All posts by Nash

“HAMIL PUN NAK BAGITAHU MEDIA. MINTAK2 GUGUR LAGI” – KATA XALY PADA SITI NUHALIZA

 

Hamil Pun Nak Bagitahu Media. Mintak2 Gugur Lagi” – Kata Xaly Pada Siti Nuhaliza

Dalam dunia alam maya ni, sememangnya kita tak dapat menghalang mulut2 puaka dari mengeluarkan kata2 yang jijik terhadap orang lain.

Terbaru, pemilik akaun twitter @Xaly14 telah menarik perhatian netizen kerana mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya sejurus Dato Siti Nurhaliza mengumumkan kehamilannya yang berusia 4 bulan.

Allahu, rezeki anak itu Allah yang bagi. Tak ada seorang pun wanita yang dah kahwin tak nak anak. Ramai mempersoalkan pemilik akaun twitter tersebut malah ada juga yang melemparkan makian terhadap beliau :

“Astaghfirullahal’adzim..istighfar la bnyk2 wahai insan..beringat sebelum terkena pd batang hidung sndiri..nauzubillah..xkn makbul pn doa kau yg xbaik ni..doa2 la moga apa yg kau ckp ni xbalik pd diri kau..Allah maha adil dan maha mengetahui segala yg ada dilangit & dibumi..”

“Ya Allah..bila dia bgtau tu mknanya dia nk la kita tlg doakn utk dia..ksian dia dh lama sgt mnanti..xkn xfham..doa yg baik2 sudah..jgn trlampau busuk hati sgt pada org..moga Allah ampunkn dosa kau..Allahu”

 

Sumber asal & kredit kepada: http://mykisahviral.com

10 Tempat Paling Menyeramkan Di Malaysia…..

Tahukah anda dimana tempat-tempat paling berhantu dan menyeramkan di Malaysia? Sebenarnya terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia.

Mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian misteri dan pelik yang berlaku dikawasan tersebut sehingga menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Berikut ini adalah beberapa tempat paling misteri dan berhantu di Malaysia:

1. Lebuhraya Karak, Pahang

Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam sejak tahun 1977, menghubungkan KL dengan Karak dan telah dinaiktaraf daripada 4 lorong ke 6 lorong pada 1997.

Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas.

Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu!

Satu lagi kisah berkenaan 4 orang hamba Allah dalam perjalanan dari Shah Alam ke Tanah Merah. Semasa melalui Bentong, tiba-tiba dua orang daripada mereka, Saifullah dan Hadi telah terdengar bunyi selepas terhempas di bahagian belakang kereta. Dua rakan lain Azizi dan Malik sedang tidur.

Selepas melihat cermin belakang, mereka tidak nampak apa-apa. Semasa memotong sebuah lori balak, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali.

Beberapa kenderaan yang memintas kereta mereka turut menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon, mengejutkan rakan yang sedang tidur.

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

Semasa Hadi dan Saifullah membuka pintu kereta, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta perjalanan diteruskan sambil menepuk-nepuk belakang kerusi.

Malik mengalami ketakutan yang amat sangat setelah ternampak pontianak sedang berbaring di atas but kereta, dengan wajahnya menghadap mereka.

2. Bukit Putus, Negeri Sembilan

Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung.

Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan.

3. Victoria Institution, Kuala Lumpur

Dibina pada 1893, sekolah ini adalah yang tertua di KL. Berikut adalah diantara kisah seram yang dikaitkan dengan Victoria Institution.

Kisah Satu

Ada satu bilik muzik yang terletak di bawah tanah. Untuk ke bilik ini perlu melalui terowong yang panjang. Seorang pelajar telah hilang di sini dan belum lagi ditemui sehingga hari ini.

Kisah Dua

Berdasarkan pengalaman seorang pengawal keselamatan. Suatau hari dia bertugas untuk shift malam. Seperti biasa dia membuat rondaan di sekitar sekolah.

Semasa melalui Pavilion (stor barangan sukan) dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang.

Selepas itu pengawal tersebut telah mengambil cuti sakit kerana demam panas. Dia mendakwa telah ternampak sepasukan tentera Jepun sedang berkawad!

Kisah Tiga

Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini telah dijadikan markas tentera. Tandas di Victoria Institution telah menjadi tempat memancung kepala tawanan perang.

Diceritakan, pernah seorang pelajar ternampak mayat tergantung di pintu tandas. Ada juga yang cerita telah melihat darah mengalir keluar dari dalam tandas.

Jangan terkejut disebalik banyak kisah mistik yang terjadi, Tandas 206 tersebut masih lagi digunakan!

Kisah Empat

Di Victoria Institution ada sebuah menara jam dengan tinggi kira-kira 30 meter. Ramai pelajar pernah ternampak “benda” duduk di atas menara jam itu pada waktu malam.

Kisah Lima

Kisah daripada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kumpulan koir. Mereka selalu berlatih sehingga lewat malam di sekolah.

Suatu kisah yang berlaku pada 2005, seorang anggota koir telah hilang dan ditemui semula sedang tidur di atas tangki air.

Setelah ditanya, pelajar ini berkata dia telah terjumpa seorang wanita berjalan seorang diri di dalam kawasan sekolah. Atas dasar prihatin dia cuba bertanya pada wanita itu, namun kemudiannya tidak sedarkan diri dan tidak ingat apa-apa.

4. Penjara Pudu, Kuala Lumpur

Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981.

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk.

Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil.

Diharap bangunan baru yang sedang dalam pembinaan bebas daripada gangguan makhluk halus.

5. Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang

Masyarakat Cina percaya di mana ada lampu yang menyala iaitu Yang, makan Yin iaitu bayang-bayang akan muncul bersama.

Namun begitu, sesetengah tempat sinaran Yang tidak masuk, makan kegelapan Yin akan menyelubungi dan antara tempat yang dikaitkan dengan unsur Yin adalah dewan.

Mengikut cerita yang agak popular tentang Dewan Sri Pinang, seorang penari telah dirasuk ketika membuat rehearsal.

Penari itu bergayut dan meminta penari lain untuk berdansa bersama sebelum menyuruh mereka semua melakukan penyembahan di sekitar dewan termasuklah kawasan sempit di bawah pentas.

Penari seakan berkhayal dan tubuhnya seperti dikawal kuasa ghaib. Kekasih wanita itu cuba untuk menyedarkannya.

Tiba-tiba wanita itu menjerit dengan kuat dan mengarahkan semua orang untuk tinggalkannya seorang diri di situ.

6. Highland Towers, Ampang

Seorang pemandu teksi telah mengambil penumpang wanita berpakaian putih di tepi jalan. Pada masa itu sudah pukul satu pagi.

Wanita itu meminta untuk dihantar ke Taman Hill View, Highland Towers dan pemandu teksi itu bersyukur kerana taman itu terletak dalam perjalanan ke rumahnya.

Dia terlupa yang penduduk telah diarahkan berpindah dan tempat itu telah pun dikosongkan.

Mereka tiba di Highland Towers. Pemandu teksi mengingatkan wanita itu supaya berhati-hati, kerana tempat itu keras.

Wanita itu membalas, ‘Saya tahu, tapi saya tetap ingin ke sana.’

Kenapa ingin masuk ke situ, tanya pemandu teksi. Wanita itu membalas, ‘Saya tertinggal tangan dan kaki.’

7. Sandakan Memorial Park

Taman yang dibina sempena mereka yang telah terkorban ketika peristiwa Perarakan Maut Sandakan.

Mengikut sejarah, dari Januari hingga Ogos 1945, lebih seribu tahanan warga Australia dan Britain telah dipaksa berarak dari Sandakan ke Ranau dalam perjalanan sepanjang 260 kilometer. 6 orang sahaja daripada jumlah itu yang hidup. Selebihnya mati.

Taman yang dibina itu adalah tempat bermulanya perarakan maut tersebut.

8. Bukit Hantu, Penang

Dengar namanya saja sudah menyeramkan. Juga dikenali sebagai Bukit Maung, NatGeo mengisytiharkan Bukit Hantu sebagai antara 10 tempat paling berhantu di Asia.

Pihak British telah membina sebuah kubu di puncak bukit ini untuk mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh, namun kubu ini jatuh ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Seorang pegawai tentera Jepun telah melaksanakan seksaan dan hukuman pancung kepala kepada ramai mangsa.

Setelah mati, roh pegawai itu mengganggu penduduk setempat. Rohnya dikatakan menjadi penunggu di Bukit Hantu, yang kini telah menjadi muzium perang.

9. Tambun Inn, Ipoh

Hotel tiga tingkat ini terletak berhampiran tanah perkuburan cina. Pengunjung hotel ini melaporkan lampu dinyalakan dan dipadam sendiri.

Mereka mendengar bunyi pelik, seperti berbisik atau menjerit dan mereka tidak dapat memastikan dari mana datangnya bunyi itu.

Ada juga pengunjung yang tidur di bilik sendiri tetapi esoknya bangun di bilik lain.

Bukan pengunjung juga tidak terkecuali. Sesuatu dikatakan menumpang motosikal seorang lelaki ketika dia melewati kawasan itu. Dia merasakan motosikalnya terasa berat, seperti ada seseorang menumpang di belakang.

10. Hotel First World, Genting Highlands

Pusat peranginan dan Hotel First World ini dikatakan dihuni hantu-hantu mereka yang membunuh diri selepas kalah besar di kasino.

Kanak-kanak menangis dan tidak mahu pergi ke sesetengah kawasan dalam hotel. Pengunjung yang sihat walafiat tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab munasabah. Anda mungkin terhidu bau kemenyan, dipercayai adalah makanan untuk jin dan hantu.

Beberapa bilik daripada 6118 buah dikatakan keras dan pihak hotel tidak pernah menyewakan bilik-bilik ini, walaupun ketika bilik-bilik lain sudah habis ditempah.

Seluruh tingkat 21 dikatakan keras dan lif dikatakan sering tidak berhenti di tingkat itu tanpa sebab.

Menurut sumber yang dirahsiakan, ada 1 bilik yang tersorok di dalam kasino khas untuk golongan VVIP sahaja.

Sumber itu memaklumkan terdapat sekuntum bunga teratai emas yang misteri. Teratai ini ibarat tukang ramal kerana jika bunga ini mengembang, ramai kaki judi akan menang pada masa itu. Sebaliknya jika tidak kembang, kasino akan mendapat semua keuntungan.

Dalam bilik yang sama, ada sami-sami yang ditugaskan untuk menyekat makhluk halus yang dibawa penjudi, yang tujuannya untuk memberi kemenangan.

Sami-sami ini akan dapat tahu jika penjudi membawa belaan mereka dan belaan ini disekat di kawasan meletak kenderaan berhampiran selekoh ke Genting.

Wallahu a’lam.

6 Selebriti Mama yang ‘Cun Melecun’. No 6 Tu Paling Popular Sekarang ni!

Berstatus ibu bukannya alasan untuk menjaga keterampilan diri. Malah, kini dilihat penampilan selebriti yang bergelar ibu mengalahkan anak dara.

Maklumlah sebagai public figure haruslah sentiasa menjaga penampilan diri terutamanya ketika berdepan dengan peminat ataupun menghadiri majlis-majlis tertentu.

Jom MH Online kongsikan enam selebriti yang sentiasa dilihat sebagai ‘Hot Mama’ :

1.Rozita Che Wan

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tetap nampak seperti seorang anak dara. Lebih-lebih lagi anaknya yang cukup bergaya layak seorang model. Manakan tidak, lihatlah ibunya antara selebriti jelita di Malaysia.

2.Wawa Zainal

Aktres berlesung pipit ini mempunyai dua cahaya mata. Walaupun Wawa Zainal bergelar ibu kepada dua orang anak, namun dia tetap tampil cantik. Malah, kedua anaknya mewarisi ketampanan bapanya dan kecantikan dirinya sendiri.

3. Hanis Zalikha

Ibu kepada Yusuf Iskandar ini sememangnya bijak bergaya. Melihat kemesraannya bersama suami juga membuat ramai yang cemburu. Anak lelaki tunggalnya juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan pastinya setiap aksi dilakukannya begitu mencuit hati!

4.Scha Al-Yahya

Ibu muda ini sangat bijak bergaya walaupun di mana dia berada. Lihatlah anak kesayangannya, Lara Alana begitu comel dan bijak. Malah mengatasi populariti ibu dan ayahnya.

5. Syatilla Melvin

Baru sahaja bergelar ibu dan bekas model ini semakin sibuk menguruskan anak di rumah. Menjadi isteri kepada pelakon terkenal, pastinya anak tunggalnya juga menerima tempias yang sama. Syatilla baru sahaja menyambut kehadiran permata hati sulung mereka pada 9 Mei yang lalu, Syeriv Samheizy.

6.Joy Revfa

Rentetan cerita kontroversi membabitkan Joy Revfa dengan penyanyi, Hafiz Hamidun, namanya juga turut dilabel selebriti paling popular. Usahawan muda cantik ini mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

 

7 FAKTA MENGAGUMKAN BANGUNAN BURJ KHALIFA, BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

Bangunan tertinggi di dunia ini terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dubai sendiri adalah salah satu daripada tujuh emiriah dan bandar paling ramai penduduk di UAE, yang terletak di sepanjang pantai selatan Teluk Parsi di Semenanjung Arab.

Menara Burj Khalifa telah dirasmikan pada 4 Januari 2010, bangunan 160 tingkat itu dinobatkan sebagai salah satu bangunan buatan manusia tertinggi di dunia. Menara ini menjadi sangat terkenal kerana kehebatan seni bina yang sangat menarik.

Bagi mereka yang telah atau tidak pernah melawat Burj Khalifa, anda mesti tahu fakta yang menakjubkan tentang bangunan tertinggi di dunia. Anda akan kagum!

1. Menara ini mempunyai lif terpantas di dunia dengan kelajuan 60km sejam.

(Foto: youtube.com)
2. Jumlah lif yang terdapat di bangunan ini ialah 57 lif dan 3,000 tangga.

(Foto: youtube.com)
3. Burj Khalifa memecahkan rekod sebagai bangunan dengan jumlah tingkat paling banyak di dunia iaitu sebanyak 160 tingkat, mengalahkan Wills Tower dan World Trade Center yang pernah memegang rekod dengan bilangan tingkat sebanyak 110 tingkat.

(Foto: oobject.com)
5. Bangunan ini mempunyai ketinggian 829.8 meter yang menewaskan tinggi bangunan Empire State dua kali ganda dan tiga kali lebih tinggi daripada Menara Eiffel.

(Foto: burjkhalifa.ae)
6. Reka bentuk keseluruhan bangunan diinspirasikan dari bentuk bunga Hymenocallis dari Yunani.

(Foto: quora.com)
7. Tinggi bangunan Burj Khalifa dapat dilihat dari jarak 95 kilometer.

(Foto: segredosdeviagem.com.br)

Bergetar Tulang Rusuk !! 20 Wanita Yang Tercalon Dalam ‘100 Wanita Tercantik Di Dunia’.Dari Malaysia Pun Ada..

Siapa wanita paling cantik di dunia? Persoalan yang sangat umum, terutama untuk lelaki.

Disebabkan itu juga, pelbagai majalah dan laman web membuat sebuah senarai-senarai mengenai wanita di dunia ini yang mempunyai paras paling cantik. Selain fizikal dan kecantikkan, masih ada beberapa faktor lain dimabil berat seperti selebriti, keyakinan diri, kecerdasan, populariti, dan skil. Walaupun fakta umum cukup cantik.

Penilaian ke atas kombinasi keindahan luar dan dalaman diperlukan. Walaupun keindahan luar atau fizikal akan bertambah mengikut waktu, faktor lain tidak akan memakan masa dan akan membuat seseorang sentiasa cantik. Cantik datang dari jiwa dan hati.

Berikut ini senarai top 20 wanita tercantik di dunia:

1. Liza Soberano – Filipina

Pelakon dan model ini adalah kacukan Filipina-Amerika yang menjadi cover jenama terkenal dunia Maybelline. Tahun lepas, dia menduduki tempat kedua dalam majalah di Amerika.

2. Emma Watson – England

Emma Watson adalah seorang pelakon, model dan aktivis British yang berumur 27 tahun dilahirkan di Paris, Perancis.

3. Im Jin Ah – Korea

Im Jin Ah atau lebih dikenali sebagai Nana adalah ahli After School yang mempunyai tubuh yang mempesonakan, membuatkan imej seksi melekat padanya. Wajar jika Nana disebut sebagai Artis Korea Tercantik 2015. Malah, sebutan itu telah diraih Nana selama dua tahun berturut-turut.

4. Lupita Nyongo – Kenya

Peranan yang membuat namanya meningkat sehingga kini adalah Patsy on Three Years a Slave. Malah, peranan itu menjadikannya paling banyak disoalkan dalam wawancara oleh pelbagai media tempatan dan antarabangsa semasa berjalan di Red Carpet. Lupita juga memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Akademi, dan juga memasuki halaman utama majalah Vogue.

5. Fahriye Evcen – Turki

Dia adalah salah seorang pelakon Turki paling cantik, menempah urutan ketiga dalam senarai majalah dunia. Wantia dilahirkan pada 4 Jun 1986 di Solingen, Jerman dapat mampu berbahasa Turki, Jerman, Inggeris, dan Sepanyol.

6. Alexandra Daddario – Amerika Syarikat

Wanita yang mempunyai mata paling cantik di dunia, Alexandra Daddario. Pelakon cantik ini mempunyai keturunan darah Itali, Ireland, Hungary, Jerman, dan England. Dilahirkan pada 16 Mac 1986 juga dikenali mempunyai badan yang sangat seksi.

7. Mozhdah Jamalzadah – Afghanistan

Mozhdah Jamalzadah adalah seorang gadis dari Afghanistan. Pada usia 5 tahun, ketika perang meletus di negaranya, dia dan keluarganya melarikan diri ke Kanada. Sekarang, wanita itu aktif sebagai penyampai dan aktivis televisyen. Di luar kesibukannya, Mozhdah Jamalzadah mengambil masa untuk menulis lagu. Dengan wajah yang menarik, Mozhdah Jamalzadah diiktiraf sebagai salah satu wanita Islam paling cantik di dunia.

8. Gal Gadot – Israel

Wanita tercantik dari Israel ini memang sangat luar biasa, selain menjadi seorang model, dia turut berperanan dalam filem. Filem The Fast and The Furious adalah salah satu filem yang menaikkan namanya hingga ke hari ini. Tawaran untuk berlakon dalam filem lain seperti Wonder Woman adalah bukti bahawa dia komited dalam lakonannya.

9. Noor Neelofa Mohd Noor – Malaysia

Buat rakyat Malaysia yang tidak mengenali dan rasa aneh dengan nama Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor merupakan salah seorang selebriti terkenal di Malaysia. Selepas melihat wajahnya yang cantik, pastinya anda tidak akan dapat melupakan namanya.

10. Kiara Kabukuru – Uganda

Siapa kata wanita cantik semestinya putih dan rambut panjang? Wanita berkulit hitam ini dapat membuktikan bahawa dia boleh dicalonkan dalam 20 wanita cantik di dunia. Kabukuru dilahirkan pada 31 Julai 1975 di Kampala, Uganda dan telah menjadi model sejak berumur 16 tahun.

11. Kate Menson – Ghana

Model hitam manis ini menjadi model utama Ghana, dan telah menjadi model di Mercedes Pickup di Afrika Selatan

12. Jetsun Pema – Bhutan

Jetsun Pema, wanita cantik dengan hobi bermain bola keranjang ini dikenali sebagai isteri Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyle Wangchuck. Jetsun yang usianya lebih muda 10 tahun dari suaminya kerap menemani Raja Bhutan itu berkunjung ke pelbagai tempat dengan memakai busana tradisional khas negaranya. Inilah keindahan Jetsun Pema dalam pakaian tradisional yang khas di negara ini di rantau Asia Selatan.

13. Yaya DaCosta – Brazil

Yaya DaCosta adalah salah satu model dan pelakon yang cantik. Yaya telah memenangi beberapa anugerah filem Amerika untuk persembahannya yang luar biasa.

14. Priyanka Chopra – India

Pelakon India, penyanyi, dan dermawan, tiga perkara yang boleh menggambarkan Priyanka Chopra.

15. Pimchanok Luevisadpaibul

Pernahkah anda menonton ‘A Little Thing Little Called Love’? Pada masa itu Pim berperanan sebagai Nam yang merupakan gadis yang suka pada Shone di kelasnya dilakonkan oleh Maurer Mario. Luevisadpaibul sudah mendapat pelbagai anugerah dalam festival filem kerana filem ini.

16. Liu Yi Fei – China

Si cantik juga dikenali sebagai Crystal Liu yang lahir pada tarikh 25 Ogos 1987 yang mula masuk di dunia artis tahun 2005.

17.Samantha Harris – Australia

Samantha Harris adalah seorang wanita Orang Asli (Aborigine) yang cukup menonjol. Dia mahu melihat lebih ramai wanita peribumi asli disokong oleh industri fesyen Australia.

18. Raisa – Indonesia

Raisa Andriana adalah seorang penyanyi dan akaun Instagram @TCCandler Raisa yang mendapat lebih daripada 120K seperti lebih daripada beberapa selebriti wanita dunia seperti Emma Watson, Yoona SNSD, Gal Gadot dan banyak lagi.

19. Haku-Mongolia

Kecantikan wajah gadis Mongolia yang anggun menawan dan kajian sains juga membuktikan bahawa gadis Mongolia mempunyai seni menggoda mereka sendiri yang mengejutkan dunia.

20. Ratu Rania Al Abdullah – Kuwait

Bercakap tentang wanita Arab yang memiliki keindahan dalaman dan luaran, Ratu Rania mungkin menjadi tokoh yang sangat tepat. Peranannya sebagai wanita Jordan benar-benar sangat baik. Selain bijak dan cantik, Queen Rania juga ternyata adalah seorang yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan. Ini benar-benar cantik dan indah dari dalam dan luar.

Sumber:soyalemon.com

4 FOTO: Adik Neelofa, Ameera Khan Tayang Kekasih, Anak Tan Sri. Wow…Kekasihnya Kacak Bergaya, Anak VIP

Instafamous, Ameera Khan hari ini mencuri perhatian sekali lagi.

Adik kepada Neelofa ini telah memuatnaik foto kekasih hatinya di laman media sosial.

Kekasihnya itu bernama Suhail dan merupakan anak kepada seorang Tan Sri yang juga bekas menteri.

Untuk pengetahuan, Suhail merupakan anak kepada Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Haji Zulhasnan Rafique iaitu ahli politik dan juga bekas Malaysian Minister of the Federal Territories.

Ayah Suhail juga merupakan bekas Ahli perlimen Setiawangsa.

Ameera yang baru berumur 16 tahun telahupload gambar bersama Suhail di laman media sosial dan terus menjadi buah mulut para followernya.

Gambar itu dimuatnaik dengan caption ucapan selamat hari lahir ke 22 untuk Suhail dan disertakan ucapan I Love You.

Ini foto kekasih Ameera:

Sesuai dengan statusnya yang merupakan seorang Instafamous, gambar tersebut menjadi viral sekelip mata.

Ramai yang memuji kekacakkan kekasih hati Ameera Khan tersebut dan ada juga yang mempersoalkan percintaan antara mereka kerana Ameera terlalu muda katanya.

Ameera Khan sebelum ini ada memuatnaik foto bersama Suhail cume kurang yang perasan kerana tiada caption ‘i love u’.

Ini fotonya:

Suhail sebelum ini ada memuatnaik foto bersama Ameera Khan di laman media sosial miliknya.

Ini fotonya:

Ameera Khan sebelum ini sering menjadi buruan media kerana kecantikkan wajahnya.

Namanya menjadi sebutan apabila mengambil keputusan membuka hijab.

Namun apa yang memeranjatkan ialah setelah membuka tudung, Ameera Khan dilihat sering tampil dengan pakaian yang agak terdedah.

Sejarah Kasut Bata Yang Ramai Tak Tahu

Bata. Hampir semua warga Malaysia pernah memiliki jenama kasut ini, terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Kasut sekolah Bata antara yang paling popular satu ketika dahulu, dan masih popular sehingga kini. Namun apa yang peliknya, ramai yang beranggapan kasut Bata jenama tempatan atau “local”, sama ada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ia tidak lain tidak bukan kerana perkataan “Bata” itu sendiri yang mempunyai maksud dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya, Bata adalah syarikat pengeluar terkenal dunia dan terbesar di Eropah satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi satu kuasa besar dalam industri kasut.

Penubuhan Bata

yarikat kasut T. & A. Bata adalah merupakan perusahaan keluarga yang dimulakan oleh 3 beradik iaitu Tomáš, Anna dan Antonín Baťa pada 24 Ogos 1894. Mereka merupakan generasi ke-8 dalam keluarga tukang kasut di kawasan luar bandar Zlin, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan Slovakia).

Adik-beradik Bata ini memang inovatif sejak mula lagi. Mereka menggantikan cara bengkel tradisional membuat kasut yang biasanya dilakukan oleh seorang, kepada 10 orang.

Pada tahun 1897, teknik pengeluaran menggunakan mesin diperkenalkan termasuk mesin pembuat kasut dipacu oleh wap, menjadi pencetus kepada pemodenan pengeluaran kasut yang pesat membuatkan Bata mampu menjadi antara pengeluar kasut besar-besaran di Eropah.

Dan pada tahun 1899, kedai Bata pertama telah dibuka di kampung halaman mereka di Zlin.

Bata mula berkembang pesat dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada tahun 1905, pengeluaran kasut oleh Bata mencecah 2,200 pasang kasut sehari, sekaligus menjadikan syarikat ini sebagai pengeluar kasut terbesar di Eropah. Dan menjelang 1912, kakitangan Bata telah mencecah 500 orang.

Bata ketika Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama yang bermula pada tahu 1914 telah memberikan impak yang sangat besar kepada Bata. Ia disebabkan oleh pesanan kasut oleh tentera yang sangat banyak, membuatkan kakitangan Bata bertambah 10 kali ganda daripada sebelumnya.

Bata kemudiannya membuka cawangan di Prague, Liberec, Vienna, Pilsen dan banyak lagi bandar-bandar lain.

Tomáš Baťa

Namun, langit tak selalunya cerah. Ekonomi dunia merudum teruk selepas Perang Dunia Pertama, menyebabkan mata wang Czechoslovakia merosot sebanyak 75%. Permintaan menjadi berkurangan menyebabkan pengeluaran dihentikan sekaligus mengakibatkan pengangguran yang sangat tinggi.

Tidak cepat melatah dan bijak mengendalikan situasi itu, Tomáš Baťa mengambil keputusan menurunkan harga kasut menjadi separuh, dan para pekerja bersetuju untuk dikurangkan gaji sebanyak 40%. Sebagai ganti, Bata menyediakan makanan, pakaian dan keperluan lain dengan separuh harga.

Bukan itu sahaja, beliau telah memperkenalkan inisiatif keuntungan-bersama yang pertama di dunia, menjadikan semua kakitangan sebagai rakan kongsi dan diberikan insentif mengikut prestasi syarikat. Ia sama seperti insentif berdasarkan pencapaian dan saham, pada hari ini.

Dan disebabkan penurunan harga oleh Bata, ia mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ketika mana syarikat kasut lain gulung tikar disebabkan oleh krisis permintaan antara tahun 1923 dan 1925, Bata pula semakin melebarkan sayap kerana menjadi pilihan pengguna yang mahukan kasut murah.

Zlin menjadi seperti sebuah bandar perusahaan kasut Bata yang digelar “Bataville” dengan keluasan beberapa hektar.

Bataville di Zlin, Czechoslovakia

Bataville dipenuhi dengan kakitangan dan infrastruktur milik Bata termasuklah tukang kayu, tukang kulit, kilang kimia, pusat peralatan mekanikal, bengkel menghasilkan getah, kilang kadbod dan kertas pulpa (untuk pembungkusan), kilang fabrik (untuk lapisan kasut dan stokin), kilang pengilat kasut, dan loji janakuasa serta aktiviti bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan tenaga kilang dan makanan kepada kakitangan.

Segala keperluan asas kehidupan oleh kakitangan Bata yang digelar “Batamen” dan keluarga mereka disediakan oleh syarikat Bata termasuklah rumah, kedai, sekolah, hospital, perpustakaan, pusat rekreasi dan lain-lain. Menjelang tahun 1923, Bata mempunyai 112 cawangan.

Pada tahun 1936, Bata telah mengeluarkan kasut Bata Tennis yang pada mulanya dihasilkan untuk kanak-kanak sekolah di India dan telah menjadi antara kasut paling laris di dunia dan dijual hingga kini.

Bata kemudiannya mula memperluaskan syarikat mereka dengan membina kilang di luar Czechoslovakia termasuklah di Poland, Latvia, Romania, Switzerland dan Perancis. Mereka juga mempelbagaikan ekonomi Bata dengan menceburi banyak industri lain seperti :

  1. Samak kulit – 1915
  2. Industri tenaga – 1917
  3. Pertanian – 1917
  4. Penerbitan akhbar – 1918
  5. Pembuatan bata – 1918
  6. Pemprosesan kayu – 1919
  7. Industri getah – 1923
  8. Industri pembinaan – 1924
  9. Landasan kereta api dan pengangkutan udara – 1924
  10. Perfileman – 1927
  11. Pemprosesan makanan – 1927
  12. Pengeluaran bahan kimia – 1928
  13. Pembuatan tayar – 1930
  14. Insurans – 1930
  15. Pengangkutan bermotor – 1930
  16. Pengeluaran tekstil – 1931
  17. Pengangkutan laut – 1932
  18. Perlombongan arang batu – 1932
  19. Penghasilan pesawat – 1934
  20. Pengeluaran serat sintetik – 1935
  21. Pengangkutan sungai 1938

Bagi menghasilkan iklan TV, Bata membina studio perfileman serta menggunakan peralatan sendiri.

Alatan menghasilkan filem oleh Bata

Bata telah menghasilkan bangunan pencakar langit sendiri setinggi 77.5 meter sebagai ibu pejabat yang terletak di Zlin. Bangunan itu merupakan bangunan kedua tertinggi di Eropah pada ketika itu. Ia dibina dengan binaan kongkrit, bata, keluli dan kaca menjadi sebuah mercu tanda abad ke-20.

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai lif pejabat pertama di dunia yang membolehkan pengasasnya, Tomáš bergerak ke tingkat lain dalam bangunan itu tanpa perlu meninggalkan mejanya.

Pejabat Bata, bangunan kedua tertinggi di Eropah ketika itu

Bata juga membina jalan dan terusan serta menggunakan pesawat, bot dan lori untuk mengeksport kasutnya ke serata dunia. Dan jika Bata memerlukan motosikal, basikal dan malah unta sekalipun, mereka akan berbuat demikian semata-mata untuk menghantar kasut keluaran mereka.

Bataville kemudiannya menjadi model kepada pembinaan bandar Bata yang lain di serata dunia seperti :

  1. Batadorp di Belanda
  2. Batovany di Slovakia
  3. Batov di Republik Czech
  4. Borovo-Bata di Croatia
  5. Bata Park di Switzerland
  6. Bataville di Perancis
  7. Batawa di Kanada
  8. East Tilbury di England ( didokumentarikan dalam “Bata-ville: We Are Not Afraid of the Future”)
  9. Batapur di Pakistan 
  10. Batanagar dan Bataganj di India

dan juga sebuah kilang di Maryland, Amerika Syarikat.

Pada tahun 1934, sebanyak 300 kedai Bata dibuka di Amerika Utara, 1,000 di Asia dan lebih daripada 4,000 di Eropah. Menjelang tahun 1938, Bata berkembang ke 30 buah negara dengan 5,300 buah cawangan di serata Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Kakitangannya meningkat dengan mendadak daripada 8,300 orang pada tahun 1928 kepada 65,000 orang pada tahun 1938. Bata mengendalikan 63 buah syarikat dalam pelbagai industri dan menjual 60 juta unit kasut setiap tahun.

Daripada Austria hinggalah ke Zambia, kedai Bata menetapkan standard kualiti berdasarkan produk unggul, nilai wang yang berbaloi dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Setiap kedai direka khas memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan mesra.

Kematian Tomas Bata

Ketika berusia 56 tahun pada 1932, Tomáš Baťa terlibat dalam kemalangan kapal terbang di Lapangan Terbang Zlín yang menyebabkan beliau terbunuh. Syarikat tersebut diwariskan kepada adik tirinya Jan Antonin dan anaknya Thomas John Bata yang menerajui syarikat dengan moral yang ditinggalkan oleh Tomas, iaitu :

“Syarikat kasut Bata bukanlah dianggap sebagai sumber kekayaan peribadi tetapi sebagai kepercayaan oleh orang ramai, sebagai cara untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti dan memberikan nilai kepada setiap wang pengguna”

Bata juga merupakan perusahan besar pertama yang menggunakan pesawat untuk kegunaan syarikat secara sistematik, termasuklah penghantaran kakitangan dengan pantas seperti menghantar tukang selenggara dan alat ganti ke lokasi yang diperlukan.

Bata juga telah menjadi jenama dunia dan logo serta nama “Bata” telah diterjemahkan kepada 14 bahasa. Di beberapa bahagian dunia, perkataan “Bata” sangat sinonim dengan “kasut” kerana ia merupakan satu-satunya pengeluar kasut yang dikenali oleh orang tempatan, seperti memanggil mi segera sebagai “Maggi”.

Jan Antonin Bata

Jan Antonin melarikan diri ke Amerika selepas penaklukan Czechoslovakia oleh Jerman ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga menjadi sasaran oleh Amerika Syarikat dan British kerana berurusan dengan Pakatan Paksi dan kemudiannya melarikan diri ke Brazil pada tahun 1941.

Selepas perang tamat, pihak berkuasa Czechoslovakia menuduh Jan Antonin sebagai pembelot kerana tidak menyokong tentangan terhadap anti-Nazi, dan telah dihukum 15 tahun penjara. Segala aset Bata dirampas oleh kerajaan Czechoslovakia, Jerman Timur, Poland dan Yugoslavia.

Thomas John Bata

Thomas John pula dihantar oleh Jan Antonin ke Kanada dan menjadi Naib Presiden Bata di Kanada. Ketika syarikat Bata sedang nazak, ia dibina seula di Kanada dan mengembangkan semula ke Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. Ibu pejabat Bata dipindahkan ke Ontario, Kanada pada 1964, dan sekali lagi berpindah pada tahun 1965 ke New York.

Bata kini

Kini Bata menganggarkan menjual 1 juta pasang kasut seharai dengan pekerja lebih daripada 30,000 orang dan beroperasi di lebih 90 buah negara dengan lebih daripada 5,000 buah cawangan. Cawangan pertama di Malaysia dibuka di Klang, Selangor pada tahun 1935, dan terdapat lebih daripada 40 cawangan Bata di Singapura.

