Gam Tiga Saat Punca Kakinya Dilapah!

Kasihan kanak-kanak malang ini. Gara-gara bermain dengan gam biasa RM2 yang digunakan ibunya untuk membuat pelamin, kakinya terpaksa dilapah di hospital.

Gara-gara gam biasa, kaki mangsa dilapah…

Tidak disangka barang yang digunakan secara harian boleh membawa kesan yang diingati sampai bila-bila.

Dek kerana gam RM2 dengan nama ‘3 Second OK’, kaki anak perempuan Puan Farhah yang berusia tiga tahun itu terpaksa dilapah!

Lihat gambar yang telah dikongsi beliau, tengok sahaja sudah rasa pedih dan sakit….

Kaki melecur dengan teruk hingga terpaksa dilapah

Akibat kesan gam tersebut yang begitu kuat hingga membuatkan kulit anaknya, Nur Hasya Yusra Shahrul Izuan melecur teruk.

Doktor terpaksa membuat pembedahan bagi membuang bahagian yang terkena bahan itu. Akibatnya, kaki kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ini seperti dilapah (lihat gambar).

Gam untuk menghias pelamin dan hantaran

Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu ini terjadi semasa Puan Farahah membeli gam tersebut untuk menyiapkan hiasan pelamin dan hantaran.

Setelah siap dan menyimpan gam tersebut, beliau tidak menyangka anaknya nampak dan mengambil gam itu!

Beliau segera membasuh kesan gam tersebut pada tangan anaknya, namun ketika hendak menyalin pakaian anaknya, beliau mendapati terdapat kesan gam yang sudah kering pada bahagian betis seluar anaknya juga.

Awalnya, Nur Hasya mendapatkan rawatan di Hospital Dungun tetapi kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bertemu pakar kulit kerana bimbang bahan kimia yang terdapat pada gam itu akan merebak sekiranya tidak dibedah.

Menurut Puan Farhah, anaknya terpaksa menjalani pembedahan di HSNZ. Doktor perlu membuang isi dan kulit yang terkena gam itu hingga ke paras lemak kerana bimbang bahan kimia yang tertinggal boleh mengakibatkan kaki anaknya semakin teruk.

Amaran untuk ibu bapa semua. Anda perlu lebih berhati-hati!

Kejadian itu menjadi viral di Facebook selepas ibu kanak-kanak itu, Farhah Nuar, 27, memuatnaik status di media sosial Facebook semalam.

Beliau tak menyangka kejadian itu mendapat perhatian ramai. Malah ramai yang telah berkongsi pengalaman seumpama itu di ruangan komen statusnya itu.

Bagaimana gam tiga saat ini menyebabkan kulit adik Nur Hasya dilapah? Mari kita lihat kandungannya.

Kandungan gam tiga saat ini ialah cyanoacrylates yang juga mempunyai:

  • methyl 2-cyanoacrylate
  • ethyl-2-cyanoacrylate (biasaannya dijual dalam bentuk “Super Glue” and “Krazy Glue”)
  • n-butyl cyanoacrylate
  • 2-octyl cyanoacrylate

Cyanoacrylates boleh mendatangkan kesan bahaya seperti melecur dan keracunan sekiranya termakan atau terkena pada kulit.

Langkah keselamatan awal sekiranya terkena kulit

Sekiranya terkena kulit;

  • segera basuh bahagian yang terkena gam dengan air yang suam sambil menggosok secara perlahan.
  • JANGAN kopek bahagian yang sudah kering
  • sekiranya dua jari terlekat, cuba gunakan minyak sayuran sambil menggerakkan jari ke depan dan ke belakang sehingga ia boleh dileraikan.

Nota: sekiranya keadaan teruk, segera ke hospital dan berikan butiran berikut;

  1. umur, berat dan keadaan mangsa
  2. jenama produk (lebih baik jika bawa bekas produk)
  3. masa terkena atau tertelan
  4. bahagian yang terkena bahan tersebut

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Hati-hati ibu semua. Sentiasa pantau apa yang anak-anak anda main, ya.

Sumber: thereporter, medline plus

Kredit : The Asian Parents Malaysia

Mengapa Ada Pusat Yang Tenggelam Dan Ada Pusat Yang Timbul?

Ramai yang sangka pusat terbentuk dari bagaimana tali pusat dipotong. Tapi sebenarnya salah! Jadi, kenapa ada pusat tenggelam dan ada yang timbul? Jom kita semak jawapan sama-sama.

Pusat tenggelam atau pusat timbul?

Pusat bukanlah satu topik yang sering ‘dibincangkan’ atau diceritakan, bukan?

Namun tidakkah anda terfikir mengapa ada orang pusatnya terkeluar dan ada orang pusatnya tenggelam?

Bukannya selalu kita baca artikel tentang pusat, tapi sekali-sekala membaca tentangnya tentu menarik 🙂

Jika anda perasan, pusat yang tenggelam lebih kelihatan ‘normal’ berbanding pusat yang timbul kerana lebih ramai mempunyai pusat yang tenggelam.

Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai pusat timbul, ini bermakna anda adalah istimewa.

Bila pusat tenggelam dan pusat timbul terbentuk?

Sebenarnya, pusat berasal dari tali pusat yang terputus selepas anda dilahirkan.

Ramai yang menyangka pusat terbentuk hasil daripada bagaimana tali pusat dipotong. Namun sebenarnya bukan!

Yang sebetulnya, pusat ialah parut tisu yang terbentuk beberapa hari selepas tali pusat dipotong.

Ia selepas baki tali pusat yang sudah kering kemudian jatuh dengan sendirinya.

Pusat yang timbul menunjukkan anda mempunyai parut tisu yang lebih dari mereka yang mempunyai pusat tenggelam.

Keunikan pusat tenggelam dan pusat timbul

Walaubagaimanapun, ada sesuatu berbeza pula yang menyebabkan bagaimana pusat boleh terbentuk!

Walaupun bentuk pusat sebenarnya tidak kekal. Ia dikenali sebagai hernia tali pusat.

Jika otot perut bayi tak bersatu pada masanya, tisu ini akan timbul melalui otot fiber seperti hernia yang lain. Ini menjadikan pusat timbul seperti yang anda pernah lihat.

Lebih menakjubkan, ia juga boleh terkeluar secara tiba-tiba jika bayi sedang menangis atau menegangkan ototnya!

Bunyi agak menakutkan tapi ia langsung tak merbahaya. Selalunya parut tisu yang membentuk pusat ini akan hilang selepas setahun atau dua, namun sekiranya ia tidak elok selepas 4 tahun, prosedur ringkas boleh membantu.

Bagi anda yang mempunyai pusat tenggelam, ia juga tak semestinya akan kekal begitu selamanya.

Keadaan yang tertentu boleh menyebabkan pusat anda timbul.

Tapi jika anda benar-benar tak suka dengan pusat anda, anda boleh berjumpa pakar pembedahan kosmetik.

Dan sebenarnya sudah ramai yang membuat pembedahan untuk ‘membetulkan‘ pusat timbul menjadi tenggelam.

Sumber : buzz.auntyacid

Kredit : The Asian Parents Malaysia

Pengantin kanser payudara maut lepas 24 jam berkahwin dengan suami tercinta

Pengantin baru mati selepas 24 jam berkahwin

Lebih setahun selepas mendapat tahu dia menghidap kanser payudara, Heather Lindsay dari Connecticut, A.S. mengambil keputusan untuk mengahwini David Mosher, kekasihnya yang tercinta. Malangnya, perkahwinan itu berakhir dengan berita pengantin baru mati dan tewas dalam perjuangannya dengan penyakit kanser selepas 24 jam berkahwin….

Sedihnya! Mari ikuti kisah perkahwinan yang penuh erti ini.

Pada 22 Disember lalu, Heather yang kelihatan sangat cantik memakai gaun perkahwinannya, telah berkahwin di gereja hospital.

David dan Heather telahpun mengharungi pelbagai perkara sepanjang bersama. Hari itu, mereka sempat melafaskan ikrar perkahwinan dalam upacara yang kecil bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pengantin baru maut kerana kanser payudara tahap 4

Cerita percintaan mereka sungguh indah dan mengharukan!

Bayangkanlah… David telah membuat lamaran sejurus selepas Heather didiagnosis dengan kanser payudara kerana dia tidak mahu membiarkan Heather menghadapi cabaran itu seorangan.

Pasangan yang bertemu semasa di dalam kelas tarian itu telah bersama selama setahun setengah sebelum Heather menerima berita tentang kanser payudaranya itu.

Lihatlah gambar di bawah ini. Sayu hati melihat Heather yang nazak masih sempat bergurau dengan suaminya.

Heather yang menghidap penyakit kanser payudara tahap 4 telah bergantung kepada David dan kawan-kawan rapat ketika melalui masa yang sukar ini.

Pasangan itu sebelum ini sepatutnya berkahwin pada 30 Disember 2017, tapi disebabkan kesihatan Heather semakin merosot, mereka memutuskan untuk berkahwin seminggu lebih awal.

Menangani trauma selepas kehilangan pasangan

Cabaran paling besar yang perlu diharungi selepas kehilangan pasangan, ialah situasi untuk “mengatasi kesepian dan meneruskan kehidupan” kata pakar psikologi Romeo Vitelli.

Langkah pertama dalam menangani proses trauma selepas kehilangan pasangan ialah tidak mengasingkan diri dari orang lain.

Dapatkan sokongan sosial yang sesuai. Ia boleh membantu mereka yang telah kehilangan pasangan atau orang kesayangan.

Kesedihan boleh menimbulkan banyak risiko kesihatan, seperti kemurungan, demensia, dan jangka hayat yang lebih pendek. Oleh itu, adalah sangat penting buat pasangan yang bersedih untuk mendapat bantuan profesional.

Walaupun kesedihan dan kemurungan boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat, ini cuma jalan penyelesaian jangka pendek saja. Terapi dan kaunseling akan menawarkan rawatan emosi  jangka panjang yang lebih baik.

Kajian mendapati bahawa kehilangan pasangan meningkat perbuatan berisiko, seperti merokok, penyalahgunaan alkohol atau dadah.

Kesedihan yang mendalam apabila trauma kehilangan pasangan boleh “meresap” dan melumpuhkan emosi seseorang.

Pasangan hidup boleh bersedih bertahun-tahun, tetapi ia boleh menjadi lebih mudah meneruskan kehidupan sedikit demi sedikit setiap hari.

Kami di theAsianparent mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga suaminya kekal kuat mengharungi cabaran ini. Buat Heather, tenanglah kau di sana.

Sumber : The Huffington Post, NBC Conneticut, Psychology Today

Kredit : The Asian Parents Malaysia

RAHSIA ABANG TERTANAM BERSAMA MAYAT IBU. SLPS DIGALI KUBUR IBU APA YG DITEMUI BUAT RAMAI MENITISKAN AIR MATA !!!

Abang berusia dua tahun lebih tua daripada saya namun ibu bapa kami sering melayan kami dengan cara yang berbeza.

Ibu sentiasa mengutamakan saya sekiranya ada makanan yang sedap atau sesuatu yang menyeronokkan untuk dimain manakala abang hanya akan melihat daripada jauh.

Apabila saya memberikan makanan kepada abang, ibu akan marah dan menyuruh abang supaya tidak meminta makanan daripada saya. Abang pula akan lari ke belakang pintu dan melihat saya.

Setiap kali perayaan Tahun Baru, abang hanya akan memakai pakaian lama yang telah dijahit semula manakala ibu pula sentiasa membelikan saya pakaian baharu.

Disebabkan abang selalu memakai pakaian lama, dia dengan sengaja akan mengotorkan pakaian saya dengan melumurkan tanah atau mengguntingnya.

Menurutnya, ini untuk menambah hiasan pada baju baru saya. Apabila ibu bertanya mengapa ada kesan kotor dan koyak pada baju saya, saya akan menyatakan saya bermain di dahan pokok dan tanpa sengaja mengoyakkan baju baru tersebut.

Pencapaian akademik abang terutamanya di dalam matapelajaran matematik tidaklah begitu baik. Dia sering mendapat markah sifar untuk ujian peperiksaan matematik dan pernah diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun.

Kami kemudiannya sama-sama berjaya memasuki sekolah tinggi pada tahun yang sama dan ibu membenarkan abang untuk pergi ke sekolah bersama-sama dengan membawa kereta.

Abang selalu melanggar lubang pada jalan raya di samping membawa secara laju. Jika saya merayu supaya memperlahankan kereta, dia akan lihat dan mentertawakan saya.

Walaupun begitu, abang tidak sesekali membiarkan saya menjadi mangsa buli orang lain. Setiap kali ada lelaki yang cuba mengganggu saya, abang sentiasa ada menghulurkan perlindungan. Pada waktu itu, saya tahu bahawa abang sangat sayangkan saya.

