‘Aduhhh…besi tuu…!’

REMAJA terpaksa tahan sakit kira-kira 30 minit selepas kaki kirinya tercucuk rod besi di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).

Remaja lelaki 17 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum tercucuk besi terbabit, dalam kejadian pada 3.15 pagi, Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Pantai, Ayer Keroh, pada 3.20 pagi.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, tujuh anggota termasuk pegawai diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Asraf Abdullah bergegas ke hospital.

“Setibanya di hospital, kerja pemotongan besi dilakukan dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Bomba memerlukan kira-kira 10 minit untuk memotong besi itu sehingga pendek sebelum dia dibawa untuk rawatan lanjut oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi dia terlanggar besi di jalan raya dan terjatuh,” katanya.

Sumber : My Metro

(VIDEO) PEMANDU CAMRY TERLANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL DI DEPAN POLIS SELEPAS PROVOK PENGADU

Padah memandu laju, seorang pemandu kereta yang terkejut melihat sekatan polis di hadapan terlanggar penunggang motosikal sehingga melambung ke udara.

Video yang dimuat naik oleh Lau Meng Yau itu viral di media sosial dan ramai yang mengecam tindakan pemandu itu memandu secara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan maut.

Berdasarkan video dashcam kereta Meng Yau, kejadian itu berlaku pada jam 3 pagi Khamis, di mana kereta itu datang dari belakang dengan laju dan mencucuk kereta Meng Yau, sebelum Meng Yau memberi laluan kepada kereta tersebut.

Tetapi pemandu kereta terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan Meng Yau dengan menekan brek beberapa kali di hadapan kereta Meng Yau dan memeut meninggalkannya.

Meng Yau kemudian memecutkan keretanya meninggalkan kereta terbabit dan tidak lama kemudian ia datang kembali mengejar kereta Meng Yau yang sudah memperlahankan keretanya berikutan ada sekatan polis di hadapan.

Bagaimanapun tindakan pemandu terbabit mengundang padah apabila dia tidak menyedari sekatan itu dan cuba membrek kenderaannya. Malangnya dia gagal berbuat demikian lalu merempuh seorang penunggang motosikal di hadapan anggota polis.

Berkata kepada mStar Online, Meng Yau pada ketika itu baru pulang dari bertemu dengan rakannya di Jalan Klang Lama.

“Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan ‘mencucuk’ rapat kereta saya dari arah belakang.

“Saya pun berikan dia laluan tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya.

“Saya tidak mahu terlibat dengan kejadian yang tidak diingini lalu memintas kereta itu sehingga kereta itu hilang dari pandangan.

“Namun saya tidak menyangka pemandu itu akan melakukan perbuatan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan dan melanggar seorang penunggang motosikal. Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar.

“Kemudian polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya itu. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu,” katanya.

Sumber : MStar Online

Awas Bengkak Tak Surut Pada Leher, Demam, Letih & Berat Badan Turun! Boleh Jadi Petanda Kanser Limfoma

Apabila penyanyi Elyana mendedahkan dia merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat ramai yang tertanya-tanya tentang penyakit ini.

Untuk pengetahuan, penyakit yang sama telah menyebabkan kematian anak ahli kumpulan Unic sebelum ini. Bazli kehilangan anaknya Mohd Syahid Jun lalu selepas lebih setahun berjuang melawan penyakit ini.

Menyedari ramai yang ingin mengetahui tentang kanser limfoma ini Dr Rafidah Abdullah yang juga Pakar Perunding Perubatan memberi penjelasan dengan bahasa yang ringkas tentang penyakit ini.

Malah beliau juga memberi saranan penting kepada pesakit kanser limfoma ini agar tidak sembarangan membuat rawatan.

Kalau bengkak di leher lama, elok jumpa doktor

Sejak semalam, perkataan limfoma berlegar di media sosial. Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis; rawatan dan prognosis juga tidak sama.

Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL; gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai.

Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih & lesu.

Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.

Bekerjsama dengan pengamal perubatan bukan founder!

Saya mohon sangat-sangat supaya artis kita bekerja sama dengan pengamal perubatan, bukan dengan founder produk apa-apa pun. Ya, kami tahu, menghadapi penyakit kanser / barah apa jenis sekalipun bukan senang.

Kami tahu; ya memahami memang tidak. Tapi bincang lah dengan kami. TALK TO US! Beri kami pemahaman tersebut.

Lepas itu, elok benar lah founder produk ambil kesempatan pulak. Yang TV pulak, teruskan lah kan mengambil revenue dari orang macam ini. Etika perubatan, pada saya langsung tidak dihiraukan disini.

JANGAN ambil apa-apa produk. Ia bukan hanya TAK JALAN; malah ada yang membuat penyakit anda semakin teruk. Kami tak sanggup golongan ini membanjiri Zon Merah, Jabatan Kecemasan. Pada masa tersebut, sudah terlambat untuk kami buat apa-apa.

Menyesal kemudian, tiada gunanya.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan

Sumber : Rafidah Abdullah / Vanilla Kismis