Produk dan tajaan oleh Bata

Antara produk jenama Bata yang dikeluarkan :

  1. Bata (Baťa in the Czech Republic and Slovakia)
  2. Bata Comfit – kasut selesa
  3. Ambassador – kasut klasik lelaki
  4. North Star – kasut ala bandar
  5. Weinbrenner – kasut outdoor premium
  6. Marie Claire – kasut wanita
  7. SunDrops – kasut wanita
  8. Bubblegummers – kasut kanak-kanak
  9. Baby Bubbles – kasut kanak-kanak
  10. Safari – kasut padang pasir
  11. Power – kasut sukan
  12. Patapata – selipar
  13. Toughees – kasut sekolah
  14. Tomy Takkies – kasut ala bandar
  15. Verlon – kasut sekolah
  16. Teener – kasut sekolah
  17. B-First – kasut sekolah
  18. Footin – kasut trendy
  19. Bata Industrials – kasut keselamatan
  20. B.First – kasut sukan

Pemain bola keranjang “Hall of Fame”, Earvin “Magic” Johnson melancarkan kariernya dengan memakai kasut Wilson keluaran Bata. Bata juga merupakan penaja rasmi Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico, penaja rasmi dan kasut bagi Piala Dunia Kriket ICC 1987, dan penaja Eliseo Salazar yang memenangi Kejohanan Formula 1 Aurora 1980.

Bata penaja rasmi Piala Dunia Mexico 1986

Menjelang tahun 1970-an, Bata mula menjadi perhatian peminat fesyen. Kasut Bata pernah tampil dalam majalah terbesar dunia seperti Vogue, Elle dan banyak lagi. Selipar Bata yang murah, tahan lama tampil dalam majalah The New York Times edisi “Time Capsule” pada tahun 1999 dan dipegang oleh Robin Willians.

Selipar yang sama ketika itu dipakai oleh 95% daripada populasi di India.

Kurt Cobain menggayakan kasut Bata Hotshot

Supermodel dan pelakon dari Perancis, Laetitia Casta juga memakai kasut Bata iaitu Bata Tennis. Penyanyi kumpulan paling popular di dunia pada tahun 1993, Nirvana, iaitu Kurt Cobain dilihat berkali-kali menggayakan kasut Bata Hotshot.

Rujukan :

1. Bata

2. Prague Visitor

3. Bata Industrial

4. Lotus Happiness

sumber: iluminasi.com

Bestnya lagu ni!!!!Baru Dilancarkan 2 Hari, Lagu Baru Fattah Terima 125 Ribu Tontonan!

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Baru sahaja dimuat naik di laman Youtube dua hari lalu, muzik video lagu terbaru Fattah Amin bertajuk 1234U menerima jumlah tontonan lebih 125 ribu kali!

Pertaruhan kedua Fattah selepas single Wanita Terakhir itu masih mengekalkan sentuhan komposer dan penulis lirik yang sama iaitu Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Lagu berentak rancak ini bakal dimuatkan dalam soundtrack telefilem terbaharu berjudul Wanita Terindah, lakonan bersama aktres Fazura.

Muzik video 1234U antara lain turut menampilkan penampilan istimewa Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika, berserta sedutan-sedutan menarik daripada telefilem berkenaan.

Sebelum tayangan perdana di laman Youtube, Fattah terlebih awal memuat naik petikan pendek muzik video tersebut di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memberitahu mereka tidak sabar menantikan versi penuh video berkenaan.

Sedutan pendek itu sahaja sehingga kini telah meraih lebih 119 ribu tontonan.

Majoriti peminat memberikan reaksi positif di laman Youtube dan beranggapan ia bukan sahaja sebuah lagu rancak yang baik, malah ‘comel’!

“Lagu-lagu sebelum ini semua sedih… Tapi lagu 1234U ini dapat rasa hati gembira Fattah,” tulis Nurjessica Afiqah di laman Youtube.

“Merecik betul muzik video. Lagu sedap semua ‘handsome’ dan comel, dengar lagu ini badan pun automatik bergoyang. Rasa di awangan,” komen Esya Reesa pula.

“Lagu ini comel sangat. Kalau boleh perform di majlis anugerah. Boleh bayang ada step menarik sedikit,” kata Blossom April.

sumber:iluminasi.com

Kamal, Emma tiada rezeki ‘bersatu’….

Hasrat pelakon Kamal Adli bergandingan buat kali ketiga dengan Emma Maembong tidak kesampaian apabila tempatnya digantikan oleh Keith Foo dalam drama Jangan Padam Rindu.

Awalnya, watak utama lelaki bagi drama terbitan Suhan Movies itu dihulurkan kepada pelakon berkenaan, namun berikutan salah faham yang timbul, ia menjadi milik aktor lain.

Mengaku cukup kecewa dengan situasi terbabit, Kamal akur tidak dapat berlakon di sisi teman karibnya dalam naskhah yang diangkat daripada sebuah novel itu.

“Ia bermula dengan masalah susunan jadual hingga berlaku salah faham dengan pihak produksi Suhan. Ketika mendapat tawaran terbabit, pada masa sama saya juga menerima undangan berlakon filem aksi.

“Saya ada memohon budi bicara produksi Suhan supaya menyusun semula jadual penggambaran kerana filem berkenaan awalnya dijangka dimulakan rakamannya pada pertengahan bulan ini.

“Begitupun, tidak mengapa jika permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana memang keutamaan saya adalah lebih kepada drama terbabit. Bagaimanapun, permintaan saya tidak dipenuhi dan akhirnya nama saya digugurkan,” katanya.

Dalam keadaan berkenaan, Kamal dilihat kelihatan seperti bersikap tamak, sedangkan hakikat adalah sebaliknya.

“Nak dijadikan cerita, penggambaran filem pula dianjak ke hujung Oktober.

“Apa yang berlaku itu hanyalah salah faham. Apabila sudah jadi begini, saya anggap ia bukan rezeki,” katanya yang kini giat berlatih sebelum turun ke lokasi penggambaran filem terbabit, yang menggunakan judul Escape buat waktu ini.

Kamal juga sedar, peminat teruja menantikan gandingan terkininya bersama Emma. Namun, nampaknya mereka perlu menunggu lebih lama sebelum kedua-duanya dapat ‘bersatu’ lagi di kaca TV.

Sebelum ini, Kamal dan pelakon yang kencang digosip bercinta dengannya itu pernah membintangi drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu.

“Saya memang tertunggu-tunggu untuk berlakon dengan Emma. Tapi apakan daya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal juga akan terbabit dengan program Superspontan, projek Karya 12 berjudul Jongkong arahan Feroz Kadir dan penggambaran travelog, Curi Curi Cuti, yang masih berbaki.

Sumber: bharian.com.my

Kena ‘Friendzone’ Dengan Fattah ? Ini Respon WIN dari Fazura Buat Netizen Terkedu..

MELIHAT tangga populariti yang didaki aktres popular ini, pastinya laluan yang dilalui bukan mudah. Pelbagai cabaran dan ujian yang ditempuhi, dia masih teguh berdiri.

Berbicara dengan pelakon cantik, Fazura pastinya setiap mata yang memandang tidak mengerlip kerana terpegun dengan sikap peramahnya. Jauh tersasar daripada dakwaan yang mengatakan pelakon ini seorang yang sombong.

Tatkala soalan cepumas ditanya, dia tenang menjawab. Tiada langsung nada jelik atau jelingan daripada pelakon drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella ini. Pengalaman lebih sedekad merenangi lautan seni nyata banyak mengajarnya.

Diaju pertanyaan soal status hubungannya dengan pelakon tampan, Fattah Amin, aktres itu hanya tersenyum manja. Maaf, dia tidak mahu memberi sebarang komen soal peribadi.

Kala kerjayanya semakin berkembang, dia tidak mahu berbicara soal peribadi. Dia mahu memberi fokus kepada perjalanan seni yang semakin hari dilimpahi dengan pelbagai kejayaan.

“Maaf, saya tidak mempunyai sebarang komen kalau soal peribadi. Kalau boleh, saya hanya mahu berbicara soal kerjaya. Tidak ada soalan peribadi ya,” katanya.

Ya, sukar untuk kita mendapatkan kenyataan daripada pelakon ini. Dakwaan demi dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Fattah semakin serius hanya tinggal spekulasi yang tidak berjawab.

Biarpun Fattah mudah untuk melunturkan kata berbicara soal hubungannya dengan Fazura, namun wanita cantik ini memilih untuk berdiam. Dia tahu menjaga nilai diri dan maruahnya sebagai seorang wanita.

Memutar perbualan ke arah kerjaya, dia sempat berkongsi keterujaannya bertemu penyanyi tersohor dunia, Selena Gomez semasa menghadiri Minggu Fesyen New York di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih mengharumkan, Fazura merupakan wakil dari Malaysia yang diundang khas oleh jenama fesyen terkemuka, Coach untuk menghadiri minggu fesyen di negara Uncle Sam itu.

“Satu pertemuan yang singkat tetapi memberi makna yang besar. Kami tidak sempat berbual panjang kerana Selena ada sesi fotografi selepas itu. Tetapi dia sempat memuji pakaian saya.

“Saya juga sempat menjalani sesi penggambaran muzik video baharu di sana. Alhamdulillah, satu demi satu rezeki dilimpahi Tuhan. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya,” katanya yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu.

Tidak hanya mengunci bicara soal hubungannya dengan Fattah, Fazura juga memilih untuk kekal berahsia siapakah penyanyi antarabangsa yang bakal berduet dengannya dalam single terkininya kelak.

“Nanti bila tiba masanya, saya dan pihak Universal akan umumkan siapakah penyanyi tersebut. Tak boleh beritahu sekarang, nanti bukan lagi satu kejutan,” katanya yang kini sedang giat mempromosi filem Rafathar.

Kembang kerjaya di Indonesia

Hari demi hari, anak kelahiran Pahang ini membuktikan kewibawaannya sebagai pelakon yang cukup berbakat. Tidak hairan jika sayap seninya kini terbang merentasi langit negara seberang, Indonesia.

Satu demi satu naskhah hebat menampilkan Fazura sebagai pelakon. Terkini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Ayat-ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan tahun depan.

“Saya sendiri tidak menyangka ada tempat di negara seberang. Kita semua sedia maklum sukar untuk anak seni tempatan menembusi pasaran sana tetapi alhamdulillah langkah saya dipermudah.

“Saya kerja keras ini untuk membuktikan kemampuan dan minat saya terhadap dunia seni yang tiada berbelah bahagi. Saya percaya jika kita terus berusaha, kita akan mampu menggapai impian.

“Jalan yang ditempuh saya bukan mudah, itu sesuatu yang pasti. Cuma perlahan-lahan kita mengorak langkah dan percayalah, semua usaha, keringat dan semangat kita berbaloi,” kata wanita berusia 34 tahun ini.

Ditanya soal harapannya terhadap naskhah baharu, Rafathar lakonannya, Fazura teruja dan mengharapkan agar peminat menyokong filem terbitan Indonesia itu.

Naskhah tersebut menggandingkan dia dengan pasangan sensasi negara seberang, Raffi Ahmad dan Nagita Salvina.

Memegang watak sebagai Mila, ibu angkat kepada bayi adiwira, Rafathar, Fazura yakin filem ini mampu mencuit hati penonton dengan keletah dan lawak jenaka yang ditampilkan.

“Ini filem Indonesia keempat saya. Alhamdulillah, rezeki saya dipermudah dan diharapkan agar peminat terus menyokong kerjaya saya. Filem ini sangat istimewa khususnya jalan cerita.

“Mula-mula saya risau juga takut orang kita tak faham lawak yang disampaikan dalam bahasa Melayu Indonesia. Tetapi sari kata dalam bahasa Melayu kita disediakan, jadi mudah untuk penonton faham,” katanya.

Sumber:www.utusan.com.my