CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA!!!

Al-kisah.. Satu kisah ceramah di satu masjid di sebuah kampung…

Maka diceritakan la oleh si ustad itu berkenaan sesape yang mencium kemaluan isterianya atau suaminya.. maka dia tidak akan berbau syurga.. Maka ramailah jemaah yang berbisik-bisik seperti tidak bersetuju dan berasa gundah gulana.. Tapi takut hendak bertanya sebab takut diejek… Maka terbawa-bawa lah al-kisah cium kemaluan isteri ke kedai kopi…..Kebetulan lepas bagi ceramah si ustad pun singgah la sekejap ke kedai kopi nak pekena Tongkat Ali Cafe….

Lepas Ustad dah order air kopinya… dan duduk sambil membelek-belek surat khabar, datangla seorang anak muda bernama Harun…

Harun: Assalamualaikum ustad… boleh saya duduk sebelah ustad? Ke ada empunya?

Ustad: Waalaikumussalam….. Boleh ajer…. silalah duduk… jangan malu-malu… Ehh…orderla kopi ke pape ke…. Tapi bayar sendiri yer..he he..

Harun: Takpe ustad…. saya cuma nak bertanya nie ustad…. pasal ceramah tadi… Ada kemusykilan la ustad…

Ustad: Ermm… ada ape yer… boleh boleh… silalah bertanya… short dan simple yer…

Harun: Hamboi… he he… gini ustad…. pasal cium kemaluan isteri tak berbau syurga…. Kenapa ye ustad? Saya pernah dengar ada seorang ustad tu cakap, cium kemaluan isteri tu takpe…. harus… sebab suami isteri boleh jer…jangan orang lain sudah ler selain suami isteri… Kenapa boleh sampai tak berbau syurga pulak ustad? Berdosa besar ke? Haah!Jawab ustad…

Ustad: Shhhhhh….. kuat bebeno suaranya…. slow la sikit… tau la tak puas hati… he he….

Harun: Oh… terover… sorry Ustad… takde la… sebab nie first time saya dengar ceramah cakap gitu…Masa kursus kahwin takde pulak bagitau tak boleh…

Ustad: Rilek…..

Harun: Pendekkan… Short and simple..Ye la….. saya musykil nie ustad…. musykil…

Ustad: Macam nie….. ustad tak cakap pun tak boleh…. tak cakap pun berdosa….. tapi ustad cuma cakap cium kemaluan isteri tu tak bau syurga….

Harun: Tak berbau syurga tu maknanya tak masuk syurga la kan?? Berdosa la tu….. Ustad… saya dah pening dah nie…

Ustad: Hek eleh awak nie…. beriya sangat nie kenape? selalu buat ek… he he… Gini….. memang la cium kemaluan tak bau syurga…. masa cium tu bau ape? Cuba cakap?

Harun: Errr..ermmm… err ….ooOooo… heh…heh…..

Ustad: Faham? [sambil hirup kopi]

Harun: Fahaaaam ustad… thehehe….. Asal tak cakap awai-awai….. Boleh salah faham nie..Aiyoo..

Satu kedai kopi gelakkan Harun…. Padahal kebanyakan dalam kedai tu semuanya salah faham jugak! Nasib baik ada Harun….hihihi

Ustad berkata dalam hati : masa cium tu ada bau syurga kot!