Beliau Yang Saya Kenal Sentiasa Menjinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana’ Rizalman Kongsi Pandangan Tentang Isu 60KG

Susulan isu 60kg yang kecoh diperkatakan di media sosial dua tiga hari ini mendapatr perhatian ramai orang.

Jika terdahulu pengulas fesyen, ZaihaniMohd Zain telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya dan menjelaskan apakah maksud sebenarnya yang hanya ingin berkongsi luahan dan tiada niat untuk menghina sesiapa, kali ini ramai pula nama-nama besar dalam industri turut memberi sokongan kepadanya.

Antara yang memberi sokongan menarik mata MH adalah pereka fesyen popular Malaysia, Rizalman yang berkongsi sedikit pandangan di Instagram.

Melalui kata-katanya, Rizalman berkata setiap hari dia dan rakan-rakannya yang lain membaca segala komen serta klip-klip dari pelbagai media yang melaporkan isu ini.

Rizalman akui agak terganggu dan kacau dengan segala kekecohan yang timbul.

“Saya merasa amat kacau apabila isu sebegini mendapat liputan meluas, hinggakan ada pihak mengasak saya memberi sedikit cetusan hati berkenaan ini,” tulisnya di dalam instagram.

Walaupun tidak mengikuti perkembangan isu ini dengan lebih mendalam, Rizalman memberitahu sebaik sahaja membaca kenyataan dan penerangan Zaihani, dirinya berharap, pengulas fesyen itu akan membuat permohonan maaf secara terbuka dan bersyukur kerana akhirnya Zaihani bertindak seperti apa yang diinginkannya.

Sempat juga Rizalman menjelaskan walaupun Zaihani seorang yang lantang, berpakaian tidak seiring dengan umur atau berketerampilan islamik seperti yang diharapkan Zaihaini sentiasa menjinjing telekungnya ke mana-mana.

Malah, Rizalman turut menjelaskan Zaihani sentiasa menghadiri pertunjukan fesyen show bermula dengan menanti di dalam surau berdekatan kerana tidak mahu terlepas waktu solat.

“Hubungan dia dengan Allah sungguh ditepati jika dibandingkan dengan kita yang agak bertoleransi dengan isu demikian.

“Apa yang berlaku kepada beliau baru-baru ini menunjukan bahawa kita semua ini adalah begitu hampir dengan keterbukaan kita mencaci manusia tanpa melihat sendiri kelemahan kita yang sedia ada.” tulisnya lagi

Dalam pada itu, Rizalman juga sempat mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan Jihan muse berkenaan dirinya pernah di tegur oleh Zaihani dan cuba mengelakkan diri dari berjumpa dengan pengulas fesyen tersebut kerana tidak mahu bersikap kurang ajar.

‘Pernah Jugak Kena Sound Tepet Dengan Dia, Sejak Tu Elakkan Diri Takut Terkurang Ajar’ – Pengakuan Jihan Muse Tentang Zaihani

Rizalman menjelaskan dia hanya mampu kenyataan Jihan sangat sofistikated dan menganggap Jihan adalah seorang MUSE.

Sumber: Mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *