DOA KESELAMATAN KELUARGA DARI DIROMPAK SERTA DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

Cara-caranya:

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.

Maksudnya:

“Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim.” (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Wasallam.

Sumber: www.dakwahsantai.com via islamituindah.my

BERSIHKAN RAHIM SELEPAS HAID, AMALKAN MINUMAN INI, SEBULAN 2 KALI PUN DAH CUKUP!

Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.

Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.

Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.

Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini

🌸 Membersihkan rahim selepas haid.

🌸 Mengeluarkan angin dalam badan.

🌸 Memecahkan lemak-lemak diperut.

🌸 Mengurangkan masalah bau badan.

🌸 Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.

Bagus Untuk Hindari Senggugut

Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.

Bahan-bahan

Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )

Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )

Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya

Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.

Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.

Nak Rawat Keputihan
Tambah sireh – 2 helai

Nak Merapatkan Miss V
Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?

Sebaiknya selepas bersih daripada haid.
Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.
“Tapi tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau.. 😊”

Sumber: www.sumbermaklumat.net via islamituindah.my