Farid Kamil Dan Sofi Jikan Buat Bigo Live Dulu Sebelum Insiden Farid Kamil Terjadi… Tiada Tanda Apa Apa Pun – Sofi Jikan

Belum lagi reda dengan isu panas Datuk Farid Kamil menampar polis dan positif dadah, kini tersebar pula video menunjukkan beliau live bersama aktor Sofi Jikan menerusi aplikasi Bigo Live. Ada beberapa pihak mengatakan video tersebut dirakam beberapa jam sebelum Farid berkelakuan aneh dan mengamuk di balai polis.

Video Bigo Farid Kamil Berada Di Pautan Akhir Artikel

Berdasarkan video tersebut, ramai yang membuat andaian bahawa Farid sudah berada di bawah pengaruh dadah ketika itu. Walaubagaimanapun, kami tidak tahu kebenaran disebalik dakwaan itu.

Apa yang kami lihat, Farid seakan tenang menjawab soalan daripada peminat dan turut berkongsi beberapa filem serta drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Malah, Farid juga tidak mahu membahaskan soal politik meskipun ada yang cuba membangkitkan isu tersebut.

Hari ini Farid akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. Sehingga hari ini, masih ada belum sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Farid bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada beliau.

Sumber : Beautiful Nara

“Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” – Sofi Jikan ..

PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil atas kejadian yang berlaku.

Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.

“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, ” ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu, pada Khamis pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.

“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long.

“Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” ujarnya.

Sumber: MSTAR

Kredit : GedebokViral.Com

Cekup ketua Yakuza hasil gambar ‘TATU’ tular

BEKAS ketua Yakuza Jepun ditahan di Thailand, menamatkan pemburuan polis selama 14 tahun selepas gambar cacah lambang Yakuza dan jari kelingkingnya yang kudung tular.

Shigeharu Shirai, 72, ditahan pasukan SWAT polis Thailand di Lopburi, kira-kira 50 kilometer dari Bangkok, ketika lelaki itu sedang membeli-belah di pasar, hari ini.

Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana terbabit dalam kejadian tembak menembak antara dua kumpulan Yakuza di negara itu pada 2003.

Shigeharu yang melarikan diri ke Thailand, berkahwin dengan wanita tempatan.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang penduduk di kawasan Shigeharu tinggal menyiarkan gambarnya bermain dam yang jelas menampakkan cacah pada tubuhnya serta jari kelingking kudung.

Menjadi amalan anggota Yakuza memotong hujung jari mereka bagi menebus kesalahan.

Gambar itu dikongsi 10,000 kali dan menarik perhatian polis Jepun sebelum meminta kerjasama polis Thailand untuk menahannya.

“Suspek mengaku pernah menjadi ketua satu kumpulan Yakuza Kodokai,” kata jurucakap polis Jeneral Wirachai Songmetta yang merujuk kepada Yakuza terbesar Jepun, Yamaguchi-gumi.

Yakuza muncul selepas Perang Dunia Kedua sebagai pertubuhan jenayah dengan pendapatan berbilion ringgit meliputi perjudian, dadah, pelacuran dan pinjaman wang serta jenayah terancang.

Tidak seperti mafia Itali atau kongsi gelap China, Yakuza tidak diharamkan di Jepun, malah setiap kumpulan mempunyai ibu pejabat yang diketahui polis.

Shigeharu menghadapi dakwaan menembak mati ketua satu kumpulan yang tidak sehaluan. Tujuh anggotanya yang ditahan, dihukum penjara antara 12 hingga 17 tahun.

“Suspek tidak membuat pengakuan terhadap dakwaan itu namun mengaku mangsa sering membulinya,” kata Wirachai.

Seorang lelaki dari Jepun mengunjunginya dua atau tiga kali setahun untuk memberi wang kepada Shigeharu yang hidup sederhana tanpa pasport atau visa.

Ada kira-kira 70,000 rakyat Jepun tinggal di Thailand, kebanyakannya terbabit dalam sektor automobil dan elektronik.

Kredit : Harian Metro Online