AL-FATIHAH BUAT NURLIYANA ABDUL RAZIFF.. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.

Al-fatihah buat Nurliyana bte Abdul Razziff yang telah kembali kepada penciptanya pada jam 8:30 malam sebentar tadi.

Jenazah akan dikebumikan esok di Banting sebelum zohor. Mari sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah

Terimakasih pada semua rakan2 FB…saudara mara yg tidak henti2 mendoakan keselamatan dia selama ni.oleh ITU sy doakan semoga Allah permudahkan semua urusan Kita…..Amin…

Doa buat Nurliyana

Kuala Lumpur: Pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di bahagian lehernya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Bapanya, Abdul Raziff Muhammad Radzi, 55, berkata, pembedahan dilakukan selama empat jam bermula jam 7 pagi semalam.

“Selepas pembedahan membuang para tiroid, Liyana kini ditempatkan di Pusat Anaesthesia Rawatan Rapi (PACU) HKL bagi pemantauan selama 24 jam oleh doktor pakar sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bimbang berlaku jangkitan kuman walaupun selepas pembedahan kerana antibodi Liyana lemah.

“Saya juga sudah berjumpa dengan Liyana pada jam 5 petang tadi (semalam). Nurliyana sudah sedar dan apabila saya bercakap dengannya dia memberikan reaksi dengan mengangguk kepala,” katanya ketika ditemui di Institut Urologi dan Nefrologi, HKL di sini, semalam.

Abdul Raziff berkata, pihaknya dimaklumkan doktor pakar selepas pembedahan dilakukan, keadaan bengkak di bahagian mulut dan rahang anaknya itu berkemungkinan akan surut.

“Namun sekiranya masih tidak surut, doktor pakar akan berbincang semula dengan keluarga bagi menentukan rawatan bersesuaian sama ada dengan melakukan pembedahan susulan di bahagian mulut atau kaedah lain.

“Kami harap Nurliyana akan pulih dengan segera selepas pembedahan ini.

“Kami amat berterima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami sekeluarga serta tidak putus mendoakan agar anak sulung kami diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penderitaan Nurliyana yang disahkan menghidap para tiroid sejak 2016 menyebabkan tulang rahangnya membesar dan bahagian dalam mulut terkeluar serta turut menjejaskan penglihatan.

Berat badannya turut menyusut daripada 55 kilogram kepada 23 kilogram manakala ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

Sebelum ini, doktor pakar tidak mengesyorkan Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid, sebaliknya perlu mencari kaedah rawatan sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

Apa Hukum Mengubah Anggota Badan.. Mesti Baca dan Share..

Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk memanjang dan membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas alasan kesihatan.

Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya? Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. Wassalam

Wassalam dan Syukran atas soalan.

Jawapan oleh Abul Harith:

Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;
Ia menjadi HARAM apabila;

– bertujuan ke arah melakukan zina dan maksiat
– membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri
Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;

– bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga
– bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;

Pembedahan Pembesaran Payudara

Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu keperluan atas alasan berikut;

1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan zakar lelaki adalah memadai.

2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.

3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih panjang.

4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak mudarat yang lebih teruk.

5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.

6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur darah & urat saraf

7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan tercedera

Sila rujuk : http://www.webmd.com/a-to-z-guides/penile-enlargement

Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.

Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.

Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah tangga.

HUKUM MEMBESARKAN PAYUDARA WANITA

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada addeen :

“ustaz , nak tnyer hukum fiqh la ckt

hukum sorang pompuan membesar payu dara haram coz mengubah ciptaan Tuhan , so bagaiman dengan produk ombak besar dan lain2 yang berada di pasaran?adakah haram ?

apa bezanya produk ombak besar jika dibandingkan dengan cara menggunakan jarum bg mendapatkan hasil yang diinginkan dari segi hukum fiqh ?
tq“
Serba salah Ustaz Love nak jawab soalan ni.. ia agak sensitif terutama di kalangan wanita (walaupun lelaki juga punya payu dara). Jadi bacalah entry ini dengan wajah dan pemikiran yang serius.. jangan larikan fokus pemikiran kepada perkara2 yang tak sepatutnya.

Secara umumnya, sebarang aktiviti yang mengubah ciptaan Allah secara kekal, maka hukumnya adalah haram (kecuali dalam kes2 khusus yg dinyatakan dalam hadis spt menyambung rambut, mencukur bulu kening dsb yang mana walaupun ia akan tumbuh kembali atau boleh diubah kepada asal, tetapi ada larangan khusus yg mengharamkan perbuatan itu). Bagi perkara2 yang tiada larangan khusus, maka kena lihat sama ada perubahan itu melibatkan perubahan kekal atau tidak.

Sebagai contoh, jika melakukan pembedahan plastik pada wajah, maka hukumnya adalah haram kerana ia mengubah wajah itu secara kekal. Begitu juga dengan jika melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk tujuan kecantikan, maka hukumnya adalah haram. Ia berbeza jika ada isu perubatan di situ..

sebagai contoh, jika seorang wanita dewasa mempunyai payudara yang kecil (macam budak belum akil baligh), maka ia dikira suatu kecacatan dan ada maslahah tertentu untuk dibesarkan (supaya boleh menjadi wanita yg normal dan boleh menyusukan anak), maka ketika ini harus melakukan pembedahan pembesaran payudara. Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya.

Kiranya, kalau ada maslahah dari sudut perubatan (dan disahkan doktor tiada kesan sampingan yg membahayakan), maka haruslah melakukannya.

Itu kalau bab pembedahan.. bagaimana pula dengan bab membesarkan payudara dengan cara suntikan atau pemakanan (makan ubat Ombak Besar ke, Ombak Rindu ke, Ong Bak ke dsb)? Bab suntikan dan pemakanan ini, harus melakukannya.. kerana perubahan itu bukanlah perubahan yg kekal abadi. Setakat pengetahuan Ustaz Love, produk2 pembesaran ini perlu diambil dalam skala dan tempoh tertentu untuk memperolehi hasil yang diinginkan.

Walaupun pembesaran itu melalui proses penambahan hormon dsb, tetapi ia berlaku secara semulajadi dan alami.. bukanlah lepas2 makan, terus payudara berubah bentuk.. sebaliknya perlukan masa sikit2 untuk membesar.

Cuma, dalam keghairahan melakukan perkara ini, perlu diperhatikan beberapa perkara.. antaranya yang paling utama adalah niat.. sbb apa nak lakukan pembesaran itu? Adakah sebab supaya nampak seksi dan nak tunjuk kepada lelaki (selain suami)? Kalau itulah tujuannya, maka hukumnya adalah haram.. kerana niatnya itu tak menghalalkan cara.

Ataupun jika menggunakan bahan2 terlarang.. sebagai contoh, menggunakan silikon yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika payudara itu pecah (masa kemalangan ke, tercucuk jarum ke.. kihkih).. ataupun menggunakan bahan2 yg haram spt bahan2 yang mengandungi DNA babi dsb.

Jangan pula silap faham bila dikatakan harus melakukan suntikan hormon itu, maka para pondan2 pun mengatakan harusnya mereka membesarkan payudara.. itu dah masuk bab lain.. menjadi pondan tu pun dah haram, tak kira la suntik hormon ke, tak suntik hormon ke.. yg Ustaz Love cerita ni pasal wanita tulen, bukan tiruan.. kihkih..

Apa pun, dapatkan dulu nasihat pakar perubatan yang diiktiraf.. ada kemungkinan orang lain takde masalah nak makan, tapi kita ada masalah.. sebab tubuh badan kita ni tak sama.. ada yg sakit kepala, makan panadol 2 biji boleh hilang.. ada yg kena makan ponston baru boleh hilang..

“Kak, terlupa pakai kain ke?” – Wanita bertudung berseluar pendek di dalam lif teruk dikecam netizen

Sejak semalam, skeping gambar seorang wanita yang memakai tudung sambil berseluar pendek di dalam sebuah lif telah jadi tular di media sosial.

Wanita terbabit dilihat memakai tudung berwarna merah, tetapi berseluar pendek sehingga menampakkan bahagian kaki dia yang gebu. Namun tidak diketahui apakah motif dia berpakaian sebegitu rupa.

Netizen yang tersinggung dengan perbuatan wanita tersebut telah mengecam keras tindakan wanita bertudung kerana berpakaian seakan-seakan mempersendakan agama Islam.
Dua akhir zaman

Perbuatan tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen yang merasakan tudung yang dipakai hanyalah sekadar hiasan semata-mata, bukan untuk menutup aurat dengan sempurna.

Tengok betis pun dah tau

Coli pun takde, jantan la kot

Namun ada juga beberapa orang netizen yang berfikiran positif mengatakan tidak perlu menjatuhkan maruah wanita tersebut kerana mungkin itu adalah ‘lelaki’ yang menyamar sebagai wanita bertujuan untuk ‘mengusik’ netizen semata-mata.

Tetapi ramai yang yakin individu itu adalah seorang perempuan berdasarkan kepada bentuk punggungnya dan tapak sandalnya yang agak tinggi.

Tak kisahlah, sekiranya dia memang seorang wanita, perbuatan individu di dalam gambar itu adalah tidak wajar kerana seperti menghina Islam namun jika dia seorang lelaki, tidak perlulah mencetuskan kontroversi dan mengundang fitnah bagi kalangan wanita yang bertudung dan menutup aurat.

Sumber : OhMyMedia via kisahrumahtangga

Ini Rupanya Sebab Sebenar Kenapa ‘Hero Malaya’ Zaidi Salleh Terjun Untuk Selamatkan Gadis Dari Bunuh Diri

Zaidi Salleh, 52, apabila mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, hari ini.

Zaidi berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.

Katanya, dia memikirkan mangsa seperti anak sendiri menyebabkannya tidak sampai hati melihat keadaan itu lalu terjun dari ketinggian antara 18 hingga 20 meter demi menyelamatkan nyawa wanita itu.

HASIL LATIHAN KOMANDO DAHULU

Zaidi yang berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.

“Saya memang tidak fikir panjang ketika itu kerana melihat mangsa menjerit meminta tolong sekali gus menimbulkan rasa kasihan apatah lagi dia seolah-olah seperti anak saya sendiri.

“Bagaimana perasaan saya sebagai seorang bapa sanggup membiarkan ‘anak’ menjerit dan meminta pertolongan seperti itu lalu terus terjun untuk menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

“SAYA anggap dia macam anak sendiri menyebabkan saya nekad untuk terjun ke laut bagi menyelamatkannya.”

“Syukur dengan kelebihan yang dianugerahkan ini kerana saya dapat berbakti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

.

“Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.

Wanita Itu Sendiri Tidak Pasti Apa Yang Berlaku Sepanjang 45 Minit Di Ambang Maut

“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, mereka yang diselamatkan pasukan penyelamat kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan bot nelayan yang berada di lokasi.

VIDEO RAKAMAN KETIKA MEREKA DISELAMATKAN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

“Hasil temubual awal yang dijalankan dengan mangsa didapati dia bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE