Ini Rupanya Sebab Sebenar Kenapa ‘Hero Malaya’ Zaidi Salleh Terjun Untuk Selamatkan Gadis Dari Bunuh Diri

Zaidi Salleh, 52, apabila mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, hari ini.

Zaidi berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.

Katanya, dia memikirkan mangsa seperti anak sendiri menyebabkannya tidak sampai hati melihat keadaan itu lalu terjun dari ketinggian antara 18 hingga 20 meter demi menyelamatkan nyawa wanita itu.

HASIL LATIHAN KOMANDO DAHULU

Zaidi yang berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.

“Saya memang tidak fikir panjang ketika itu kerana melihat mangsa menjerit meminta tolong sekali gus menimbulkan rasa kasihan apatah lagi dia seolah-olah seperti anak saya sendiri.

“Bagaimana perasaan saya sebagai seorang bapa sanggup membiarkan ‘anak’ menjerit dan meminta pertolongan seperti itu lalu terus terjun untuk menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

“SAYA anggap dia macam anak sendiri menyebabkan saya nekad untuk terjun ke laut bagi menyelamatkannya.”

“Syukur dengan kelebihan yang dianugerahkan ini kerana saya dapat berbakti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

.

“Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.

Wanita Itu Sendiri Tidak Pasti Apa Yang Berlaku Sepanjang 45 Minit Di Ambang Maut

“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, mereka yang diselamatkan pasukan penyelamat kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan bot nelayan yang berada di lokasi.

VIDEO RAKAMAN KETIKA MEREKA DISELAMATKAN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

“Hasil temubual awal yang dijalankan dengan mangsa didapati dia bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *