“Yang kahwin muda ni bullsh*t.. Acah dah sedia padahal nak ‘main’ je! Guna duit mak bapak…”

Apabila bercakap mengenai perkahwinan pasti terbayang semuanya indah, namun sedarkah anda dalam kehidupan berumah tangga ada kalanya turun naik juga lebih-lebih lagi bagi golongan muda.

Persoalannya, adakah sesuai berkahwin dalam usia muda? Adakah mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri?

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah memuat naik status berkongsi luahan hatinya mengenai pasangan yang mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

Menurut Pieynaa, ramai golongan muda pada masa kini kelihatan sudah bersedia untuk berkahwin, namun hakikatnya masih ramai yang belum mampu menggalas tanggungjawab masing-masing sehingga berlakunya penceraian.
Kahwin muda ‘bullshit’?

Tolong mak ayah dulu, baru kahwin

Tambah Pieyna, golongan perempuan terutamanya perlu menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum memikirkan soal jodoh. Ini kerana dengan pendidikan, sekurang-kurangnya dapat menjamin masa depan sekiranya si suami membuat ‘perangai’ atau sebagainya.

Jangan harap dekat lelaki je!

Antara contoh…

Pieyna juga berkata, kaum perempuan juga perlu melatih diri untuk berdikari bagi kegunaan di masa hadapan terutama apabila memiliki cahaya mata sendiri dan bukan berkahwin sekadar untuk melepaskan hawa nafsu masing-masing.
Jangan nak kahwin, tapi…

Walau bagaimanapun, tidak semua individu yang ingin berkahwin kerana berdasarkan nafsu semata-mata. Ada juga golongan muda yang ingin mengelakkan maksiat dengan cara berkahwin lebih awal.

Namun apa yang penting, mereka perlu bersedia bagi memikul tanggungjawab dan mampu menguruskan hal rumah tangga dengan sebaiknya.

Sumber : Pieyna via Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *