Pengantin kanser payudara maut lepas 24 jam berkahwin dengan suami tercinta

Pengantin baru mati selepas 24 jam berkahwin

Lebih setahun selepas mendapat tahu dia menghidap kanser payudara, Heather Lindsay dari Connecticut, A.S. mengambil keputusan untuk mengahwini David Mosher, kekasihnya yang tercinta. Malangnya, perkahwinan itu berakhir dengan berita pengantin baru mati dan tewas dalam perjuangannya dengan penyakit kanser selepas 24 jam berkahwin….

Sedihnya! Mari ikuti kisah perkahwinan yang penuh erti ini.

Pada 22 Disember lalu, Heather yang kelihatan sangat cantik memakai gaun perkahwinannya, telah berkahwin di gereja hospital.

David dan Heather telahpun mengharungi pelbagai perkara sepanjang bersama. Hari itu, mereka sempat melafaskan ikrar perkahwinan dalam upacara yang kecil bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pengantin baru maut kerana kanser payudara tahap 4

Cerita percintaan mereka sungguh indah dan mengharukan!

Bayangkanlah… David telah membuat lamaran sejurus selepas Heather didiagnosis dengan kanser payudara kerana dia tidak mahu membiarkan Heather menghadapi cabaran itu seorangan.

Pasangan yang bertemu semasa di dalam kelas tarian itu telah bersama selama setahun setengah sebelum Heather menerima berita tentang kanser payudaranya itu.

Lihatlah gambar di bawah ini. Sayu hati melihat Heather yang nazak masih sempat bergurau dengan suaminya.

Heather yang menghidap penyakit kanser payudara tahap 4 telah bergantung kepada David dan kawan-kawan rapat ketika melalui masa yang sukar ini.

Pasangan itu sebelum ini sepatutnya berkahwin pada 30 Disember 2017, tapi disebabkan kesihatan Heather semakin merosot, mereka memutuskan untuk berkahwin seminggu lebih awal.

Menangani trauma selepas kehilangan pasangan

Cabaran paling besar yang perlu diharungi selepas kehilangan pasangan, ialah situasi untuk “mengatasi kesepian dan meneruskan kehidupan” kata pakar psikologi Romeo Vitelli.

Langkah pertama dalam menangani proses trauma selepas kehilangan pasangan ialah tidak mengasingkan diri dari orang lain.

Dapatkan sokongan sosial yang sesuai. Ia boleh membantu mereka yang telah kehilangan pasangan atau orang kesayangan.

Kesedihan boleh menimbulkan banyak risiko kesihatan, seperti kemurungan, demensia, dan jangka hayat yang lebih pendek. Oleh itu, adalah sangat penting buat pasangan yang bersedih untuk mendapat bantuan profesional.

Walaupun kesedihan dan kemurungan boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat, ini cuma jalan penyelesaian jangka pendek saja. Terapi dan kaunseling akan menawarkan rawatan emosi  jangka panjang yang lebih baik.

Kajian mendapati bahawa kehilangan pasangan meningkat perbuatan berisiko, seperti merokok, penyalahgunaan alkohol atau dadah.

Kesedihan yang mendalam apabila trauma kehilangan pasangan boleh “meresap” dan melumpuhkan emosi seseorang.

Pasangan hidup boleh bersedih bertahun-tahun, tetapi ia boleh menjadi lebih mudah meneruskan kehidupan sedikit demi sedikit setiap hari.

Kami di theAsianparent mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga suaminya kekal kuat mengharungi cabaran ini. Buat Heather, tenanglah kau di sana.

Sumber : The Huffington Post, NBC Conneticut, Psychology Today

Kredit : The Asian Parents Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *