ALLAHU.. Kekasih Ke Akhir Hayat: Setelah 3 Hari, Ade Tanda Positif “Terasa Rindu Sangat Nak Tgk Dia Bercakap Dan Dengar Suara Dia…”

Baru jumpa doktor tadi..katanya bp dah naik,so ubat support BP dah dikurangkan 1…npk positif kat situ…pada masa yg Sama npk ada respon pada pegerakan Mata selepas sy membelai kepala dia macam biasa selalu sebelum dia tdo..atau dia sakit kepala..
Harini masuk 3 Hari tak bercakap DG dia….terasa rindu sangat nak tgk dia bercakap Dan dengar suara dia…Ya Allah apunkan dosa saya terhadap dia…mahupun yg sengaja àtaupun yg tak sedar..panjangkanlah umur dia dengan sempurna ya Allah….

Aamin…

Sumber: Taufik Abdullah

Marilah kita sama – sama mendoakan yang terbaik dan dimudahkan urusan buat keluarga ini..

Ummi memang tabik spring pada Taufik Abdullah, semoga All SWT memberkati kehidupan awak, isteri dan keluarga. ” Kekasih Keakhir Hayat

 

BAHAN BACAAN UNTUK PEMAHAMAN SEMUA

APE DIA TERTIARY HYPERPARATHYROIDISM

Ini adalah ilmu tentang TERTIARY HYPERPARATHYROIDISM yang di tulis oleh seorang doktor di Hospital Serdang, Dr Fadhlina.

Anda boleh baca kembali.
Beliau tulis beberapa hari yang lalu.

Santai Ilmu

Sudah lama saya tidak menulis. Terlalu sibuk memberi ceramah tentang bahaya suplemen kepada masyarakat. Tetapi kali ini saya akan menulis tentang penyakit paratiroid, yang biasanya meyerang pesakit- pesakit dialisis.

Setiap orang mempunyai mempunyai kalenjar paratiroid (PTH) (3-5 biji) yang biasanya terletak di belakang kalenjar tiroid. Kalenjar PTH dan kalenjar tiroid adalah dua kalenjar yang berbeza tetapi sangat penting fungsinya pada tubuh manusia. Rujuk gambar dari internet untuk visual yang lebih tepat. Gangguan fungsi pada kedua-dua kalenjar memberi manifestasi berbeza, walaubagaimanapun untuk pesakit dialisis, kalenjar PTH adalah sangat penting untuk kawalan beberapa unsur dalam badan.

Apabila seseorang itu telah menjalani rawatan dialisis, pelbagai unsur dalam badan akan berubah metabolismenya. Kesemua metabolisme unsur-unsur ini berkait rapat dengan rawatan dialisis itu sendiri, cara pemakanan dan ubat-ubatan pesakit. Kalenjar PTH (paratiroid) ini mengawal metabolisme kalsium, fosfat dan hormon IPTH yang sangat penting untuk struktur tulang kekal. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan dalam kawalan unsur-unsur ini, tulang boleh menjadi rapuh, memendek dan akan berlaku pembentukan tulang lembut yang tumbuh di kawasan tidak sepatutnya (contoh di tulang rahang, langit-langit dan beberapa tempat lagi yang tidak di duga dek akal!).Tulang lembut ini dipanggil ‘Brown’s tumour” (gambar dari internet) yang amat sukar dibuang sekiranya keseimbangan unsur kalsium, fosfat dan hormon IPTH tidak dikawal sempurna.

Pakar buah pinggang sentiasa menyarankan pengambilan diet rendah fosfat kepada pesakit untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Kami juga akan membekalkan pesakit dengan ubat pengikat fosfat (Phosphate binder) untuk memastikan fosfat sentiasa dalam kawalan. Tetapi banyak pesakit yang tidak faham tentang hakikat ini dan menganggap kami sengaja tidak mahu pesakit makan sedap dan sentiasa bagi ubatan yang berbakul-bakul. Kami sayang pesakit kami, kerana itu kami sangat kisah dan busy body dengan body anda!!!

Sekiranya kalenjar PTH didapati sukar lagi dikawal, maka selalunya pakar buah pinggang akan menasihatkan pesakit untuk membuang kalenjar ini sementara ubat masih boleh mengawal penyakiti. Walaupun selalu digerunkan dengan istilah “potong leher”, pembedahan kalenjar PTH adalah selamat, dan berisiko sederhana. Sudah pasti pakar buah pinggang akan memastikan setiap pesakit mereka akan selamat sebelum dan selepas pembedahan, dan sudah pasti langkah sewajarnya akan diambil untuk mengurangkan komplikasi.

Mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan di peringkat yang dinasihatkan, janganlah memohon pembedahan dijalankan apabila komplikasi penyakit kalenjar PTH telah menimpa anda – tulang mereput, badan memendek, tulang paru2 mengecut, wajah berubah dan sebagainya – kerana bila ini semua berlaku, risiko pembedahan akan menjadi super tinggi!!! Tidak banyak pakar bedah atau pakar bius sanggup mengambil risiko ini. Biasanya apabila berlaku komplikasi dari penyakit kalenjar PTH ini, ubat sudah tidak berjaya mengawal penyakit lagi.

Pesakit dialisisku, tepuk dada tanyalah selera!! Kami bukan kejam, kami faham penyakit anda…. kami hanya mahukan yang terbaik untuk anda!!!

#kamisayangpesakitkami
#janganjadipesakitdialisis

Sumber: Fadh Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *