Gam Tiga Saat Punca Kakinya Dilapah!

Kasihan kanak-kanak malang ini. Gara-gara bermain dengan gam biasa RM2 yang digunakan ibunya untuk membuat pelamin, kakinya terpaksa dilapah di hospital.

Gara-gara gam biasa, kaki mangsa dilapah…

Tidak disangka barang yang digunakan secara harian boleh membawa kesan yang diingati sampai bila-bila.

Dek kerana gam RM2 dengan nama ‘3 Second OK’, kaki anak perempuan Puan Farhah yang berusia tiga tahun itu terpaksa dilapah!

Lihat gambar yang telah dikongsi beliau, tengok sahaja sudah rasa pedih dan sakit….

Kaki melecur dengan teruk hingga terpaksa dilapah

Akibat kesan gam tersebut yang begitu kuat hingga membuatkan kulit anaknya, Nur Hasya Yusra Shahrul Izuan melecur teruk.

Doktor terpaksa membuat pembedahan bagi membuang bahagian yang terkena bahan itu. Akibatnya, kaki kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ini seperti dilapah (lihat gambar).

Gam untuk menghias pelamin dan hantaran

Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu ini terjadi semasa Puan Farahah membeli gam tersebut untuk menyiapkan hiasan pelamin dan hantaran.

Setelah siap dan menyimpan gam tersebut, beliau tidak menyangka anaknya nampak dan mengambil gam itu!

Beliau segera membasuh kesan gam tersebut pada tangan anaknya, namun ketika hendak menyalin pakaian anaknya, beliau mendapati terdapat kesan gam yang sudah kering pada bahagian betis seluar anaknya juga.

Awalnya, Nur Hasya mendapatkan rawatan di Hospital Dungun tetapi kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bertemu pakar kulit kerana bimbang bahan kimia yang terdapat pada gam itu akan merebak sekiranya tidak dibedah.

Menurut Puan Farhah, anaknya terpaksa menjalani pembedahan di HSNZ. Doktor perlu membuang isi dan kulit yang terkena gam itu hingga ke paras lemak kerana bimbang bahan kimia yang tertinggal boleh mengakibatkan kaki anaknya semakin teruk.

Amaran untuk ibu bapa semua. Anda perlu lebih berhati-hati!

Kejadian itu menjadi viral di Facebook selepas ibu kanak-kanak itu, Farhah Nuar, 27, memuatnaik status di media sosial Facebook semalam.

Beliau tak menyangka kejadian itu mendapat perhatian ramai. Malah ramai yang telah berkongsi pengalaman seumpama itu di ruangan komen statusnya itu.

Bagaimana gam tiga saat ini menyebabkan kulit adik Nur Hasya dilapah? Mari kita lihat kandungannya.

Kandungan gam tiga saat ini ialah cyanoacrylates yang juga mempunyai:

  • methyl 2-cyanoacrylate
  • ethyl-2-cyanoacrylate (biasaannya dijual dalam bentuk “Super Glue” and “Krazy Glue”)
  • n-butyl cyanoacrylate
  • 2-octyl cyanoacrylate

Cyanoacrylates boleh mendatangkan kesan bahaya seperti melecur dan keracunan sekiranya termakan atau terkena pada kulit.

Langkah keselamatan awal sekiranya terkena kulit

Sekiranya terkena kulit;

  • segera basuh bahagian yang terkena gam dengan air yang suam sambil menggosok secara perlahan.
  • JANGAN kopek bahagian yang sudah kering
  • sekiranya dua jari terlekat, cuba gunakan minyak sayuran sambil menggerakkan jari ke depan dan ke belakang sehingga ia boleh dileraikan.

Nota: sekiranya keadaan teruk, segera ke hospital dan berikan butiran berikut;

  1. umur, berat dan keadaan mangsa
  2. jenama produk (lebih baik jika bawa bekas produk)
  3. masa terkena atau tertelan
  4. bahagian yang terkena bahan tersebut

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Hati-hati ibu semua. Sentiasa pantau apa yang anak-anak anda main, ya.

Sumber: thereporter, medline plus

Kredit : The Asian Parents Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *