PANAS!! Chef Wan Kesal Dengan Apa Terjadi Di Aeon Tebrau, Ini Komen Chef Wan Yang Buat Dia Geleng Kepala

Pasaraya Aeon Tebrau, Johor ditutup kepada orang ramai pagi ini, bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai, semalam. Kami di Hangat.com sangat kesal dengan segelintir pelanggan yang bersifat pengotor dan tak bertanggungjawab meninggalkan troli mereka yang penuh dengan barang.

Menurut Harian Metro, penutupan bahagian pasar raya itu lanjutan kunjungan mengejut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, semalam.

Tunku Ismail mengumumkan menggunakan pembesar suara akan membelanja setiap pelanggan sehingga RM3,000 barang keperluan dan orang ramai berpusu-pusu memenuhkan troli ke kaunter. Hmm.. Malu kan?

Hal ini turut mendapat respon dari selebriti Chef terkenal di Malaysia. Chef Wan tampil memberikan kenyataan menerusi laman Instagram miliknya berkenaan tindakan terkutuk pelanggan di pasaraya tersebut.

INI KOMEN CHEF WAN DI INSTAGRAM

I felt shocked looking at all this stuff. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia2 yg bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka. Its disgusting and wasteful.
Off course tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Everytime bila berada di Mekah waktu musim Ramadan saya selalu perhati kan apabila manusia ini beri pelbagai makanan dan kurma ramai jemaah yg berebut rebut.

Ada yg ambil berbeg beg and abused what is being donated. Dari jauh saya pandang sambil mengeleng kepala. I will not take anything pun as i knew deep inside biar la makanan itu di agih kan kepada manusia2 yg lebih susah. Ada la lebih baik kita berkorban untuk fakir miskin yg lebih memerlukan dari saya yg mengambilnya. Banyak mana nak makan pun. Each time saya berbuka di dalam masjid 2 biji tamar dan air zam2 dah pun saya rasa bersyukur dan kenyang pun.

Begitu la kuasa Allah yg menjaga perut dan hati manusia yg banyak bersabar serta melawan hawa nafsu kita dan berkorban untuk tidak makan berlebihan pun. Manusia yg tamak dan gelojoh pulak akan berbuka satu meja penuh makanan di akhirnya banyak yg di bazir kan juga. Yang sedih ramai pulak rakyat Msia yg juga berebut.

Ada yg cerita lepas balik Umrah tak payah beli kurma lagi sebab dah berbeg di bilik itu yg mereka ambil tiap2 hari. Langsung tak ada rasa malu sedikit pun. Memang betul Allah kata ada la lebih baik tangan yg memberi dari tangan yg menerima pun. But look at all this… Mana tidak seumpama kita mengantuk di sorong kan bantal.

Free la kata kan. Lets race for this!🤣 There so many more unfortunate people in this world that deserve this gift. Indeed we do have so much to learn in this life. Salam Jumaat to everyone.

Chef menganggap tindakan sebegini sangat menjijikan dan memalukan malah pemberian sepatutnya untuk golongan yang memerlukan.

“Ia sangat menjijikan. Sudah tentu tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Dalam dunia ini ramai lagi insan yang bernasib malang lebih memerlukan. Kita seharusnya ambil pengajaran dari apa yang dah terjadi.”

Menerusi gambar yang menjadi tular di media sosial, banyak barang yang rosak dan tak boleh digunakan lagi. Bagi Hangat.com, itu satu pembaziran yang amat besar.

Foto: MyNewsHub
Foto: MyNewsHub

Kesian kepada mereka yang lebih memerlukan tapi kamu hanya mampu melihat dalam kesedihan. Menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia masih tak berubah!

SUMBER : HANGAT

Habis RM1 Juta Belanja Rakyat! Ini 5 Rahsia TMJ Yang Ramai Tak Tahu

Heboh di kalangan rakyat Malaysia selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan membuat kejutan di sebuah pasaraya di Bandar Tebrau, Johor apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu secara spontan beramah mesra dengan pelanggan dan menanggung perbelanjaan mereka. TMJ dikatakan berbelanja RM3,000 untuk setiap seorang pelanggan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Foto: JOHOR Southern Tigers
Foto: JOHOR Southern Tigers

Di sebalik niat murninya untuk mengurangkan beban rakyat Johor, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau secara lebih mendalam. Hangat.com tertarik dengan sebuah wawancara yang dikeluarkan oleh portal dari Singapura yang mendedahkan rahsia keperibadian TMJ.

Menurut Mediacorp, TMJ mempunyai sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video wawancara itu.

SUMBER: HANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *