BAHANA ‘Reunion’ Yang Memusnahkan Rumah Tangga Kami!

Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.

Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).

Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.

“Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

“Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.

“Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.

“Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.

“Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.

“Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.

“Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak.

“Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.

“Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.

“Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.

“Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.

“Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.

“Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang.

“Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.

“Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.

“Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar.

“Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, “saya nak abang bebaskan saya!”

Berulang kali saya sebut perkara itu.

“Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya.

“Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran.

“Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.

Mudahnya lelaki menyusun kata.

“Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.

” Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.

“Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.

“Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.

“Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

“Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.

“Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.

“Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.

“Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

“Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.

“Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.

Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.

Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.

Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.

Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.

Sumber:sehinggit

via semuaviral

Baca Zikir Ini Ketika Memasak. Insyaallah, Anak Kamu Tidak Akan Degil Dan Melawan Cakap Kamu!

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.

Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan). Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak. Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Sumber dari http://www.limaumanis.com/agama/baca-zikir-ini-semasa-memasak-insyaallah-anak-takkan-degil-dan-melawan-cakap/

Wow!Bodyguard Cantik Di China Ini Boleh Membuatkan Confirm Rasa Selamat Je..

Pengawal peribadi biasanya sinonim dengan lelaki yang tampan, kuat dan pakar seni mempertahankan diri. Tapi apa yang berlaku sekiranya pengawal itu seorang wanita cantik? Ini lebih kurang macam dalam drama korea tu tapi ini versi yang betul.

Siapa sangka, China mempunyai pengawal yang cantik dan dilatih untuk menjadi pengawal peribadi. Ini kerana sejak 20 tahun yang lalu bilangan orang kaya di China telah meningkat, dan ini kadar jenayah juga semakin tinggi yang mensasarkan golongan kaya.

Sebuah syarikat yang dipanggil Yun Hai Elite Security melatih wanita cantik ini untuk menjadi pengawal peribadi yang akan diupah kepada orang kaya di China.

Walaupun seorang wanita, jangan pandang rendah kerana mereka sangat berkebolehan. Berikut adalah fakta pengawal peribadi yang cantik tapi garang dan digeruni oleh penjenayah di sana.

1. Kelayakan Untuk Menjadi Pengawal Peribadi Perempuan Sangat Tinggi

Seorang pengawal peribadi bukan sahaja perlu mahir dalam seni mempertahankan diri, tetapi mereka perlu pakar dalam menangani apa sahaja keadaan. Sebagai contoh, selain perlu sangat mahir dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi, mereka juga harus menguasai psikologi untuk memastikan tuan mereka yakin dan selesa dengan mereka. Dan yang paling penting untuk pengawal wanita ini adalah untuk sentiasa berpenampilan cantik sebagai salah satu teknik penyamaran supaya tidak dihidu oleh mana-mana penjenayah.

2. Wajah Cantik Saja Tidak Cukup

Memiliki wajah cantik sahaja tidak cukup untuk melayakkan wanita-wanita ini menjadi pengawal peribadi. Mereka perlu menjalani latihan khas dalam tempoh beberapa bulan. Dalam tempoh satu bulan, mereka akan dilatih untuk menguji mental dan fizikal mereka di mana latihan itu memang sangat lasak dan hanya mereka yang benar-benar mampu sahaja akan bertahan.

Sepanjang latihan mereka akan dikuarantin dan dilatih oleh urulatih khas dari syarikat Tianjiao Special Guard Ltd.Co. Syarikat ini adalah syarikat pertama yang mengadakan latihan pengawal peribadi di China. Wanita-wanita ini akan menjalani pelbagai latihan fizikal seperti merangkak, disiram, mengangkat kayu yang berat dan menahan nafas di dalam air. Sepanjang latihan, mereka di beri pilihan untuk tarik diri sekiranya tidak mampu.

3. Mahir dalam seni mempertahankan diri dan penggunaan penjata

Bukan sahaja pakar dalam seni mempertahankan diri, pengawal wanita ini juga dikehendaki menguasai senjata. Dalam latihan, mereka diperkenalkan dengan banyak senjata seperti pedang, tongkat dan pistol. Dari banyak senjata, mereka juga sangat mahir menggunakan pen.

Mengapa pen bukan pistol? Sebagai seorang pengawal peribadi, pen ini adalah senjata membunuh apabila digabungkan dengan seni mempertahankan diri. Di samping itu, pen boleh ditikam ke dalam badan musuh dengan mudah dan akan meninggalkan kecederaan serius.

Pen juga sangat selamat untuk dibawa ke mana-mana bahkan tiada masalah untuk melalui sekuriti lapangan terbang.

4. Memiliki Banyak Kemampuan Lain

Pengawal peribadi wanita ini dipandang tinggi kerana sukar untuk dikenalpasti identitinya. Penjenayah mungkin akan beranggapan mereka adalah kakak, adik atau teman wanita mangsa. Namun sebenarnya wanita ini memiliki naluri yang sangat cekap dan pantas bertindak apabila penjenayah menyerang dengan tiba-tiba.

5. Bayaran Yang Sangat Mahal

Profession sebagai pengawal peribadi sangat trending di China kerana bayaran yang sangat mahal. Dianggarkan mereka akan dibayar RM25,000 sebulan dan disebabkan bayaran yang lumayan ini, ramai wanita yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang yang biasanya dipelopori oleh lelaki ini.

Walaupun agak mahal untuk mengupah pengawal peribadi wanita, namun masih ramai orang-orang kaya yang mengupah golongan ini kerana selain daripada cantik, mereka memiliki kemahiran yang luar biasa.

Sumber: blogunik

Sumber : poksang.com

Semua Yang Saya Gantung Mati ‘Sekali Jalan’ – Tukang Gantung

Masa jadi wartawan jenayah dulu, saya bersahabat dengan seorang pegawai penjara yang ada ‘tugas tambahan’ iaitu, Tukang Gantung.

Besar orangnya, misai tebal. Katanya, bukan senang nak mengisi jawatan ini kerana pelbagai faktor diambil kira termasuk latar belakang dan sejarah kewangan pemohonnya.

“Hah? Sejarah kewangan?”

“Ya!” kata pegawai tadi.

Memang sudah menjadi tradisi Jabatan Penjara tidak akan mengambil pegawainya yang banyak hutang untuk mengisi jawatan Tukang Sebat atau Tukang Gantung.

“Nak sebat orang dan nak gantung orang perlulah profesional. Ia tidak boleh dipengaruhi emosi dan masalah peribadi,” katanya.

Okay, kemudian saya pun bertanya pada pegawai tadi.

“Ramai tak yang memohon jadi Tukang Gantung?”

Jawabnya, tak ramai kerana perkara yang paling menakutkan selepas menggantung pesalah ialah, di saat hendak melonggarkan tali gantung itu dari leher si mati selepas hukuman dijalankan.

“Masa nak melonggarkan tali gantung itu, selalunya mayat akan ‘sendawa’. Akan ada bunyi seperti, ‘Errkk!’ keluar dari mulutnya. Kalau tak biasa, confirm kita akan lari tak cukup tanah.

“Sebenarnya, bukan sendawa dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi ia adalah angin yang keluar dari tubuh si mati,” katanya.

Saya juga bertanya kepada pegawai tadi, berapa lama si pesalah ini akan ‘menggelupur’ tercekik sebelu meninggal dunia. Katanyaa, sebenarnya punca kematian pesalah yang digantung bukan kerana tercekik seperti yang difikirkan semua orang. Sebaliknya, punca kematian adalah kerana tulang lehernya patah, bukan kerana jerutan tali gantung itu.

“Selepas platform itu terbuka, pesalah akan jatuh ke bawah dan tali ganting akan menyebabkan tulang lehernya patah, sekali gus menyebabkan pesalah itu mati dan ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk dia menemui ajal. Leher pesalah juga tidak akan luka kerana tali itu dibalut dengan kulit. Lebam itu, adalah.

“Lagi satu kena ingat, pesalah yang telah menjalani hukuman mati ini tidak perlu dibedah siasat (post mortem). Keluarga atau waris sudah boleh terus menuntut. Kalau tiada, kita sendiri uruskan pengkebumiannya,” kata pegawai berkenaan.

Mengenai makan terakhir untuk pesalah, pegawai itu berkata, memang Jabatan Penjara akan cuba sedaya mungkin memenuhi permintaannya. Walaupun adakalanya lebih dari RM7.50 (kos yang ditetapkan). Tetapi kalau pesalah itu teringin sangat, pihak penjara tetap akan cuba memenuhi pesalah berkenaan.

“Selalunya mereka dah tak lalu nak order apa dah. Banduan Islam pula selalunya sudah mula berpuasa,” kata pegawai yang bukan beragama Islam itu.

Saya juga telah diberi peluang untuk masuk ke sel Banduan Akhir di Penjara Kajang. Biliknya luas, bersih tetapi sunyi. Banduan Akhir ini dikenali sebagai BA. Tetapi di kalangan banduan ia dikenali sebagai Banduan Agong. Ini kerana mereka diberi banyak keistimewaan termasuk tidak perlu bekerja seperti mana banduan lain. Malah, setiap banduan tanpa mengira agama diberi peluang untuk belajar agama mengikut kepercayaan masing-masing.

Saya pernah bertanya pada pegawai itu, apakah benar ada cakap-cakap orang di luar sana kononnya ada banduan yang pernah digantung tetapi tidak mati sehingga terpaksa digantung untuk kali kedua.

“Kalau dengar cakap orang di luar sana, ada 1,001 cerita yang karut marut. Setakat ini, sebut saja siapa penjenayah terkenal atau kononnya hebat. Semua yang saya gantung mati ‘sekali jalan’. Memang boleh ketawa kalau dengar cakap orang,” katanya sambil tersenyum.

Beliau kemudiannya mempelawa saya untuk melihat Bilik Gantung. Saya menolaknya dengan baik.

“Jangan risau Encik Syahril. Kalau pun encik nak tengok, saya tak akan bagi kecuali encik sendiri ‘masuk senarai’. Hehehe!”

Saya hanya tersenyum. Ngeri pula lawak mamat ini, huh! – Syahril A Kadir

Sumber: The Reporter via koleksigambarpelik