Jadi, setiap kali ibu membekalkan makanan yang enak untuk saya, saya akan tukarkan bekal makanan tersebut dengan abang secara rahsia. Sehinggalah pada suatu hari, abang mengetahui bahawa bekal makanannya ditukar oleh saya, dia tidak lagi membuli saya.
Abang telah berhenti bersekolah sementara saya melanjutkan pelajaran ke kolej. Sepanjang di sana, abanglah yang menanggung segala perbelanjaan saya hasil titik peluhnya bekerja sebagai pengalih batu-bata.

Namun, sebaik sahaja saya menamatkan pelajaran, saya tidak lagi mendengar sebarang perkhabaran mengenai abang. Jika ditanya kepada ibu mengapa abang menghilangkan diri, ibu hanya akan menangis tanpa menjawab persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya.

Abang mula menghilangkan diri setelah dia berkahwin. Saya turut berusaha untuk mencarinya merata-rata tetapi tidak menemui sebarang jawapan. Isterinya yang menanti kepulangan abang selama tiga tahun akhirnya meninggalkan kami dan membawa dirinya.

Semenjak itu, sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Keadaan kesihatan ibu semakin hari semakin buruk dan dia sering menyalahkan dirinya kerana tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada abang.

Ibu akhirnya telah meninggal dunia setelah 19 tahun abang menghilangkan diri. Sebelum ibu meninggal, ibu masih lagi menyebut nama abang berulang kali.

Ibu turut berpesan kepada ayah supaya meletakkan bantal sutera kesukaannya di dalam keranda sebelum dia meninggal dunia.

Ibu juga percaya abang akan pulang ke rumah setelah ibu meninggal dunia. Ibu berpesan supaya memberitahu abang bahawa dia sangat rindu dan sayang kepada abang. Malam tersebut, ibu meninggal dunia dan saya pengsan beberapa kali selepas menangis.

Seperti yang ibu katakan, ketika Perayaan Ching Ming, abangnya akhirnya pulang semula ke rumah kami. Abang kelihatan tua dan rambutnya dipenuhi uban. Saya terus memeluknya seerat mungkin sambil menangis.

Pada suatu hari, majlis pembandaran telah mengarahkan kami supaya berpindah bagi mentransformasikan kawasan perkampungan tersebut menjadi bandar baru.

Oleh kerana kami mempunyai ramai ahli keluarga, pihak kerajaan telah memberikan tiga blok bangunan sebagai pampasan. Namun, kami harus memindahkan kubur nenek moyang kami termasuklah kubur ibu.

Sewaktu abang menggali semula kubur dan membuka keranda ibu, abang menangis teresak-esak kerana tidak sempat bertemu ibu sehinggalah detik pemergiannya. Abang telah membina keranda baru yang lebih mewah untuk ibu.

Ketika proses menyusun semula barangan pengebumian, terdapat satu kotak terjatuh daripada bantal sutera ibu. Sebaik sahaja abang melihat kotak tersebut, abang sekali lagi menangis.

Dia membuka kotak tersebut dan mendapati terdapat banyak surat tersimpan di dalam kotak tersebut dan salah satunya ditujukan kepada saya.

Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa saya bukanlah anak kandungnya tetapi diambil sebagai anak angkat ketika masih bayi. Sejak kecil, ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi saya menyebabkan abang terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada saya.

Menurut ibu lagi, abang merupakan seorang anak yang sangat baik. Setelah dia berkahwin, abang telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membelikan rumah untuk saya.

Dia telah bekerja membantu majikannya menyeludup kereta. Tetapi, dia telah ditangkap dan dipenjarakan setelah majikannya meletakkan kesemua kesalahan atas abang.

Ibu tidak mampu untuk menceritakannya kerana takut menjadi buah mulut orang kampung.

Tidak sangka, selama ini ibu sentiasa menyebelahi dan mengutamakan saya serta membiarkan abang melalui kehidupan seperti ini demi kebaikan saya.

Saya dengan serta-merta melutut di hadapan ayah dan abang sambil menangis. Akhirnya, kebenaran telah tiba tetapi ia tiba setelah terlalu lama waktu berlalu.

Kredit : kecohsangat.com