10 TIPS UNTUK “BERSAMA” DIAM-DIAM SELEPAS ANAK ANDA TIDUR..

BERASMARA SELEPAS ADA ANAK
Anda jangan mudah berputus asa untuk mengatur hubungan seks yang tenang dan tanpa dikacau bila sudah ada anak ini. Apa yang penting adalah anda kena bijak.

Bijak bagaimana? Ha… bijak memanipulasi teknik-teknik untuk berasmara secara diam-diam pula!

Sebab itu kami di theAsianparent akan membantu anda dengan 10 tip ini. Jangan bimbang!

Tip-tip ini telah dicuba oleh ramai ibu bapa. Dan… mereka berjaya menikmati hubungan seks diam-diam selepas anak mereka tidur!

Hehe… tunggu apa lagi? Jom semak 10 tip ini!

10 TIP UNTUK BERASMARA DIAM-DIAM SELEPAS ANAK TIDUR

#1 GIGIT BANTAL
Anda suka Twilight kan? Ha sekarang masanya untuk jadi vampire! Sediakan satu bantal, dan bila anda “beraksi” dan mungkin akan terkeluar bunyi bising – cepat-cepat gigit bantal!

Easy peasy and so sexy!

#2 AIR PURIFIER
Letakkan air purifier (penyegar udara) di dalam bilik anak-anak anda. Penyegar ini boleh “menyembunyikan” sebarang bunyi atau bau yang tak diingini daripada bilik anda. Ha… kenalah licik sikit!

#3 BERSEMUKA DENGAN PASANGAN
Anda boleh cuba berasmara sambil bersemuka dengan pasangan. Barulah boleh buat seks diam-diam. Bagaimana?

Bila anda rasa “kemuncaknya”, terus cium suami anda. Ia akan meredakan bunyi bising dan… anda pun boleh cium pasangan sepuasnya! Hehe

#4 TARIK NAFAS
Tarik nafas perlahan-lahan. Ya, bila sudah “seronok” itu mana boleh bernafas dengan perlahan. Tapi, cubalah!

Bila anda mengawal pernafasan dengan baik, seks akan menjadi lebih menarik dan anda boleh capai orgasma dengan lebih banyak!

Suami pun pasti geram saja! Hehe

#5 KOMUNIKASI CARA BARU
Cuba anda guna komunikasi cara lain pula. Selalunya, anda hanya mengerang apabila merasai kenikmatan, kan?

Sekarang cuba guna kata-kata pula. Bisik perlahan-lahan di telinga pasangan. Uh! Mesti pasangan tergoda.

#6 MULUT BISING? SIBUKKAN MULUT ANDA!
Mulut itu yang bising kan? Jadi, anda perlu sibukkan mulut itu dengan posisi 69! Hehe. Bila sedang melakukan 69, anda tak sempat nak buat bising.

Pasangan pun mesti seronok dengan teknik rangsangan ini. Win-win situation!

#7 DALAM BILIK AIR
Hey! Seronok tau berasmara dalam bilik air. Steamy gitu. Buka air jadi anak-anak takkan dengar segala “bunyi” anda dan pasangan.

Lagipun, jika mereka bangun – mereka akan dengar bunyi air. Mereka akan fikir kalian tengah mandi.

#8 GAG
Kalau suami yang bising, macam mana pula? Ha… waktu untuk jadi sedikit kinky! Anda boleh membuat gag.

Gulung t-shirt bersih atau stokin dan masukkan dalam mulut pasangan.

#9 LUAR DARI BILIK TIDUR
Come on, ibu bapa semua! Anda tak terbatas untuk berasmara dalam bilik tidur saja tau! Hehe. Apa kata anda goda pasangan ke kawasan dalam rumah yang tiada anak-anak (seperti dapur).

Kemudian, cuba posisi berdiri atau ambil kerusi yang stabil dan terus “beraksi”! Hehe. Barulah seronok sikit. Atau anda boleh bentang comforter di lantai.

#10 SEKS ORAL
Satu perkataan – oral. Ya, cuba goda, tawan dan tarik perhatian suami anda lalu lakukan seks oral padanya. Ha… waktu itu anda boleh tengok bagaimana suami akan berjuang untuk “diam”. Hehe. Mesti seronok!

Apa? Anda tidur dengan anak-anak? Macam mana nak berasmara diam-diam? Jangan risau! Kami ada panduan seks berguna juga untuk ibu bapa yang tidur dengan anak-anak. Nak cuba?

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Selamat mencuba!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore.

sumber: ohgebang.com

Buncit Dan Boroi! Kenapa Lelaki Perut Buncit Selepas Berkahwin..

Selama ini kita mungkin tertanya-tanya mengapa sebahagian besar lelaki mahupun wanita biasanya mengalami pertambahan berat selepas mereka berkahwin. Jika wanita sukar mengekalkan bentuk tubuh, lelaki pula sering kali berdepan dengan masalah perut boroi.

Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan.

Namun begitu, dari satu sudut yang lain mereka yang berkahwin sebetulnya mendapat manfaat yang cukup besar pada kesihatan mereka. Terdapat dua teori yang mungkin boleh menjadi faktor masalah ini berlaku. Teori ini diilhamkan oleh seorang ahli statistik Charlotte Schoenborn.

Pertama, berdasarkan teorinya, perkahwinan secara tidak langsung berkemungkinan memberi perlindungan terhadap kesihatan. Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin mempunyai kelebihan daripada aspek perkongsian sumber ekonomi, sokongan sosial dan psikologi. Selain itu, mereka juga mendapat dorongan dan galakan antara satu sama lain untuk meneruskan amalan gaya hidup yang sihat.

Kedua, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sihat akan berkahwin dan kekal dalam perkahwinan tersebut. Sebaliknya mereka yang `kurang sihat” tidak berkahwin atau lebih cenderung berpisah, bercerai, menduda atau menjanda. Secara keseluruhan, kaitan antara status perkahwinan dan status kesihatan wujud tanpa mengira status sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan dan kemiskinan di mana saja mereka dilahirkan.

Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mendapati mereka yang berkahwin khususnya lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas, 12 peratus tahap kesihatan mereka dalam lingkungan baik atau teruk.

Tahap kesihatan golongan duda dan janda dikategorikan paling teruk. Secara umum, orang dewasa yang berkahwin paling sedikit mengalami masalah kesihatan. Selain itu, mereka paling kurang terbabit dalam tingkah laku yang berisiko kecuali pertambahan berat badan.

Di samping tahap kesihatan yang jauh lebih baik, kajian itu juga mendapati mereka yang berkahwin kurang mengalami beberapa masalah kesihatan.

Antaranya, kurang mengalami sakit belakang bahagian bawah, kurang sakit kepala dan tekanan p sikologi kecuali masalah berat badan. Berita baiknya, mereka juga kurang minum minuman keras, merokok dan aktif secara fizikal berbanding orang lain.

70 Peratus Suami Obes
Apa yang membimbangkan, buat masa ini, lebih daripada separuh orang dewasa tergolong dalam kumpulan yang obes. Kira-kira 70 peratus para suami termasuk dalam kategori obes berbanding 65 peratus lelaki yang lain.

Hubung kait antara perkahwinan dan kesihatan ini buat julung kalinya dilaporkan pada tiga dekad lalu. `Hubungan yang istimewa” ini masih wujud hingga ke hari ini
sekalipun banyak berubah.

Bagaimanapun, hari ini, semakin ramai yang berkahwin lewat dan memilih bersekedudukan dengan pasangan. Berbeza dengan mereka yang berkahwin, golongan yang tinggal serumah tanpa ikatan pernikahan memberi implikasi negatif pada kesihatan.

Sementara itu, dalam satu kajian yang berasingan oleh The Harvard School of Public Health, mendedahkan lelaki yang berkahwin semula juga boleh mengalami pertambahan berat badan. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian tersebut pertambahan berat badan ini kerana perkahwinan itu sendiri mengubah tingkah laku makan mereka semasa mereka menjadi `orang bujang”.

Kajian ini juga menyimpulkan banyak kesan positif pada kesihatan seorang lelaki. Mereka juga dilaporkan kurang minum minuman keras, makan lebih banyak sayuran, daging yang kurang lemak, kurang minuman manis berbanding dengan mereka yang bercerai. Perubahan ini amat ketara pada tabiat pemakanan mereka terutama kepada lelaki muda yang berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.

Kurang Senaman
Sekalipun ada perubahan positif dalam tabiat pemakanan, lelaki yang berkahwin semula kurang melakukan senaman. Ini mengakibatkan mereka mengalami pertambahan berat badan.

Kemungkinan lebih banyak masa diperlukan untuk pasangan baru menyebabkan mereka kekurangan masa untuk melakukan senaman secara rutin.

Kajian yang disiarkan dalam Journal of Epidemilogy and Community Health itu, mendapati rata-rata lelaki yang berpisah dengan pasangan mereka mengalami penurunan berat badan, merokok dan lebih banyak minum minuman keras.

Profesor Ben Fletcher, dari Persatuan Psikologikal Britain berkongsi pandangannya tentang lelaki yang berkahwin semula. Ujarnya, golongan ini biasanya mendapat lebih banyak sokongan sosial iaitu kuasa yang paling besar pada kesihatan dan diri seseorang.

Ketua Jabatan Psikologi University of Hertfordshire bersetuju dengan pandangan tersebut berdasarkan kajian lain. Lelaki katanya, tidak dapat mengendalikan diri apabila mereka kehilangan pasangan. Mereka tidak seperti wanita yang lebih tabah, kita dapat lihat peningkatan kes kematian di kalangan lelaki dalam tempoh enam bulan selepas kematian pasangan mereka.

sumber:intimku.com

6 Tips Tampil Menggoda Dimata Suami

Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.

Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.

1.Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

2.Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

3.Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

4.Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

5.Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

6.Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.

sumber:intimku.com