawan cakap org tua sebab nk sgt kawin dgn dia. Sekian.

Hukum Menuntut Fasakh & cerai daripada suami penagih dadah
Masalah rokok dan dadah telah mula merebak di kalangan umat manusia sejak beberapa kurun yang lalu. Walaupun mereka ini mengetahui rokok dan dadah ini boleh membinasa dan merosakkan sel manusia,

namun ia langsung tidak memberi kesan terhadap mereka untuk terus menghambakan diri kepada najis dadah dan rokok ini seterusnya mengubah peradaban manusia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pihak kerajaan dan Pertubuhan2 Bukan Kerajaan (NGO) telah menjalankan pelbagai aktiviti dan kempen untuk memberi kesedaran tentang bahayanya najis perosak ini namun ia sedikit pun tidak menampakkan kesan yang positif.

Hingga akhirnya pihak kerajaan terpaksa menyediakan tempat khas untuk perokok ini demi menjaga masyarakat yang lain dari terjerumus ke lembah kebinasaan akibat perbuatan yang tidak berfaedah ini. Seperti yang kita semua ketahui, kemudharatan akibat najis dadah dan rokok ini bukan sahaja kepada si penagihnya, bahkan turut mengundang kebinasaan kepada masyarakat sekelilingnya khususnya kepada isteri,

anak2 dan sesiapa yang tinggal bersamanya. Antara kemudharatan yang jelas ialah pernafasan dan pakaian yang berbau dan berpindahnya penyakit akibat asap rokok dan dadah ini kepada ahli keluarga sekelilingnya. Selain itu, najis ini juga akan mendorong si penagihnya berkelakuan buruk akibat kesempitan wang yang dialami.

Ini kerana mereka ini terpaksa menggadaikan nilai nafkah yang sepatutnya disalurkan kepada ahli keluarga mereka semata2 untuk memperoleh najis perosak ini. Akibat dari masalah ini,

maka timbullah perdebatan mengenai isu yang diutarakan kali ini. Menurut persepakatan Ulama’2 kontemporari, jika si isteri yang menjadi hamba kepada najis dadah @ rokok ini si suami tidak ada hak untuk menuntut fasakh kerana si suami mampu menyelesaikannya dengan talak. Ini kerana ketagihan itu bukanlah satu aib yang boleh berjangkit melalui hubungan persetubuhan antara suami dan isteri.

Maka disebabkan faktor inilah Mazhab Hanafi tidak membolehkan kepada untuk menuntut fasakh. Tetapi berbeza pula dengan Jumhur Ulama’ yang membolehkan kepada suami dan isteri menuntut fasakh tetapi dengan syarat aib tersebut aib yang menjijikkan.

Tetapi ketagihan ini bukanlah di dalam kategori aib tersebut. Jika si suami pula yang ketagihan rokok dan dadah ini, maka Ahli2 Feqah masa kini berselisih pendapat adakah si isteri ada hak untuk menuntut fasakh. Pendapat2 mereka adalah seperti berikut :

PENDAPAT PERTAMA : Isteri mempunyai hak untuk menuntut fasakh tidak kira sama ada ketagihan suami itu sebelum terjalin ikatan perkahwinan atau selepasnya. Pendapat ini merupakan pendapat yang paling popular bagi ilmu Fiqh masa kini. Hujah pendapat ini ialah ketagihan rokok dan dadah ini merupakan suatu aib yang amat menjijikkan bagi si isteri yang sihat tubuh badannya.

Maka dia mempunyai hak untuk menuntut fasakh demi mengelakkan sebarang kezaliman ke atasnya. Selain itu ketagihan rokok dan dadah ini juga akan mengundang kemudharatan kepada si isteri.

M

aka hal ini perlu dielakkan berdasarkan dalil yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad & Ibn Majah riwayat Ibnu Abbas sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda : لا ضرر ولا ضرار Antara hujah mereka lagi ialah ketagihan merupakan satu sifat yang berterusan disebabkan si penagih tersebut sukar untuk menghentikan perbuatannya itu.

