“Itu Hanya Luahan Hati, Tak Maksud Pun Hina Siapa-siapa” – Giliran “Nenek Fesyen” Zaihani Mohd Zain Menjelaskan Keadaan Sebenar

Baru-baru ini, tular di media sosial akan kritikan oleh seorang pengkritik fesyen tanah air mengenai individu yang berbadan besar.

Pengulas fesyen terkenal Zaihani Mohd Zain menjelaskan status entri Facebooknya yang tular di media sosial tidak ditujukan kepada sesiapa.

Zaihani sebaliknya menegaskan dia sekadar menyatakan keluhan tentang perkara yang terjadi kepadanya pada pertunjukan fesyen tersebut.

Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan.

Bercakap secara ekslusif kepada Astro Gempak, Zaihani menjelaskan:

“Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak.

“Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

“Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja.

“Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujar Zaihani.

Zaihani memberitahu, berat badan 60 kilogram itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahan dengannya pada acara terbabit.

“Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kilogram itu sekadar anggaran saya.

“Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram.

Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.

“Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral,” tambahnya.

Zaihani tidak teragak-agak untuk menegur perbuatan itu sekiranya individu yang duduk bersebelahannya merupakan sahabat sendiri.

SERING BERLAKU DI ACARA FESYEN

Zaihani menjelaskan situasi ini sering berlaku setiap kali menghadiri acara besar seperti pertunjukan fesyen yang sepatutnya memerlukan tetamu untuk duduk dengan lebih tertib tanpa mengganggu keselesaan tetamu lain.

Imej: zalora.com

Kelmarin tular status Facebook milik pengkritik fesyen tersohor tempatan itu apabila dia dikatakan ‘menasihati’ individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri pertunjukan fesyen.

Rupa-rupanya itulah sebab mengapa Zaihani meluahkan rasa tidak puas hatinya tempoh hari. Walau apapun, diharap Zaihani lebih berhati-hati di dalam memuatnaik status di Facebook atau Twitter, bimbang masyarakat akan salah faham maksud sebenar.

Dalam perkembangan lain, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *