Isteri Amy Search Berbaju Kurung Selepas Tawan Puncak Annapurna Tarik Perhatian Netizen. Sanggup Tahan Sejuk Untuk Rai Kejayaan!

Selepas Nabila Huda berjaya menawan Gunung Annapurna yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut tahun lalu, giliran bapanya pula Amy Search melaku perkara yang sama.

Tidak bersendirian, isteri Amy  Nourish atau Norhasniza Hassan turut serta dalam ekspedisi itu. Pada usia 60 tahun ramai kagum dengan tenaga dan semangat penyanyi ini bila berjaya sampai menjejak kaki ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal.

Tapi satu lagi yang menarik perhatian netizen ialah bila melihat foto isterinya yang sanggup berbaju kurung menahan kesejukan bagi meraikan kejayaan menawan Annapurna.

Foto tersebut mendapat reaksi pengikutnya yang rata-rata bertanya pada Nourish tak sejuk ke berbaju kurung nipis di puncak yang penuh salji.
Amy mengalir air mata
Penyanyi lagu Isabella ini turut berkongsi banyak foto-foto menarik yang lain sepanjang ekspedisi itu di laman instagram @aku.amysearch.

Malah momen paling indah saat-saat tiba di puncak juga turut dikongsi oleh Amy. Penyanyi ini dilihat mengalirkan air mata dalam satu video yang dirakam isterinya.

“This is it, this is your dream,”ujar Nourish sambil merakam video  Amy Search mengalir air mata dan berpelukan bersama rakan-rakan lain yang menyertai ekspedisi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *