“Itu Hanya Luahan Hati, Tak Maksud Pun Hina Siapa-siapa” – Giliran “Nenek Fesyen” Zaihani Mohd Zain Menjelaskan Keadaan Sebenar

Baru-baru ini, tular di media sosial akan kritikan oleh seorang pengkritik fesyen tanah air mengenai individu yang berbadan besar.

Pengulas fesyen terkenal Zaihani Mohd Zain menjelaskan status entri Facebooknya yang tular di media sosial tidak ditujukan kepada sesiapa.

Zaihani sebaliknya menegaskan dia sekadar menyatakan keluhan tentang perkara yang terjadi kepadanya pada pertunjukan fesyen tersebut.

Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan.

Bercakap secara ekslusif kepada Astro Gempak, Zaihani menjelaskan:

“Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak.

“Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

“Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja.

“Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujar Zaihani.

Zaihani memberitahu, berat badan 60 kilogram itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahan dengannya pada acara terbabit.

“Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kilogram itu sekadar anggaran saya.

“Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram.

Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.

“Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral,” tambahnya.

Zaihani tidak teragak-agak untuk menegur perbuatan itu sekiranya individu yang duduk bersebelahannya merupakan sahabat sendiri.

SERING BERLAKU DI ACARA FESYEN

Zaihani menjelaskan situasi ini sering berlaku setiap kali menghadiri acara besar seperti pertunjukan fesyen yang sepatutnya memerlukan tetamu untuk duduk dengan lebih tertib tanpa mengganggu keselesaan tetamu lain.

Imej: zalora.com

Kelmarin tular status Facebook milik pengkritik fesyen tersohor tempatan itu apabila dia dikatakan ‘menasihati’ individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri pertunjukan fesyen.

Rupa-rupanya itulah sebab mengapa Zaihani meluahkan rasa tidak puas hatinya tempoh hari. Walau apapun, diharap Zaihani lebih berhati-hati di dalam memuatnaik status di Facebook atau Twitter, bimbang masyarakat akan salah faham maksud sebenar.

Dalam perkembangan lain, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Beliau Yang Saya Kenal Sentiasa Menjinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana’ Rizalman Kongsi Pandangan Tentang Isu 60KG

Susulan isu 60kg yang kecoh diperkatakan di media sosial dua tiga hari ini mendapatr perhatian ramai orang.

Jika terdahulu pengulas fesyen, ZaihaniMohd Zain telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya dan menjelaskan apakah maksud sebenarnya yang hanya ingin berkongsi luahan dan tiada niat untuk menghina sesiapa, kali ini ramai pula nama-nama besar dalam industri turut memberi sokongan kepadanya.

Antara yang memberi sokongan menarik mata MH adalah pereka fesyen popular Malaysia, Rizalman yang berkongsi sedikit pandangan di Instagram.

Melalui kata-katanya, Rizalman berkata setiap hari dia dan rakan-rakannya yang lain membaca segala komen serta klip-klip dari pelbagai media yang melaporkan isu ini.

Rizalman akui agak terganggu dan kacau dengan segala kekecohan yang timbul.

“Saya merasa amat kacau apabila isu sebegini mendapat liputan meluas, hinggakan ada pihak mengasak saya memberi sedikit cetusan hati berkenaan ini,” tulisnya di dalam instagram.

Walaupun tidak mengikuti perkembangan isu ini dengan lebih mendalam, Rizalman memberitahu sebaik sahaja membaca kenyataan dan penerangan Zaihani, dirinya berharap, pengulas fesyen itu akan membuat permohonan maaf secara terbuka dan bersyukur kerana akhirnya Zaihani bertindak seperti apa yang diinginkannya.

Sempat juga Rizalman menjelaskan walaupun Zaihani seorang yang lantang, berpakaian tidak seiring dengan umur atau berketerampilan islamik seperti yang diharapkan Zaihaini sentiasa menjinjing telekungnya ke mana-mana.

Malah, Rizalman turut menjelaskan Zaihani sentiasa menghadiri pertunjukan fesyen show bermula dengan menanti di dalam surau berdekatan kerana tidak mahu terlepas waktu solat.

“Hubungan dia dengan Allah sungguh ditepati jika dibandingkan dengan kita yang agak bertoleransi dengan isu demikian.

“Apa yang berlaku kepada beliau baru-baru ini menunjukan bahawa kita semua ini adalah begitu hampir dengan keterbukaan kita mencaci manusia tanpa melihat sendiri kelemahan kita yang sedia ada.” tulisnya lagi

Dalam pada itu, Rizalman juga sempat mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan Jihan muse berkenaan dirinya pernah di tegur oleh Zaihani dan cuba mengelakkan diri dari berjumpa dengan pengulas fesyen tersebut kerana tidak mahu bersikap kurang ajar.

‘Pernah Jugak Kena Sound Tepet Dengan Dia, Sejak Tu Elakkan Diri Takut Terkurang Ajar’ – Pengakuan Jihan Muse Tentang Zaihani

Rizalman menjelaskan dia hanya mampu kenyataan Jihan sangat sofistikated dan menganggap Jihan adalah seorang MUSE.

Sumber: Mediahiburan

6 Selebriti Wanita Ini Buktikan Umur Bukan Penghalang Untuk Kahwin Lelaki Muda

Jodoh terletak di tangan Tuhan tanpa mengira pangkat, darjat dan umur. Di zaman moden ni umur wanita bukanlah penghalang untuk berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.

Tengok je artis wanita di Malaysia sekarang yang tak kisah pun berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda. Mereka juga siap memberikan tips untuk orang lain yang bakal berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka. Ini 6 selebriti wanita yang buktikan umur bukan penghalang untuk kahwin lelaki muda.

1. Ella (52) & Azhar Ghazali (36) – 16 tahun perbezaan

Ratu rock Malaysia ni dah tamatkan zaman bujang pada 2012 dengan Azhar Ghazali yang merupakan seorang pilot Firefly. Ella mengaku perbezaan umur langsung tak jadi penghalang kerana keserasian antara mereka lebih penting lagi-lagi suami dia adalah seorang yang matang. Dia juga tegaskan amat penting untuk bersedia dulu sebelum nak dirikan rumah tangga.

2. Che Ta (45) & Zain Saidin (34) – 11 tahun perbezaan

Pasangan sama cantik sama padan ni dah mendirikan rumah tangga sejak 11 Disember 2013. Che Ta sebelum ni pernah berkahwin dengan seorang pilot dan dikurniakan dua orang anak lelaki sebelum berkahwin dengan Zain. Che Ta bagi nasihat yang banyak pengorbanan perlu dibuat dan perlu redha serta bertolak ansur kerana pandangan wanita dan lelaki muda adalah yang berbeza. Baguslah dorang dapat bertolak ansur!

3. Yatt Hamzah (38) & Mohammad Zulfadhli Khiruddin (28) – 10 tahun perbezaan

Yatt telah berkahwin sebelum ini dan pada tahun 2016 dia mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zulfadhli. Kata Yatt, jarak usia mereka menyebabkan suaminya pernah memanggilnya ‘kakak’. Kata Yatt dia bersyukur kerana suaminya mudah dibentuk dan nasihat supaya tidak lupa suami tetap ketua keluarga walaupun lebih muda dan perlu sentiasa patuh dan berikan sokongan kepadanya.

4. Linda Jasmine (46) & Que Haidar (39) – 7 tahun perbezaan

Linda berkahwin dengan Que pada 14 Februari 2009 dan kini dikurniakan dua anak perempuan yang sama cantik seperti parentsnya. Walaupun Linda pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, namun itu tak halangnya untuk mencari kebahagiaan dengan Que. Linda pernah bagitau yang dia banyak mengamalkan petua untuk kekal cantik selain gembira membahagikan tugas dalam hal rumah tangga dengan suami.

5. Fazura (35) & Fattah Amin (28) – 7 tahun perbezaan

Pasangan sejoli ni dah diijab kabulkan pada akhir tahun lepas. Mereka berdua menamatkan zaman bujang dalam majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan. Fazura pernah memberikan tips di mana makan pakai suami perlulah dijaga dengan rapi. Dia juga bersyukur mempunyai Fattah sebagai suami kerana bersabar melayannya yang degil dan pentingkan kerjaya.

6. Sheila Majid (53) & Acis (47) – 6 tahun perbezaan

Penyanyi senior Sheila Majid telah berkahwin pada tahun 2003 selepas rumah tangga dengan suami pertama retak pada tahun 2000. Sheila mengatakan perkahwinan mereka tidak mengenal usia dan meletakkan kepercayaan yang mendalam terhadap Acis, seorang pemuzik muda pada masa itu. Dia juga mengatakan betapa pentingnya untuk anak-anaknya merestui perkahwinan dengan suami baru.

See! Selebriti wanita kita pun tak memandang berkahwin dengan lelaki muda sebagai penghalang. Siap rileks bagi tips kepada orang lain. Bolehlah guna pakai tips dan nasihat mereka dalam mendirikan rumah tangga tak kisahlah jarak umur berapa pun.

Boleh ikut tips ni.

ALLAHU.. Kekasih Ke Akhir Hayat: Setelah 3 Hari, Ade Tanda Positif “Terasa Rindu Sangat Nak Tgk Dia Bercakap Dan Dengar Suara Dia…”

Baru jumpa doktor tadi..katanya bp dah naik,so ubat support BP dah dikurangkan 1…npk positif kat situ…pada masa yg Sama npk ada respon pada pegerakan Mata selepas sy membelai kepala dia macam biasa selalu sebelum dia tdo..atau dia sakit kepala..
Harini masuk 3 Hari tak bercakap DG dia….terasa rindu sangat nak tgk dia bercakap Dan dengar suara dia…Ya Allah apunkan dosa saya terhadap dia…mahupun yg sengaja àtaupun yg tak sedar..panjangkanlah umur dia dengan sempurna ya Allah….

Aamin…

Sumber: Taufik Abdullah

Marilah kita sama – sama mendoakan yang terbaik dan dimudahkan urusan buat keluarga ini..

Ummi memang tabik spring pada Taufik Abdullah, semoga All SWT memberkati kehidupan awak, isteri dan keluarga. ” Kekasih Keakhir Hayat

 

BAHAN BACAAN UNTUK PEMAHAMAN SEMUA

APE DIA TERTIARY HYPERPARATHYROIDISM

Ini adalah ilmu tentang TERTIARY HYPERPARATHYROIDISM yang di tulis oleh seorang doktor di Hospital Serdang, Dr Fadhlina.

Anda boleh baca kembali.
Beliau tulis beberapa hari yang lalu.

Santai Ilmu

Sudah lama saya tidak menulis. Terlalu sibuk memberi ceramah tentang bahaya suplemen kepada masyarakat. Tetapi kali ini saya akan menulis tentang penyakit paratiroid, yang biasanya meyerang pesakit- pesakit dialisis.

Setiap orang mempunyai mempunyai kalenjar paratiroid (PTH) (3-5 biji) yang biasanya terletak di belakang kalenjar tiroid. Kalenjar PTH dan kalenjar tiroid adalah dua kalenjar yang berbeza tetapi sangat penting fungsinya pada tubuh manusia. Rujuk gambar dari internet untuk visual yang lebih tepat. Gangguan fungsi pada kedua-dua kalenjar memberi manifestasi berbeza, walaubagaimanapun untuk pesakit dialisis, kalenjar PTH adalah sangat penting untuk kawalan beberapa unsur dalam badan.

Apabila seseorang itu telah menjalani rawatan dialisis, pelbagai unsur dalam badan akan berubah metabolismenya. Kesemua metabolisme unsur-unsur ini berkait rapat dengan rawatan dialisis itu sendiri, cara pemakanan dan ubat-ubatan pesakit. Kalenjar PTH (paratiroid) ini mengawal metabolisme kalsium, fosfat dan hormon IPTH yang sangat penting untuk struktur tulang kekal. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan dalam kawalan unsur-unsur ini, tulang boleh menjadi rapuh, memendek dan akan berlaku pembentukan tulang lembut yang tumbuh di kawasan tidak sepatutnya (contoh di tulang rahang, langit-langit dan beberapa tempat lagi yang tidak di duga dek akal!).Tulang lembut ini dipanggil ‘Brown’s tumour” (gambar dari internet) yang amat sukar dibuang sekiranya keseimbangan unsur kalsium, fosfat dan hormon IPTH tidak dikawal sempurna.

Pakar buah pinggang sentiasa menyarankan pengambilan diet rendah fosfat kepada pesakit untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Kami juga akan membekalkan pesakit dengan ubat pengikat fosfat (Phosphate binder) untuk memastikan fosfat sentiasa dalam kawalan. Tetapi banyak pesakit yang tidak faham tentang hakikat ini dan menganggap kami sengaja tidak mahu pesakit makan sedap dan sentiasa bagi ubatan yang berbakul-bakul. Kami sayang pesakit kami, kerana itu kami sangat kisah dan busy body dengan body anda!!!

Sekiranya kalenjar PTH didapati sukar lagi dikawal, maka selalunya pakar buah pinggang akan menasihatkan pesakit untuk membuang kalenjar ini sementara ubat masih boleh mengawal penyakiti. Walaupun selalu digerunkan dengan istilah “potong leher”, pembedahan kalenjar PTH adalah selamat, dan berisiko sederhana. Sudah pasti pakar buah pinggang akan memastikan setiap pesakit mereka akan selamat sebelum dan selepas pembedahan, dan sudah pasti langkah sewajarnya akan diambil untuk mengurangkan komplikasi.

Mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan di peringkat yang dinasihatkan, janganlah memohon pembedahan dijalankan apabila komplikasi penyakit kalenjar PTH telah menimpa anda – tulang mereput, badan memendek, tulang paru2 mengecut, wajah berubah dan sebagainya – kerana bila ini semua berlaku, risiko pembedahan akan menjadi super tinggi!!! Tidak banyak pakar bedah atau pakar bius sanggup mengambil risiko ini. Biasanya apabila berlaku komplikasi dari penyakit kalenjar PTH ini, ubat sudah tidak berjaya mengawal penyakit lagi.

Pesakit dialisisku, tepuk dada tanyalah selera!! Kami bukan kejam, kami faham penyakit anda…. kami hanya mahukan yang terbaik untuk anda!!!

#kamisayangpesakitkami
#janganjadipesakitdialisis

Sumber: Fadh Zakaria

“Tu Dia Dengan Datuk Chef Wan Sekali Dah Bunyi,Harap Acik Zaihani Ambil Semua Point Yang Ada!”-Netizen Setuju Dan Sokong Dengan Kenyataan Terbuka Chef Wan

Rasanya tidak ramai orang kenal siapakah wanita yang bernama Zaihani Zain. Katanya dia datang dari dunia fesyen yang mana dia merupakan seorang pengkritik terhadap mana-mana fesyen yang ada. Kiranya dalam dunia fesyen ramai betullah anggap dia nie GURU. Tetapi nama Zaihani Zain viral sekelip mata lantaran kerana postingnya di facebook ada mengkritik mereka yang mempunyai berat badan lebih dari 60KG.

Isu berat badan ini kalau ikut agak subjektif untuk di sebut.Ada orang berat 60KG tetapi sebab dia tinggi makanya dia tidak di lihat gemuk dan berisi. Namun kenyataannya itu telah membuatkan ramai pihak tampil memberi banyak respond dan kata mereka posting yang di buat Zaihani itu berbaurkan penghinaan kepada golongan berbadan besar sedangkan mereka yang berbadan besar ini ramai dari kalangan selebriti dan orang kaya yang menjadi pelanggan tetap satu-satu jenama fesyen mahal.Kan?

Salah seorang selebriti yang memuat naik komennya sendiri tentang apa yang di katakan oleh Zaihani itu ialah Datuk Chef Wan. Komennya panjang namun penuh dan padat dengan point yang sangat bernas.

Kata Chef Wan melalui akaun Ignya,“Dari kita maki hamun orang yg kata kita ni jenis 60Kg and above tak sepatutnya pi Fashion show dan lemak2 kita ni melimpah ruah kiri dan kanan orang baik la saya tambah berat 2 kg lagi by enjoying my Roast Chicken!🤣🤣🤣🤣🤣Dosa pun kurang!Hi macam2 dunia ini.Each week ada saja cerita sensasi or sensitive yg di viral kan.Saya juga kena belajar from all this incident at time to also zip my own mouth when it come to issues yg sensitive serta discrimination to others.

So from Crispy Chicken Rendeng we have now move to the world of fashion.This world indeed Allah jadi kan manusia mcm2 rupa and we simply cannot tell people that they dont belong here or there.We must learned to tolerate, be kind and respectful to all human beings regardless of how they look like.Ingat yang cantik itu selalu ada lah hati kita yg Allah jadi kan supaya sentiasa tanam sifat kasih sayang serta belas kasihan sesama manusia.Tak pe la saya gemuk dan perut boroi atau pun tua.

Paling tidak tak pergi fashion show saya duduk lah dapur masak dan makan sedap2.Jadi tak ada saya boleh menyakiti hati orang lain.Ingat semua hidup ini seumpama roda NOTHING STAY BEAUTIFUL FOREVER!Yang muda akan tua dan yg tua akan mati.Itu semua janji Allah yg sudah pasti!Indeed all of us out there have to learn alot in life.Tak kala kita perli org itu gemuk, tua, buruk, cacat dan mcm2 lagi di suatu hari kita juga akan sampai ke situ juga!Tak perlu tengok jauh kita pandang mak bapak sendiri di masa muda dan di hari tua mereka pun sudah cukup!Whats more beautiful is hati kita ni.”