Maka jalan yang terbaik adalah dengan berpisah. Allah SWT dengan jelas menyebut di dalam Al-Quran : “وإن يتفرقا يغن الله كل من سعته” yang bermaksud dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing2 dari limpah kurniaNya.

PENDAPAT KEDUA : Isteri mempunyai hak untuk menuntut fasakh jika ketagihan si suami tersebut berlaku selepas perkahwinan dan isteri tidak lagi untuk menanggungnya.

Ini merupakan pendapat kecil di dalam ilmu Fiqh. Hujah mereka ialah jika si isteri meredhai perbuatan si suami sebelum terjalinnya ikatan perkahwinan antara mereka atau si isteri yang menjadi penyebab kepada si suami mengambil najis dadah dan rokok tersebut maka tergugurlah hak si isteri untuk mengelak kemudharatan itu.

PENDAPAT KETIGA : Ketagihan dadah atau rokok bagi si suami tidak memberi hak kepada si isteri untuk menuntut fasakh. Ini merupakan pendapat kebanyakan Ahli Feqah pada masa kini.

Hujah mereka ialah ketagihan ini bukanlah satu aib yang boleh memberi kesan di dalam hubungan kelamin antara suami & isteri. Selain itu kemudharatan akibat ketagihan ini akan kembali kepada si pelaku dan bagi isteri mungkin dapat mengelakkan perkara ini dengan mempraktikkan langkah2 pencegahan yang sewajarnya.

Hujah mereka yang terakhir ialah jika si isteri diberi hak untuk menuntut fasakh maka ini akan membuka pintu yang luas berlakunya talak yang akan menyebabkan bertambahnya golongan janda dan anak2 terabai. Hal ini juga akan meningkatkan lagi golongan penagih najis dadah dan rokok ini.

Maka terbuktilah di sini perkembangan peradaban dan ilmu telah mewujudkan kajian2 yang mendalam tentang bahayanya najis dadah dan rokok ini.

Masalah ini juga membuka lembaran baru dalam perbincangan hukum Fiqh dan di antara isu yang hangat diperbincangkan ialah isu berkaitan menuntut fasakh ini.

Dan jelaslah di sini perselisihan pendapat Ahli2 Feqah masa kini lebih mengutamakan perbahasan dari segi maslahah syarak, sesetengahnya pula mengutamakan maslahah isteri untuk mengelakkan kemudharatan, ada pula yang mengutamakan maslahah institusi kekeluargaan agar kekal utuh selama2nya dan ada pula sesetengahnya yang menggabungkan kedua2 maslahah ini. Maka akhirnya pendapat yang dipilih bagi masalah ini ialah pendapat yang kedua yang menggabungkan semua maslahah.

Jika si isteri mengetahui tabiat buruk si suami sebelum terjalinnya ikatan perkahwinan maka dia tidak mempunyai hak untuk menuntut fasakh kerana haknya telah tergugur dengan keredhaannya.

Begitu juga jika tabiat si suami tersebut berlaku selepas ikatan perkahwinan dan disebabkan si isteri itu sendiri sehingga dia tidak mampu untuk menghentikan ketagihan si suami tersebut, dia juga tidah berhak untuk menuntut fasakh.

Tetapi jika ketagihan suami tersebut berlaku selepas ikatan perkahwinan dan dia tidak mampu lagi untuk menanggungnya, maka dia berhak untuk menuntut fasakh demi untuk mengelakkan kemudharatan.

Tetapi jika dia mampu untuk bersabar dan dalam masa yang sama mengambil langkah2 pencegahan dan berterusan menasihati suaminya agar menghentikan kegiatan yang membinasakan itu,

maka itulah sebaik2 perkara yang dituntut oleh syarak sepertimana dalil Al-Quran yang berbunyi : وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها yang bermaksud perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau sabar menunaikannya. – warisan15.blogspot.my

Kredit to:kuasaviral.com

7 makanan untuk awet muda (selalu ada di dapur saja), anda wajib cuba!

Semua wanita ingin wajah yang cantik dan muda sampai bila-bila. Kalau boleh nak cari apa petua atau rahsia awet muda. Demi wajah awet muda, ramai wanita rela menghabiskan banyak wang untuk membeli krim dan ubat-ubat mahal tanpa mengetahui tentang rahsia makanan awet muda.

Persoalannya, adakah krim dan ubat-ubat ini selamat? Tanpa disedari, kita sebenarnya sudah ada beberapa makanan awet muda pun dalam rumah kita! Baik kita guna 7 makanan ini saja:

Makanan awet muda 1: Avokado

Avokado mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang sangat berkesan, tak kisahlah sama ada anda makan buah ataupun minyaknya.

Menurut My Domaineavokado adalah sumber vitamin E yang baik, dan vitmain E ini amat baik untuk kulit.

Di samping selalu digunakan untuk merawat kesan parut, kandungan lemak di dalam akovado boleh menjadikan kulit anda licin, lembap, dan lembut. Inilah buah rahsia awet muda yang kita perlukan!

Makanan awet muda 2: Buah tomato

Buah tomato sangat tinggi dengan vitamin C, vitamin yang membantu menghasilkan kolagen. Kolagen membantu kulit anda untuk kelihatan tegang bak kata laporan The Huffington Post.

Lycopene di dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah anda.

Makanan awet muda 3: Oat

Karbohidrat kompleks seperti oat mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini bermaksud apabila anda memakan oat, ia tidak akan menaikkan gula dalam darah anda atau menyebabkan jerawat dan kedut, kata ahli dermatologi Dr. Debra Jaliman dari WebMD.

Oat juga boleh menghalang kerosakan kulit dan membantu melegakan kulit yang radang. Jadi, amalkan makanan awet muda ini untuk rahsia kecantikan kulit dan penjagaan kesihatan, sekaligus!

Makanan awet muda 4: Sayur bayam

Menurut laporan Fitness Magazine, bayam adalah sumber beta-carotene serta lutein yang baik.

Kedua-dua ini membantu kulit untuk kekal tegang. Sayur bayam juga ada phytonutrients yang boleh melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh matahari.

Kalau anda memperbanyakkan makanan awet muda ini dalam hidangan harian mulai sekarang, nescaya kulit anda akan kekal tegang dan kekal awet muda sampai ke tua!

Makanan untuk awet muda 5: Salmon

Ikan dengan kandungan lemak omega-3 yang tinggi seperti salmon ataupun ikan sardin akan memastikan hati dan sistem saraf anda dalam keadaan yang sihat kata Today.com.

Lemak Omega-3 juga akan memberi anda rambut dan kulit yang sihat. Jadi, jom sushi king!

Makanan awet muda 6: Coklat pahit

Bukan coklat biasa ya, tetapi coklat pahit.

Makanlah coklat pahit dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% kerana ia sebenarnya baik untuk anda!

Menurut Marie Claire, coklat pahit kaya dengan protein dan vitamin B. Coklat pahit boleh meningkatkan kesihatan kulit, rambut dan boleh membantu anda untuk membakar lemak! Percaya tak?!

Makanan awet muda 7: Terung

Terung mendapat warnanya dari nasunin sejenis antioksidan, yang juga datang dengan unsur-unsur anti-penuaan lapor Oprah.com.

Nasunin dapat menghalang sel kanser serta memastikan neuron anda sihat dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer atau penyakit orang tua. 

Senang saja nak cari semua makanan untuk awet muda ini kan? Jadi jom amalkan pemakanan sihat dengan 7 makanan di atas sebagai langkah awal untuk kekal awet muda. Moga-moga kita dapat kekal sihat hingga ke tua.

 Sumber : The Asian Parent Singapore
Kredit : The Asian Parent Malaysia
Like & Share : viralvaletdotcom

Anak lahir waktu pagi atau malam? Ketahui peribadi anak ikut waktu lahir

Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Mungkin sukar untuk percaya, namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak.

Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.

Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi : waktu subuh

Anak yang lahir di waktu ini adalah anak yang sangat lembut, dia suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh sangat peramah, dan bersikap rendah diri.

Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.

Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi

Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati.

Namun demikian, dia juga memiliki komitmen kuat, bersifat jujur, harga diri tinggi yang membuatnya boleh mencapai masa depan cerah berkat usahanya sendiri.

Waktu lahir anak jam  9-11 pagi

Bayi yang lahir di waktu awal tengahari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan.

Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak.

Waktu bayi lahir jam 11 pagi

Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia juga seorang pengembara dan bersikap murah hati.

Anak ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuatnya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.

Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang

Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah anak yang aktif dan energetik. Dia penuh rasa ingin tahu dan suka bermain.

Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus.

Dia akan menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga akan mudah bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.

Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang

Anak yang lahir pada jam ini bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga sering kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir.

Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang.

Dia membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.

Waktu bayi lahir jam 5-7 malam

Anak yang lahir di waktu ini memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan.

Meski demikian, dia akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik, dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar.

Anak ini juga memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai.

Selain itu, dia mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.

Waktu anak lahir jam 7-8 malam

Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak akan membesar menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia akan selalu tulus membantu orang lain. Dia juga memiliki pembawaan diri yang ceria dan menerima apa saja dalam hidupnya.

Waktu lahir anak jam 8-12 malam

Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.

8 – 10 malam: Anak akan suka membantu orang lain dan bertemu kebahagiaan dalam berbuat kebaikan. Sayangnya, dia akan menjadi seorang yang perfectionist dan benci melakukan kesalahan.

10 – 12 malam: Bayi yang lahir pada waktu ini membesar menjadi anak periang. Dia sangat menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.

Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi

Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.

Jam 12 malam – jam 2 pagi: Bayi yang lahir ketika ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Keluarga adalah hal utama bagi mereka yang lahir di tengah malam.

Jam 2 pagi – jam 4 pagi: Anak yang lahir di waktu awal pagi sehingga menjelang subuh akan membesar menjadi seorang yang mahir berkomunikasi. Dia juga penuh rasa ingin tahu. Peluangnya untuk berjaya dalam karier sangatlah besar. Dia selalu berusaha keras dan teguh menjaga harga diri.

Anak anda lahir pukul berapa? Kongsikanlah.

Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, ia boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu.

Yang pastinya, jam berapa pun anak anda lahir, dia akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita. Kan, ibu ayah?

Sumber : The Asian Parent Indonesia

Kredit : The Asian Parent Malaysia

Like & Share : viralvaletdotcom

32 Rahsia Kekejaman Israel Yang Kita Tidak Pernah Tahu

Walaupun kebanyakkan kita kenal dan biasa dengar tentang penubuhan negara haram Israel ni, tapi masih ada lagi fakta-fakta lain yang kita tak pernah dengar pasal negara haram ni..Cuma satu fakta ja yang kita tahu selama ni, iaitu negara haram Israel ditubuhkan dengan pertumpahan darah saudara se-Islam kita disana, iaitu rakyat Palestin..Kalau korang nak tahu apa lagi fakta-fakta pasal Israel ni, meh baca kat bawah ni..

32 Rahsia Israel

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai ‘tidak bersalah’ dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk warga Yahudi”, “Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

Macam mana? Banyak kan ketidakadilan dan kekejaman yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Palestin kat sana?

p/s: ambil fakta-fakta pasal Israel agar kita tahu betapa teruknya dan dendamnya mereka dengan orang Islam..

Sumber : azizulhakim91

Kredit : kakisantai

Like & Share : viralvaletdotcom